© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, February 26, 2009

Jangan leka bermain 'solitaire'

Hari ini aku mahu menulis pasal muslimat. Apa? Muslimat? Keh keh keh... pasti sorang dua tersengih, ada pula yang membuat telahan yang pelbagai dalam kotak minda masing-masing. Kenapa kali ni pasal muslimat?

Sedang aku klik-klik berita-berita akhbar, aku terbaca artikel dari UtusanOnline ini yang bertajuk Perjuangan gender hapuskan diskriminasi.


BENARKAH berlakunya diskriminasi wanita kerana wujudnya undang-undang keluarga Islam yang sedia ada? Perlukah perubahan bagi memastikan wanita tidak lagi menjadi mangsa keadaan atau ditindas kerana halangan budaya dan agama?

Pengarah Projek Pergerakan Global Bagi Kesamaan dan Keadilan Dalam


Keluarga Islam (Musawah), Zainah Anwar mengakui tindakan mengubah undang-undang bukan sesuatu yang mudah dilakukan, malah tentangan pasti datang bagi menggagalkan usaha itu termasuk daripada pihak berkaitan khususnya pemimpin agama.


Zainah menerangkan, undang-undang yang dibuat atas perintah Islam tidak boleh berunsur tidak adil dan mendiskriminasi sebab keadilan dan kesaksamaan adalah terkandung dalam agama. Tambahan lagi, peranan dan status wanita telah ditetapkan oleh angkatan konservatif dalam Islam. baca lagi...


Siapa tidak kenal Zainah Anwar, rakan seangkatan Amina Wadud yang memperjuangkan Islam Liberal yang sesat lagi menyesatkan. Dalam artikel tersebut, jelaslah bahawa dakyah Sisters in Islam terus berjalan dalam menyesatkan umat Islam.


"Biasanya, apabila wanita Islam mahu menuntut keadilan atau inginkan perubahan undang-undang, mereka akan dimaklumkan bahawa ini semua adalah undang-undang Tuhan yang tidak boleh ditukar atau dibincangkan langsung.


Wanita yang mempersoalkan, mencabar atau mahukan perubahan kerana ketidakadilan itu akan dilihat sebagai individu yang menentang syariah atau lemah iman.


"Paling tidak pun, wanita itu akan dikatakan bersikap anti-Islam, kebaratan atau akidahnya jauh menyimpang, malah laporan akan dibuat kepada polis atau pertubuhan agama supaya kita ditangkap dan pertubuhan kita diharamkan kerana dikatakan menghina Islam," jelasnya.



Sisters in Islam (SIS) terkenal dalam perjuangan menuntut hak persamaan gender kononnya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita. Sehinggakan mereka berani mempertikai hukum yang sudah ditetapkan dalam Islam. (Sebenarnya tindakan mereka adalah mendiskriminasi kaum lelaki, haha...)

Sudah banyak hujah dan penerangan yang dikemukan oleh pihak yang cintaka Islam, tetapi SIS masih berdegil dan terus berusaha meneruskan perjuangan sesat mereka. Kita semua tahu bagaimana kesamaan gender yang dikehendaki SIS, sehingga Amina Wadud pernah menjadi imam wanita pertama untuk solat Jumaat yang dimakmumi oleh saf-saf yang bercampur lelaki dan perempuan.

Tindakan Amina Wadud menjadi wanita Islam pertama di dunia menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah menerima kecaman ulama di seluruh dunia, antaranya Syeikh Yusuf al-Qardhawi.
Inilah as-Syeikhtan Amina Wadud yang
sedang mengimami jemaah sesatnya...


Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, fuqaha bersependapat wanita diharamkan menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah. Pendapat ini berdasarkan pengajaran dan bukan berdasarkan adat sesuatu kaum seperti mana yang didakwa, ketika memberi ulasan lanjut kepada agensi berita Islam Online tentang wanita diharamkan menjadi imam sembahyang kepada makmum lelaki ialah:

Tidak pernah terjadi dalam sejarah Islam seorang wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah;

• Tidak ada seorang Fuqaha pun bersetuju membenarkan wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbahnya;

• Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita.

• Ibadah sembahyang dalam Islam memerlukan tumpuan penuh minda, perasaan dan penyerahan hati khusyuk kepada Allah SWT;

• Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah swt secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.
khusyuknya depa.... loklaq sungguh!

Sehingga tahap itukah kesamaan gender yang diperjuangkan? Islam Liberal yang sesat itu cuba disuburkan dalam negara kita. Jika dibiarkan, mungkin Zainah Anwar ini akan menjadi wanita Malaysia pertama menjadi iman solat Jumaat.
Haa... inilah Zainah Anwar...
amacam? Islamik tak dia ni?
Adakah dia ni lebih hebat dr Dr Yusuf Qardhawi, Imam Ghazali, imam Syafiie?

Mereka juga mempertikai kaedah pembahagian harta pusaka yang dikatakan tidak memihak kepada wanita, menganggap Islam meletakkan wanita menjadi warganegara kelas kedua dan sebagainya. Mereka bertindak seolah-olah mereka ini faham lebih mengenai Islam, sehingga membelakangi al-quran dan hadis serta jumhur ulama.

Banyak lagi benda yang perlu kita fahami mengenai gerakan sesat SIS ini. Wanita muslimah perlu bertindak. Para muslimat gerakan Islam perlu agresif dalam mempertahankan Islam daripada diliberalisasi oleh golongan munafiq SIS yang jelas mahu merosakkan Islam, atas perjuangan mereka kononnya untuk menyelamatkan wanita Islam.

Alasan wujudnya keganasan rumahtangga bukanlah berpunca daripada ketidak-adilan undang-undang Islam, tetapi punca sebenar adalah daripada kurangnya ilmu dan tarbiyah. Masyarakat Islam tidak difahamkan dengan undang-undang Islam sebenar. Sepatutnya SIS berjuang menuntut supaya kerajaan menggandakan program dan langkah-langkah memberi kefahaman yang jitu terhadap Islam kepada rakyat, bagi mengurangkan kes-kes keganasan rumah tangga.

Pendokong-pendokong Islam Liberal seperti SIS ini sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangan membela hak wanita. Motif mereka sebenarnya adalah untuk merosakkan Islam itu secara halus. Percayalah sekiranya dipinda undang-undang sekalipun, keganasan rumah tangga akan terus berlaku kerana masyarakat ketandusan ilmu dan pentarbiyahan. Lihat sahaja undang-undang jenayah lain yang kerap dipinda, hasilnya jenayah tetap meningkat. Kenapa? Kerana undang-undang ciptaan manusia sememangnya hampeh!

Zainah berkata, penganjuran Musawaf tepat pada masanya kerana rangkaian wanita Islam antarabangsa perlu diwujudkan untuk memperjuangkan usaha supaya perubahan undang-undang dapat dilakukan.


Jika wanita mahukan perubahan mendalam berlaku dalam usaha mencapai hak kesaksamaan wanita dan keadilan dalam Islam, wanita mestilah mencipta institusi baru dan menuntut identiti agama mereka untuk diri mereka sendiri.


Gerakan sesat ini semakin meluaskan empayarnya ke seluruh dunia. Bermakna jika tidak dibanteras, ajaran sesat ini akan menjadi budaya seluruh dunia, sepertimana budaya memakai seluar jeans koyak. Orang tahu jeans carik-carik itu tidak senonoh, tetapi apabila menjadi buadaya, orang akan diamkan sahaja kononnya itu adalah hak individu.


Maka para muslimat yang cintakan Islam, tidak harus berdiam diri. Anda perlu ke hadapan membela Islam. Jangan hanya membiarkan kaum lelaki sahaja lantang bersuara mempertahankan kesyumulan Islam. Muslimat sendiri perlu bangun memberitahu bahawa undang-undang Islam tidak mendiskriminasi kami. Kami selesa di bawah undang-undang Islam di bawah naungan al-Quran dan Sunnah.


Ayuh, muslimat dan mujahidat! Ayuh siswi-siswi Islam, bangkitlah. Musuh-musuh Islam bergerak cergas, jangan pula kalian leka bermain solitaire!


p/s: lelaki pun sama laa... jangan gelak kat orang saja, huuhu.

7 comments:

Anonymous said...

apsal la utusan mlaysia tu siakan berita diorg? kan propaganda tu. skit sbanyak dakyah diorg tersebar. patut berita mcm ni kna ban saja. macam berita2 program anjuran pas/pkr yg 'takut' utk disiarkan.

Anonymous said...

mana cter pasal solitaire nih? tak jumpa pon kaitan dia...

Anonymous said...

solitaire tu game apa..? xpenah tau pon..memang femes ka..

monera said...

salam. ayuk, BiGbRo, dlm banyak2 bnda, awat pilih Solitaire..? heh.

AYUH MENUJU WAHDAH, MENGEMBALIKAN 'IZZAH.

Anonymous said...

solitare tu adalah kiasan utk golongan muslimat...kenapa?..tnyala tuan empunya blog...
ana hairan,kenapa sis x diharamkan sahaja...semua yang ada dalam al-Quran depa nak persoalkn..bayangkan bila padang masyar nnt seorang perempuan ditanya mengapa kamu tidak menutup aurat,"jawapan yg bole diberi, fatwa sis membenarkannya"....agak2 la,kene siksa ke dapat nikmat?..masa tu la,golongan sis akan menyesal....

Anonymous said...

fatwa dalam sis...hak manusia melebihi hak Allah.....ctoh paling besar;pemakaian tudung dan murtad(lina joy)....hak Allah mengatakan wajib pakai tudung,haram murtad dan wajib dibunuh setelah dinasihatkan 3 kali...tp sis mengatakan,hak manusia lebih penting...astaghfirullah...sister in islam ke atau syaitan in islam atau sesat in islam...fikir sendiri

Anonymous said...

hmm.. kiasan? atau nk kabo mslimat ni suka main solitaire (game)? ke aneroid slalu nmpk muslimat suka main solitaire? heh.

Solitaire bkn isu utama.
isu utama adalah, MUSLIMAT KENA BANGKIT, jd seperti hebatnya Khadijah, 'Aaishah, Khaulah, Nusaibah, zainab al-Ghazali dan ramai lagi.

muslimat punya kekuatan tersendiri.. yg muslimin xde. Nah, apa tunggu lagi. Bangkit dari kelesuan. Tangkas hadapi lawan. Kreatif dalam apa jua medan.

STRIVE 4 UMMAH,
SEARCHING 4 MARDHATILLAH!

Ũ