Paklah, Najib bertukar portfolio
Sementara Abdullah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib juga berkuatkuasa serta merta. - Bernama
Adakah ini langkah untuk memudahkan Pak Lah mengisytihar darurat? Harap-nya tidak la...
Sementara Abdullah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib juga berkuatkuasa serta merta. - Bernama
Adakah ini langkah untuk memudahkan Pak Lah mengisytihar darurat? Harap-nya tidak la...
"Kadang-kadang aku pun tak paham pemikiran orang-orang sebegini. Sebagai salah seorang bekas pelajar sekolah agama, ak faham, diz blgger resah/ 'jijik' melihat tingkah laku dan 'pergaulan' secara bebas dikalangan mereka."
"Cuma.....kenapa tak menegor secara berhadapan?..mengapa mesti ditangkap gambar pelaku2x dan disebarkan dalam blog? bukan ke ia mengaibkan. Memang niat diz blogger jujur dan ikhlas, tetapi pada pendapat aku, kalo seseorang melakukan kesalahan didepan mata, tegur secara berdepan adalah lebih baik dan sopan tanpa melukakan hati sesiapa. Tidak perlulah menangkap gambar and publish all of them dalam blog."
"Susah juga ye jika mahu mengendalikan program-program berbentuk keagamaan ne yer.. Adakah orang-orang biasa yang tidak mempumyai ilMu agama yang cukup tidak layak untuk mengendalikan program seperti ini?"
| ASAL |
| Anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah |
| Dilahirkan pada tahun 1944 |
| Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan masyarakat setempat serta salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British |
| PENDIDIKAN |
| Sekolah Kebangsaan Sungai Limau |
| Maktab Mahmud, Alor Star (1959 - 1965) |
| Universiti Al-Azhar |
| University Of Kent, Canterbury |
| KERJAYA |
| Tenaga pengajar Maktab Mahmud, Alor Star (1966) |
| Ketua Jabatan Syariah, UKM |
| Pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina |
| Pensyarah UIAM (1983-1984, 1986-1995) |
| PENGALAMAN ANTARABANGSA |
| Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi (1980) |
| Pembentangan Kertas Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila (1983) |
| Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Lubnan (2001) |
PENULISAN ANTARABANGSA |
| Dirasah Hawla At-Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Filipina |
| Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina, 1986 |
| Syariah, Adat And Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines : And Exploratory and Corporative Study, terbit Southeast Asian Studies Program |
Bagi tujuan tersebut, USM akan menandatangani memorandum persefahaman dengan International Business Machine (IBM) Malaysia Sdn. Bhd. pada hari Jumaat, 12 Ogos 2008, jam 8.45 pagi di Bilik Persidangan Canselori, Aras 6, Bangunan Canselori, USM,Pulau Pinang.
-
USM akan diwakili oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak manakala IBM pula akan diwakili oleh Pengarah Urusan IBM Malaysia Sdn, Bhd., En. Ou Shian Waei.Pengajian SSME USM ini akan ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah bermula dengan pengambilan seramai 25 orang pelajar mulai tahun hadapan.
-
Program ini akan menjurus kepada perluasan bidang pengurusan dalam dunia kerja yang lebih berorientasikan sifat teknikal khususnya dalam dunia kejuruteraan dan pengkomputeran selain industri yang melibatkan penawaran perkhidmatan kepada masyarakat. - Dipetik dari Berita USM
-

-
Di suatu planet, berlangsung majlis yang baik. Program mengaji quran.. orang sebut tilawah. Ada program nasyid-nasyid. Panel-panel juri pula bertaraf antarabangsa. Al-hamdulillah... program bertemakan kesenian Islam, kalau tak silap, berakhir sebentar tadi.
-
Baik. Program di Planet X tersebut yang baru selesai tadi, dikira bagus. Perjalanannya lancar. Para penggeraknya juga lincah dan tangkas bekerja untuk menjayakan majlis. Tambahan pula majlis yang berkaitan dengan Islam. Kesenian Islam.
-
Kebaikan-kebaikan program tersebut banyak. Tak perlu disebut di sini. Yalah...majlis tilawah. Ayat-ayat suci diperdengarkan. Dalam bulan Ramadhan pula, pahalanya pasti berganda. Para penggeraknya juga insyaALLAH dapat ganjaran.
-
Namun agak dikesalkan, program yang diisi dengan slot-slot yang baik itu, diakhiri dengan gejala kurang enak dipandang. Selesai saja program itu, para penggeraknya tadi yang tekun menjayakannya, dilihat bergaul bebas lelaki dan perempuan. Kalau dianalisis, roh tilawah yang dianjurkan itu tidak diserap langsung oleh beberapa kerat mereka-mereka ini.
-
Lihatlah gambar-gambar yang dikepilkan ini...
Bergambar... boleh, tapi kenapa berkepit? Kalau adik beradik, minta maaf lah...
Adakah ini output program? Tambahan pula bulan Ramadhan. Berlangsung pula di Planet X...
Ini pula gambar dua orang panel jemputan bertaraf antarabangsa... tapi tak ada orang nak beramah mesra... nak buat macamana...bertaraf antarabangsa sekalipun, kalau dah berlatar belakang ustaz atau imam... sape la yang nak...
Banyak lagi gambar. Cuma masa ini tak perlulah post banyak-banyak. Harapnya gejala tidak sihat ini dipantau untuk program-program akan datang. Ini program tilawah al-Quran pun macam ni, apa lagi kalau program lain. Buat di Planet X pula, apa lagi kalau ditempat lain. Buat pula dalam bulan mulia, apa lagi kalau bulan lain.
-
Kasihanlah panel-panel yang datang dari jauh. Kasihanilah VIP yang hadir. Mereka tidak bersalah untuk turut terpalit tempias-tempias dosa yang dilakukan beberapa kerat manusia. Tidak salah untuk rasa gembira , lega dan puas hati dengan kejayaan penganjuran tersebut. Tapi semua itu ada batas dan had nya....
-
Syabas kepada penganjur yang berjaya mengelola majlis tersebut. Mudah-mudahan dapat ambil perhatian. Kita saling bertegur-teguran. Wassalam...
-
p/s: Satu lagi pesanan penaja, lepas ni, kita ramai-ramailah datang ke Planet X untuk solat berjamaah. Bukan hanya ketika ada program besar saja... Sesungguhnya Planet X kesepian.

-
-
Pasti kita nampak sesuatu. Pandanglah dengan hati yang tunduk kepada-Nya, anda akan nampak kebesaran-Nya. Susulilah dengan ucapan SubhanaLLAH....

-
Usia Ramadhan tahun ini sudah hampir kepada fasa purnama. Sekali pandang, masa seperti sangat pantas berlalu. Pandang dari sisi lain pula, masih lambat nak raya. Sekarang zone pertengahan Ramadhan. Zon Maghfirah - keampunan. Mohonlah keampunan yang banyak. Lipat gandakan usaha dalam bulan Ramadhan, untuk mentarbiyah diri bagi menghadapi kekalutan dalam 11 bulan seterusnya sebelum Ramadhan berikutnya.
-
Setiap tahun kita mendengar tazkirah dan ceramah yang hampir sama isi kandungannya, iaitu supaya kita bersungguh-sungguh beribadat dalam bulan Ramadhan. Pelbagai tawaran istimewa dari ALLAH untuk hamba-Nya dihamburkan dalam bulan ini.
-
Namun malangnya, belum pun 15 hari Ramadhan, sudah kedengaran sambutan Hari Raya di mana-mana. Di pasaraya, di pasar borong, di kedai runcit, di rumah-rumah, di kafetaria-kafetaria dan sebagainya. Malah dalam bilik pun ada.
-
Kenapa ghairah nak raya? Macam tak suka saja dengan Ramadhan ni. Lagu-lagu raya dipasang rancak dan bunyi-bunyi mercun seolah-olah mahu menghalau Ramadhan - yang sangat dirindui oleh orang-orang beriman. Halau Ramadhan? Jangan... tolonglah. Bukankah sekiranya kita tahu kelebihan bulan Ramadhan, nescaya kita akan mahu ALLAH jadikan Ramadhan itu sepanjang tahun!
-

-
Masalahnya kita tak tahu (?).Atau tahu tapi kurang yakin (?). Kalau yakin pasti tidak jadi begitu. Terpersona dengan tawaran jualan hari raya lebih daripada tawaran keampunan dan perlepasan dari azab api neraka. Masya-ALLAH. Sedangkan orang-orang bertaqwa, akan menangis dipenghujung Ramadhan kerana Ramadhan mahu pergi. Belum tentu dapat bertemu Ramadhan berikutnya.
-
Mahasiswa sekampus denganku juga, termasuk aku sekali...
Tiada kelihatan kita berlumba-lumba menggandakan amalan. Malah solat tarawih pun mahu short and cut. Siap pilih masjid dan surau lagi. Mana-mana imam yang baca paling cepat, paling pendek, itulah pilihan. Lebih malang lagi, sudahlah cepat, dan pendek... solat witir pun entah ke mana.
-
Tadarus, qiamullail, lagi lah sukar nak dilaksanakan...
Mahu saja lepak dalam bilik, tengok movie, main game, chatting, buka friendster, check e-mail. Tak ubah macam bulan September! Roh Ramadhan tiada. Kalau tiada tarawih kan seronok. Walaupun sunat, tapi kalau tak buat, malu laa. Orang kata apa pula... adoii.
-
Movie? simpan la dulu kalau nak tengok sangat. lepas Ramadhan tengok la. Sekarang ni tiap-tiap orang Hard Disk berkapasiti besar. Simpan dulu. Bulan Ramadhan ni tumpu ibadah. Dekatkan diri kepada Tuhan yang selalu bermurah hati dengan kita. Nak main friendster? Apalah untungnya bendalah tu dibandingkan dengan tadarus al-Quran... Nak juga, utamakan yang utama dulu.
-
Ustaz-ustaz di Pusat Islam hampir kehabisan idea bagaimana mahu meramaikan jemaah di Pusat Islam. Mahu Pusat Islam aktif dengan penglibatan kita. Menu-menu hidangan berbuka puasa dipersedapkan seboleh-bolehnya - kecewa juga apabila lepas solat maghrib, kita pulang ke bilik dan tak datang semula untuk solat Isyak dan tarawih. Pelbagai aktiviti yang Pusat Islam anjur, hasilnya - muka yang sama saja hadir. Mahasiswa Islam lain?
-

-
Jangan letakkan diri kita sebagai orang yang menghalau Ramadhan. Mari kita berusaha belajar menyintai Ramadhan. Merindui Ramadhan seberapa boleh. Berjihadlah dalam bulan mulia ini. Aku memesan kepada diriku dan rakan-rakan yang terbaca artikel ini. Ramadhan tahun ini tidak akan muncul lagi selepas ini sampai bila-bila. Ramadhan tahun depan adalah Ramadhan tahun depan. Jangan biarkan kita menyesal suatu hari nanti di mana pada hari itu tiada lagi ibadah yang akan diterima, hanya menunggu pembalasan sahaja.
-
"Janganlah kamu takut dan gentar, kerana aku juga adalah makhluk ALLAH seperti kamu"
Mau komen/teguran membina, sila email: the_mhakk@yahoo.com