© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, September 1, 2008

16 September 2008 adalah 16 Ramadhan 1429

Sudah tidak berapa lama lagi menjelang 16 September. Istimewanya tarikh ini kerana dikatakan kerajaan baru akan dibentuk. DSAI terus membuat serangan psikologi ini. Benar atau tidak peristiwa 16 September ini, kita tidak tahu. Sekurang-kurangnya, pihak BN yang memerintah negara akan berada dalam keadaan tertekan dari sehari ke sehari menjelang tarikh tersebut.

-

Biarpun mereka menafikannya, biarpun pelbagai serangan balas mereka melalui media, namun kita yakin mereka terus dihantui kebimbangan akibat bayangan DSAI yang dilihat semakin menghantui kerajaan BN sedia ada.

-

Jika benar kerajaan BN akan jatuh dan pada 16 September akan terbentuk kerajaan baru, pada hari itu adalah juga hari ke 16 kita umat Islam berpuasa. 16 Ramadhan 1429. Hari ke 15 dan16 adalah hari permulaan umat Islam membaca Qunut dalam solat sunat witir. Ketika itu juga bulan menunjukkan fasa penuh, mengambang...(maksudnya?)

-

Ayuh berdoalah supaya keadilan dan kebebasan dapat dikecapi dalam negara. Menangkan keadilan dan kemerdekaan. Menangkan Islam!

No comments:

Ũ