© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, April 23, 2009

Habis exam...

AlhamduliLLAH...

Lega~~

Dah habis exam.
Dah puas bersusah-senang, perang pun berakhir, dengan aku mengalami beberapa 'kecederaan'. Huhu... Selesai sudah pengajian degree. Masa untuk kembali transform ke bentuk asal.

Kepada yang belum habis exam tu, berusahalah lagi. Detik habis exam anda bakal juga tiba. Jangan tension-tension sangat, nanti iblis cucuk jarum.

Sekarang tengah pikir pula apa yang nak di buat lepas ni.
"Bunyi macam banyak, tapi tak semudah yang disangka". Tak faham tak mengapa. Biarlah diriku saja yang faham.

Mungkinkah futuristik akan melanda diriku sebagaimana ia menimpa umat-umat sebelumku? Entah laa... Moga ALLAH terus mentarbiyah aku agar terus istiqomah dalam perjuangan.

Benih anggur mula dikeluarkan dari kotak, untuk proses penanaman sementara.

Tak dak apa yang nak dikarang hari ini. Merapu saja. Nak 'celebrate' dulu naa... ZzZzZzZz....


Monday, April 20, 2009

Raja di atas politik, apa pula di atas raja?

'Raja berada di atas politik'

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam menegaskan, Raja berada di atas politik dan tidak boleh berdebat secara terbuka bagi menjawab serta memberi penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kumpulan politik tertentu.

Bagaimanapun, titah baginda, tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi Raja dengan menyemai rasa benci rakyat umpama 'menyalakan api dalam sekam'' yang amat berbahaya serta boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Bertitah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah, semalam, Sultan Azlan Shah kesal dengan perbuatan kuasa politik mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian.[Baca Lagi...]
Ada benarnya titah Sultan Azlan. Raja berada di atas politik. Raja berada atas perlembagaan, bagi mengawal keharmonian negara, bukan sekadar apa yang tersurat dalam perlembagaan. Raja boleh bertindak berlandaskan budi bicaranya sekiranya perlembagaan sesebuah negeri itu tidak dapat memberikan rasa puas hati kepada semua pihak. Raja berada di atas politik bermakna Raja tidak akan dipengaruhi oleh makhluk-makhluk yang meraih kuasa politik.

"Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab lebih luas dalam memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi."

Dalam masa-masa tertentu, Raja perlu menongkah arus perlembagaan sekiranya keadaan yang berlaku tidak dapat diselesaikan oleh perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri, kerana perlembagaan bukanlah suatu piagam dan peraturan yang sempurna dan tiada kecacatan. Perlembagaan adalah hasil karya manusia. Perlembagaan adalah hasil pemikiran manusia yang serba cetek. Jadi perlembagaan tidak akan sempurna sekalipun di rombak dan dipinda, kerana yang merombak dan yang meminda perlembagaan juga adalah manusia yang hanya menguna logika akalnya.

Maka logiklah, dalam keadaan tertentu, Raja bertindak menjadi autoriti menongkah arus perlembagaan, membuat keputusan sekalipun bercanggah dengan beberapa peruntukan dalam perlembagaan. Raja adalah di atas perlembagaan.

Pada masa yang sama, Raja juga adalah manusia. Raja juga tidak sempurna. Bohonglah kalau mengatakan Raja itu sempurna dan kuasanya boleh menyelesaikan semua masalah yang tidak dapat diselesaikan perlembagaan. Raja hanya menampung kekosongan dan kecarikan perlembagaan. Sifat penampung, bila-bila pun tidak sempurna.

Raja di atas politik. Raja di atas perlembagaan. Tetapi patut kita ingatkan bahawa Islam di atas raja. Islam di atas politik. Islam adalah di atas perlembagaan. Islam itu tinggi dan, tiada yang lebih tinggi daripadanya. Islam adalah tatacara hidup yang sempurna. Islam adalah satu peraturan hidup yang sempurna. Islam bukan nukilan manusia. Ia adalah modul ALLAH untuk keharmonian hidup manusia. Itu kita perlu sedar.

Sehebat-hebat Raja, perlu tunduk kepada Islam. Islam mengandungi aspek keadilan, keamanan, cara berpolitik dan sebagainya. Raja adalah tidak sempurna, dan punya banyak kelemahan, perlu merujuk kepada Islam - prinsip keadilan. Sebagaimana perlembagaan perlu merujuk kepada Raja, Raja juga perlu merujuk kepada prinsip keadilan. Raja tidak boleh bertindak melampaui batas prinsip keadilan, sebagaimana perlembagaan tidak dapat mengatasi kuasa Raja. Prinsip keadilan yang sempurna diajar dalam Islam.

Maka keharmonian sesebuah negara bukanlah bergantung kepada keluhuran perlembagaan semata-mata kerana kesetiaan kepada raja dan negara berada di atasnya. Dan perlu ingat, Kepercayaan kepada Tuhan adalah di atas kesetiaan kepada Raja dan negara. ALLAH adalah Raja kepada segala jenis raja di langit dan bumi. Maka raja-raja di bumi usah angkuh dengan kuasa yang ada. Penggubal-penggubal perlembagaan usah mendabik dada. Semuanya adalah pinjaman dari-Nya, dan Dia Maha Berkuasa menjatuhkan kekuasaan Raja sekiranya Dia menghendaki, sebagaimana jatuhnya kerajaan Namrud, binasanya kerajaan Fir'aun, tersungkurnya kekuasaan raja Rom dan Parsi.

Perlembagaan boleh dilanda krisis. Raja juga kadang-kadang berlaku krisis. Islam tidak akan dilanda krisis, malah menjadi penyelesai kepada segala krisis yang melanda. Terpulang kepada manusia samada menggunakan akal fikiran manusia ataupun mendapat panduan dari modul ALLAH, yakni Islam, untuk menghadapi pergolakan sesuatu perlembagaan.

WaLLAHu a'lam.

Friday, April 17, 2009

Ragut meningkat 100% ... Bolehkah "Satu Malaysia" memperbaiki "Islam Hadhari"?

Kes ragut di KL naik 100 peratus! - Utusan Online


KUALA LUMPUR 16 April – Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus.


‘‘Empat bulan pertama tahun lalu jenayah itu merekodkan 1,249 kes, tahun ini pula mencatat 2,254 kes.


Samun berseorangan tanpa senjata api pula turut meningkat sebanyak 24 peratus iaitu dari 234 kes kepada 290 kes,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.


Menurut Chin Wah, ketiga-tiga jenayah terbabit menyumbang 31 peratus dalam keseluruhan indeks jenayah di Kuala Lumpur setakat April tahun ini.


Memandang berat perkembangan itu, menurutnya, satu operasi besar-besaran telah dilancarkan oleh polis Kuala Lumpur sebagai langkah proaktif untuk mencegahnya daripada terus meningkat.


Chin Wah berkata, operasi yang berkonsepkan ‘kepolisan agresif’ itu menggabungkan semua jabatan dan cawangan IPK Kuala Lumpur, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), JSJ Narkotik, Cawangan Khas, Cawangan Trafik serta Pasukan Gerakan Am. Baca Lagi...


Inilah tanda undang-undang ciptaan manusia GAGAL! Kenapa masih degil untuk kembali melaksanakan hukum ALLAH? Apply saja Hukum Hudud untuk satu penggal, then analisis. Tengok keberkesanannya. Belum buat dah macam-macam alasan. Tak bertamadunlah.. Tak maju lah... tak produktif lah...! Itu namanya memerli hukum ALLAH. Itulah antara kepincangan konsep Islam Hadhari yang menyenaraikan 10 prinsip melakukan kebaikan tetapi tiada konsep pencegahan kemungkaran. Kini era Satu Malaysia pula didendangkan. Belum dikemukankan berapa prinsipnya.

Ragut - hukumnya potong saja tangan si peragut. Ada prosedurnya., bukan main tangkap-potong saja. Kalau orang bukan Islam tak faham, gunalah media, fahamkan mereka. Guna jentera kerajaan, fahamkan mereka mengenai hudud. Sekali dua peragut kena potong tangan, percayalah, peratusan ragut akan turun mendadak. Hanya tinggal lembu dan kerbau saja yang meragut di padang. Potong tangan depan khalayak ramai, atau buat saja live telecast. Bagi pengajaran kepada bakal-bakal peragut.

Apa nak ditakutkan? Orang yang takut kepada hudud ini, pastilah peragut itu sendiri. Para pencuri, perompak, pembunuh, penzina, orang murtad, perampas tanah orang, penuduh orang berzina, peliwat, sumbang-sumbing mahram, perogol dan macam-macam lagi spesies durjana ini pasti akan takut dengan perlaksanaan Hudud dan Qisas.

ALLAH akan campakkan perasaan gerun kepada bakal-bakal peragut dan para penjenayah. ALLAH akan turunkan pencegahan secara terus daripada ragut terus bertambah. Itu bezanya hukum ALLAH berbanding hukuman ciptaan manusia. ALLAH yang mendesign manusia dan komuniti manusia, maka tahulah ALLAH bagaimana cara merawat kerosakan-kerosakan yang berlaku dalam masyarakat. Tahulah ALLAH menyediakan module pencegahan tersebut. Dan module untuk membasmi penyakit ragut, bunuh, rogol dan sebagainya ini, adalah Hudud dan Qisas! Mencegah lebih baik dari mengubati.

Namun manusia yang berminda sekular tidak nampak perkara ini dek kebebalan, kejahilan dan kedegilan mereka. Bebalnya mereka kerana tidak mahu mengiktiraf hukum ALLAH dengan menganggapnya tidak sesuai dengan zaman. Jahilnya mereka kerana tidak faham konsep hudud dan qisas sebenarnya. Degilnya mereka kerana masih beriman dengan undang-undang ciptaan manusia sekalipun sudah terbukti gagal dan terus gagal. Angkuhnya mereka kerana dengan kuasa yang mereka ada, mereka menjadi penentang kepada perintah ALLAH supaya melaksanakan Hudud dan Qisas.

Dan turut malang adalah penyokong-penyokong mereka yang turut bersekongkol dengan para pemimpin yang ingkar perintah ALLAH. Para penyokong terus memberi sokongan dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pemimpin-pemimpin sekular ini untuk terus berdegil mengabaikan perintah Rabbul Jalil. Sungguh malang kerana mereka tidak meyakini bahawa sokongan mereka itu kelak akan menyebabkan mereka menyesal di depan ALLAH.

Menyokong kezaliman dan perlanggaran perintah ALLAH adalah dosa yang berangkai. Dosa menyokong pemerintah yang mengelak hukum ALLAH satu, kemudian bertambah pula dosa dengan bertambahnya bilangan peragut, bertambah lagi dosa para penyokong tersebut dengan bertambahnya penderitaan mangsa ragut, ketidakharmonian masyarakat, huru-hara, ketakutan dan sebagainya. Dosa berangkai! Semua akan dikait, dikait dan dikait. Bukankah setiap perkara yang kita lakukan, akan dihisab dan didakwa satu persatu, hatta sehingga sebesar zarah sekalipun perkara yang kita lakukan! Tajuk akhbar tersebut secara tersiratnya adalah "Dosa pengundi BN meningkat 100% dengan pertambahan bilangan peragut" -contoh!

Sudah banyak teguran dan pandangan telah diutarakan kepada pemerintah, tetapi pemerintah bagaikan pekak saja. Sampai bila? Sampai 'first lady' kena ragut sampai terbunuh kah? Selagi tak kena atas batang hidung sendiri, selagi tu lah manusia itu berdegil.

Eloklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral (B) Jamil Khir fikir masalah ini. Islam Hadhari tu tak payah kaji. Buang masa. Jangan jadi seperti Jeneral (B) sebelum ini yang tidak bersikap tegas seperti seorang Jeneral. Sebelum ini, dalam forum-forum perdana Ehwal Islam, dan ceramah-ceramah agama, Jeneral (B) ini menyampaikan ilmu yang dia ada mengenai Islam. Maka sekarang tibalah masanya ALLAH bagi peluang untuk dia laksanakan apa yang diperkatakannya. Mudah-mudahan ada perubahan.


Posting berkaitan:
1) Inilah undang-undang manusia

Thursday, April 16, 2009

Sami Buddha solat berjemaah di Perak!!

Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro KERAjaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang bukan Islam tak leh baca Al-Qur'an... berdosa..!", "Menghina Islam"

Note: Dosa kat mana pulak? Orang kafir mana tertakluk dosa-pahala. Dah confirm masuk neraka. Huhu

Tengok gambar dekat bawah ni pulak... apa kata Pak Mufti..?

Perkara ni berlaku di Perak... diulang, Perak... bukan di Putrajaya atau di Terengganu atau mana-mana negeri lain.

Komen Pak Mufti jangan tak komen..!




Ini pulak Pope Benedict dengan jemaah solat di Turki


P/s:
Tok Sami pon 'solat berjemaah'... kita umat Islam pulak apsal jadi liat nak solat berjemaah..?
Ni bukan Photoshop punya trick macam
(C) The Mhakk Art


Wednesday, April 15, 2009

Tak habis lagi dengan 'Melayu'

Masih tak mau insaf mereka ini....

Bangkitlah Melayu

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini. [Baca Lagi...]

Tak habis-habis dengan 'Melayu'...

Apa beza Melayu, Cina dan India yang sama-sama terlibat rasuah, samseng, salah guna kuasa, dadah, seks, rompak, bunuh, letup-meletup, joget-joget, tari-menari, dan sebagainya?

Malang sekali bagi dunia Melayu, apabila pemimpin Melayu masih melaung-laung semangat kemelayuan yang palsu dan penuh dengan agenda peribadi sebenarnya. Melayu, Melayu, Melayu, Hidup Melayu! ~ Ratus juta masuk poket. Pemimpin Melayu kaya. Kroni-kroni kaya. Anak bini kaya. Orang Melayu bawahan papa kedana. Sudahlah papa kedana, diabai pula taraf pendidikan. Biarkan mereka tak tau apa-apa, nanti bila nak berpilihanraya, kita longgok projek mi segera kepada mereka. Mereka akan terhutang budi kepada kita. Mereka akan undi kita. Kita menang, 4-5 tahun tu sudah cukup lama untuk kita tampung balik modal mi segera~.

Tup-tup, pilihanraya Bukit Gantang, orang Cina tak mengenang budi! BN dah hamburkan projek-projek mi segera. Cina sambut. India terima. Melayu pun terima. Tapi hasilnya, Melayu saja banyak membalas jasa. Cina dan India derhaka! Tak kenang budi. Umpan dimakan, tidak bersama mata kailnya. Sebab itu kut mereka asyik melaung-laung 'Melayu, Melayu, Melayu'.

Sedarlah pakcik-pakcik politik yang dah tua di sana. Zaman sekarang semangat kemelayuan, rasis, nasionalis, asobiyyah sudah tidak relevan. Tidak ke mana Melayu jika terus utuh bersama Melayu. Tidak mungkin zaman serba canggih begini, Melayu akan kembali menjadi kolot dan jumud dengan suasana mitos Hang Tuah, mitos tulah Raja, mitos asal Melayu saja, tak boleh derhaka Raja, mitos asal melayu saja kena sokong Umno, asal Melayu saja pemimpin boleh tindas kaum-kaum lain.

Sekarang zaman mencabar. Melayu dan kekuasaan Melayu hanyalah sesuai dengan zaman dulu saja. Sesuai pada zaman Hang Tuah saja. Zaman Kesultanan Melayu Melaka saja. Cina juga ada tempoh relevannya. Tidak semua akan kekal mendabik dada, bahawa bangsa akulah yang paling hebat. Yang menjadi tuan kepada dunia. Bangsa Inggeris juga akan luput penguasaannya. Tiada yang akan kekal. Dan Islamlah yang akan kekal sehingga kiamat.

Orang-orang Islam wajib meyakini hal ini. Islam dijaga oleh ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Tuhan Yang Mencipta Langit dan Bumi. Tuhan Yang Mencipta Melayu, Cina, India dan seluruh bangsa manusia dari dulu hingga kiamat. Maka Tuhan inilah yang meletakkan formula untuk bangsa-bangsa ini bertahan dan kekal hingga kiamat. Formulanya adalah Islam. Bangsa yang berpegang dengan Islam akan terus relevan, kerana Islam akan terus relevan sehingga hari kiamat, sekalipun zaman silih berganti.

Memang lucu dan kebudak-budakan apabila pemimpin yang sudah lama berkecimpung dalam politik masih membicarakan soal lapuk ini. Jika ingin Melayu maju, Islam adalah formulanya. Faktor kekuatan Melayu, bukanlah Umno/BN. Jika Umno lemah, tidak melambangkan Melayu lemah. Melayu akan terus kuat dengan Islam. Cina akan kuat dengan Islam. India akan kuat dengan Islam. Islam adalah formula agung dari ALLAH untuk kesatuan manusia, kemajuan manusia, keharmonian hidup manusia serta rahmat kepada seluruh alam. Sesiapa yang lembab dan singkat mindanya, sukar untuk memahami formula ALLAH ini. Maka sampai bila-bila mereka akan terus melaung 'melayu...melayu... melayu...'!

Bangkitlah Umat Islam!

WaLLAHu a'lam

p/s: Doakan kejayaanku dalam final exam ni..

Sunday, April 12, 2009

Sembang kosong: Bersiar-siar di Pasar Malam

Petang tadi, aku ke pasar malam. Selama 4 tahun setengah aku di USM, agaknya tak sampai 10 kali aku ke pasar malam di kawasan ni. Dan tadi mungkin kali ke-4 aku ke pasar malam semester ni. Pasar malam adalah satu tempat yang aku kurang berminat untuk berkunjung. Entahlah, bukan saja rimas dengan asap-asap bakaran ayam dan sate, malah rimas dengan crowded yang ... entah la tak tau nak cakap.

Aku ke pasar malam pun sebab orang ajak. Kawan ajak. Sahabat ajak. Kalau sorang-sorang, memang tak pergi la selagi tak darurat. Sama saja pasar malam tepi kampungku setiap Isnin. Kalau bukan kerana mak ayah suruh beli sesuatu, memang tak pergi la. Bukan dapat pahala pun pergi pasar malam. Pi calit-calit dosa lagi ada laa... haha warak la pulak konon.

Petang tadi, aku ke pasar malam bersama Fariz, Aufa, Hakim dan Shafiq 'Mashal'. Dah sampai di sana, memang kena sedut la asap-asap yang ada. Melekat la bau asap sate dan ayam percik kat baju. Aku tawaf sajalah sambil mengekori Hakim yang mencari-cari benda yang boleh di makan. Sambil tawaf, nampaklah banyak muka-muka yang aku kenal. Warga USM. Ada yang duk cari-cari makanan untuk dibeli, ada yang dah angkut buah-buahan, ada yang dah beli nasi, ada pula yang baru sampai, ada yang berdua-duaan dilamun cinta pasar malam...adeiii, pak-pak Arab pun ada sambil bawa mak-mak Arab serta anak-anak mereka dan macam-macam ragam manusia. Mungkin ini bertepatan dengan konsep 'Satu Malaysia' yang dicanangkan PM baru kita, wakaka.

Cesss.... buat posting yang sia-sia lagi. Ape paedahnya posting kali ni, dgn bahasa pun tunggang-langgang. Haha. Saja, release sikit tegasan yang ada. Esok dah nak exam.

Apapun, nak merapu, biar ada juga sikit sebanyak pointnya, kan?

Baiklah. Dalam banyak-banyak peniaga pasar malam, tidak seorang pun yang aku jumpa peniaga wanitanya menutup aurat dengan sempurna. Lebih-lebih lagi peniaga wanita yang menjual makanan, seperti nasi, ayam golek, dll. So what? Haaa, kita dah nak start exam esok dan seterunya selama 3 minggu. Antara faktor kejayaan yang kita kena jaga adalah makanan kita. Makanan yang kita pilih untuk makan, tentulah makanan yang halal dan baik. Halal dan baik dari segi zahir dan batinnya serta mendapat barakah dari ALLAH. Bila makanan mendapat barakah, hati akan mudah menerima ilmu dan cepat faham, kekal ingatan.Baca sikit, faham banyak. Itu keberkatan. Kalau tak berkat, hmm... rasanya semua dah ada pengalaman.

Masa matrik dulu, ustaz pernah beritahu, kalau nak beli makanan, tengok penjualnya. Kalau penjualnya tidak menutup aurat, jangan beli. Tiada keberkatan. Kata ustaz, bagaimana mungkin makanan itu akan mendapat keberkatan jika dihasilkan oleh tangan orang yang derhaka kepada ALLAH. Tak menutup aurat adalah perbuatan menderhaka kepada ALLAH. Tambahan pula mereka yang tidak bertudung, dengan selamba nya mencincang ayam untuk menjamu kita. Adeii... rimas. Dari segi kebersihan pun dah tak lulus. Takut-takut kelumumur jatuh dalam nasik.

Habis, memang tak ada satu pun makanan yang kita boleh beli laa... baik tutup saja pasar malam tu.

Kalau macam tu boleh jugak. Tapi boleh ke tutup? Pihak berkuasa perlu memmbuat garis panduan kepada peniaga. Etika berpakaian mereka perlu dititik berat. Itu serah kepada pihak berkuasa. Sebab itu pihak berkuasa perlu dilantik daripada golongan yang faham. Kalau lantik golongan yang hanya bekerja untuk dunia, memenang begini lah jadinya.

Itu hal pihak berkuasa. Kita? Kita boikot saja lah peniaga yang derhaka ALLAH. Mampu? Boikot Israel pun hangat-hangat tahi ayam, inikan pula nak boikot orang Islam yang derhaka. Lagi susah. Tak beli, lapar. Beli, tak berkat. Nak buat macamana? Haaa kalau dah tak dapat nak elak juga, sekurang-kurangnya belilah dari peniaga yang kurang mudaratnya. Maksudnya, yang peniaga wanita tak pakai tudung langsung, boikot saja. Kalau berani, pergi lah tegur dulu peniaga tu. Kalau tak berani, boikot sendiri-sendiri sudah lah. jangan pergi buat kempen besar-besara pulak, siap buat banner lagi..haha. Banyak lagi gerai lain yang ada. Peniaga lelaki pun banyak yang jual penda yang sama. Peniaga wanita yang bertudung pun ada walaupun tak sempurna. Cari yang mudaratnya lebih kecil.

Itu bab makanan laa kalau nak berkat. kat kafe kita pun sama. Tapi kalau dah tak ada pilihan, nak buat macamana. Cari yang kurang mudaratnya lah. Aku pun bukannya 100% mampu buat. Tapi kalau ada peluang untuk elak, kita kena elak daripada punca jauhnya barakah. Itulah realiti zaman sekarang. Cuba elak macamana pun, akan kena juga tempiasnya. tapi, kita tetap kena terus istiqomah. Minta ALLAH sentiasa melindungi kita. Kita semua hamba-Nya yang lemah. Tanpa perlindungan-Nya, berteraboq lah kita.

Esok first paper. Malam ni kena study biasa-biasa saja. Tak boleh study maut. Kang mamfus pulak.

[Maaf la bahasa posting ni agak teruk. Ada apa-apa komen mengenai sembang-sembang ini? maaflah kalau ada peniaga yang terasa...hehe mcm la blog ni femes sgt!]

Saturday, April 11, 2009

Kisah Benar Tragedi Memali ( Ustaz Ibrahim Libya )

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Gambar As-Syahid Ust Ibrahim Libya (kiri bawah sekali)

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.


Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira.

Sumber asal oleh : arruhuljadid

BAHAGIAN 2 : Catatan Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim Mahmud.

Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri.

Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas:
Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja.

Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:

"Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama.

Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

Dilemma UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO?

Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. "

SAJAK TERAKHIR USTAZ IBRAHIM LIBYA BERTAJUK PESANAN TERAKHIR

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan...................

Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun!!!!! disana fajar sedang memancar.......................

Disedut dari Al-Banjari Online ; TiAdA MaLaM SeInDaH BinTanG, TiAdA KaTa SePerKasA BiCaRA;
Gambar: Google search

Salah Tun Dr M atau Tun Pak Lah atau Najib?

Dulu dia selalu salahkan Pak Lah bila mana saja BN kalah dalam PRU12 dan PRK-PRK...
Sekarang kalah di dua 'bukit', tak ada pulak komen apa-apa. Apa dah jadi Tun? Bukan ke Tun yang turun kempen untk BN? Di mana keajaiban Tun?

Tak payah la letak salah pada sesiapa, kerana semuanya bersalah. Balik rumah muhasabah.

Wednesday, April 8, 2009

Siapa lebih gembira? Bersedia untuk PRK akan datang pula....

Tahniah!

Parti Islam, PKR dan BN masing-masing berjaya memenangi satu kerusi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ketewasan BN di dua 'bukit' mungkin memberi isyarat pertama berakhirnya dinasti BN setelah lengkapnya teori R.A.H.M.A.N. AlhamduliLLAH, setelah gigih berusaha, kuat bekerja, disusuli doa dan tawakkal kepada ALLAH, Parti Islam berjaya memenangi kerusi Perlimen Bukit Gantang, dan sekutunya PKR berjaya mempertahankan juga kerusi Bukit Selambau. Takziah kepada BN kerana hanya berjaya memenangi Batang Ai.

Bagi Parti Islam dan PKR, serta juga DAP dalam gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat ini, kemenangan dua bukit ini menggambarkan sentimen penolakan terhadap BN masih mempunyai momentum yang kuat di semenanjung Malaysia. Malah kemenangan Ir Nizar memberi isyarat kepada BN bahawa kempen 'Nizar Derhaka' tidak berjaya mempengaruhi majoriti rakyat Perak sendiri.

Tahniah sekali lagi dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha sepanjang pilihanraya kecil ini termasuk para petugas dari seluruh ceruk negeri dan kawasan, para aktivis politik, para bloggers, anggota-anggota unit amal, para perayu undi dan seterusnya para pengundi yang mengundi calon Pakatan Rakyat! Sesungguhnya usaha kalian hanyalah dapat dinilai oleh-Nya. Alangkah terharunya apabila mendengar berita, petugas yang nun datang dari jauh dengan menjual ternakan serta bergadai tanah semata-mata untuk datang ke Bukit Gantang bagi memenangkan calon Parti Islam. Alangkah terharunya apabila melihat pak cik-pakcik tua, anak-anak muda, remaja-remaja, makcik-makcik dan srikandi-srikandi bekerja keras setiap malam dan siang semata-mata untuk melihat Parti Islam dan Pakatan Rakyat menang.

Sesungguhnya tidak sama kegembiraan antara penyokong dan para petugas. Penyokong pasti gembira dengan kemenangan ini, tetapi para petugas lebih-lebih lagi gembira dan merasai manisnya kememangan ini. Lihatlah para penonton dan penyokong seseuatu pasukan bola sepak. Mereka akan bersorak kegembiraan apabila pasukan yang mereka sokong menang. Akan tetapi setakat mana tahap kegembiraan mereka? Sudah tentu mereka hanya menang sorak. Bagaimana pula keadaan para pemain pula? Mereka pasti lebih gembira, dan juga dapat menjulang piala serta imbuhan-imbuhan tertentu hasil kemenangan mereka. Siapa yang lebih merasai kemanisan 'menang' itu? Tentulah para pemainnya.

Begitulah jua kisahnya antara kegembiraan penyokong dan para petugas. Penyokong bergembira dengan kemenangan ini. Tetapi para petugas yang gigih berusaha, akan mendapat merasai manisnya kemenangan dan piala yang ALLAH janjikan (berupa pahala, darjat di sisi-Nya, insyaALLAH syurga-Nya). Segala pengorbanan, jual ternakan, gadai tanah, infaq harta, memerah keringat dan sebagainya, semua itu akan dihitung oleh ALLAH untuk ditukar kepada ganjaran yang sangat berharga sekiranya semuanya ikhlas kerana-Nya.

Bagi mereka/kita yang hanya sekadar penyokong untuk PRK kali ini, kita harap kegembiraan kita dengan kemenangan Parti Islam ini akan dapat juga ganjaran dari-Nya walaupun tidak sama dengan para pejuang yang bekerja keras. Dan tanamlah azam dan semangat dalam diri kita, bahawa kita akan turun jua ke medan menjadi pejuang dan petugas pada mana-mana PRU dan PRK yang akan datang bagi meraih piala dari ALLAH.

Khabarnya, di Johor nanti kemungkinan akan satu lagi pilihanraya kecil, dan di Perak pula dalam masa tiga bulan dari sekarang, kemungkinan akan ada juga pilihanraya sekali lagi. WaLLAHU a'lam.

ALLAHU AKBAR!!!

Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang:

Calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - 21,860 undi,
Calon BN, Ismail Saffian -19,071 undi,
Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris- 62 undi.

Nizar menang dengan majoriti 2,789

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

1. R Loganathan (Bebas) - 31 undi
2. Tan Hock Huat (Bebas) -78 undi
3. Radzi Md Lazim (Bebas) - 25 undi
4. S Manikumar (PKR) - 12,632 undi
5. Mohd Fadzil Wahab (Bebas) - 83 undi
6. Abdul Rahim Abu (Bebas) - 60 undi
7. L Sarala (Bebas) - 49 undi
8. Datuk S Ganesan (BN) - 10,229 undi
9. A Jayagopal (Bebas) - 35 undi
10. S Moganakumar (Bebas) - 46 undi
11. Khamis Awang (Bebas) - 29 undi
12. Husaini Yaakob (Bebas) - 257 undi
13. M Vaneson (Bebas) - 32 undi
14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (Bebas) - 528 undi
15. T Chandrarajan (Bebas) - 73 undi.

Undi rosak 415.
Majoriti 2,403 undi.

Kesimpulan mudah PRK 2 Bukit 1 Batang:

1) PR menang 2-1 atasi BN, bukti rakyat Semenanjung masih marahkan BN
2) Isu Nizar Derhaka tidak berjaya mempengaruhi majoriti rakyat Bukit Gantang
3) Rakyat masih yakin bahawa Nizar dianiaya
4) Rakyat tolak kepimpinan Najib
5) Kempen BN masih ditakuk lama dan kebudak-budakan
6) Tun Dr M sudah tidak relevan - sia-sia saja dia turun kempen
7) Rakyat Bukit Gantang suruh MB Kudeta BN muhasabah status diri.
8) ...
9) ...
10) ....
(tiru style blog sape pulak ni ... haha)

Ayat-ayat biasa orang kalah :
1) Ganesan tetap berbakti walaupun kalah - [ada serupa macam calon BN yg kalah di Permatang Pauh ]
2) Gagal bukan bermakna rakyat tolak kepimpinan Najib: Hishammuddin
3) BN hormati pilihan pengundi: Hishamuddin

Link-link berkaitan:
1) Rakyat belum maafkan BN
2) Pakatan 2 Bukit, BN Batang Ai
3) Pas pertahan Bukit Gantang
4) Kalah di dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

Kepada penyokong BN, usah bersedih dengan kekalahan calon anda. Tukarlah kapal dan mari sambut kegembiraan ini bersama-sama. Yang menang, jagalah adab. Jangan sakiti hati mereka yang kalah. Islam itu indah.

p/s: sshhhh.... 'mahasiswa tak boleh berpolitik daaa...'

Monday, April 6, 2009

Kehidupan biasa Anak PM ke-6

Anak PM jalani hidup biasa

Ibu bapa orang kenamaan bukan satu keistimewaan, kelebihan - Berita Harian Online

SEPANG: "Kami tetap perlu berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan... bukan kerana kami anak orang kenamaan."

Itu pendirian anak Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang tetap merendah diri dan menjalani kehidupan harian seperti biasa walaupun bapa dan ibu mereka Perdana Menteri dan wanita pertama Malaysia.

Bagi Nooryana Najwa, 20, beliau tidak pernah kekok atau melalui perbezaan kehidupan terlalu ketara apabila bergelar anak Perdana Menteri.

Pelajar jurusan politik dan perhubungan antarabangsa di Georgetown University, Washington, Amerika Syarikat itu berkata, status sebagai anak pemimpin nombor satu Malaysia tidak memberi sebarang keistimewaan dan kelebihan...[Baca Lagi...]
Kehidupan biasa Anak PM ke-6

Satu ...

satu...

dua...

tiga...

Ops... yang ni takde kena mengena pulak dgn posting ni...

Ni siapa pulak...


AstaghfiruLLAHal 'azheem...
Istighfar banyak-banyak sebab tertengok gambar-gambar di atas.

Sunday, April 5, 2009

Liqo Wida' 2009 - Jangan kita terpisah kelak

Pagi tadi, majlis loqa wida' 2009 berjalan lancar.

AlhamduliLLAH, pengisian minda dan pengisian perut kedua-duanya memberi input yang baik. Tak disangka-sangka pula hari ini aku pegang 3 kupon cabutan bertuah, ketiga-tiganya bertuah. Tak pernah pula seumur hidupku dapat memenangi cabutan bertuah. Apakah tuah ayahku sudah mula diwarisi? Hehe.

Sahabat-sahabiyah sekalian,

Majlis perpisahan kononnya untuk meraikan sahabat-sahabiyah kita yang akan mengakhiri zaman degree, sebenarnya bukanlah suatu majlis yang menjadi program terakhir kita bersama-sama. Ukhuwwah Islamiyyah perlu diteruskan di mana saja kita berada, ke mana sahaja kita dicampakkan.

Berdoalah dan berharaplah, kita tidak akan dipisahkan dan tidak akan terpisah sehingga hari akhirat kelak sebaliknya kita terus bersama-sama dalam satu jamaah dengan ikatan ukhuwwah yang bertaut erat hingga suatu hari nanti, kita akan tetap bersama-sama di bawah naungan keredhaan-Nya.

Malanglah bagi mereka yang terpisah. Perpisahan yang sebenar adalah perpisahan yang tidak akan ada pertemuan semula. Firman ALLAH:

وامتاز اليوم أيها المجرمون
"Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hey orang-orang yang berbuat jahat"
Surah Yaasiin:59

Semoga kita terus kekal dalam ukhuwwah Islamiyyah dan saling tegur-menegur antara satu sama lain. Di sana kelak, janganlah kita terpisah dan terjerumus bersama-sama golongan orang yang melakukan kejahatan dan dosa. Biarlah kita terus bersama-sama di bawah rahmat-Nya.

Untuk kekal bersama di sana, maka tetakanlah pendirian kita bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kiranya diriku dan kalian semua futur dari jalan yang sama-sama kita yakini, yakni Islam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang menanti kita di alam luar kampus, alam pekerjaan. Berdoalah dan berusahalah agar kita tidak tercicir dari jalan ini. Mudah-mudahan kita tidak dipisahkan kelak.

Aku sudah dua kali 'diraikan'. Dapat cenderamata pun dua kali. Sidang lepas sekali, pagi tadi sekali. Bertuah sungguh. Tapi janganlah cuba menjadi bertuah sepertiku...hehe. Stress nanti kalau penebat stress tak kuat.

Akhir sekali, mohon maaf sekiranya ucapan taarufku tadi entah apa-apa. Doakan kejayaanku dunia dan akhirat. Doakan kejayaan kita semua.

WaLLAHu a'lam

[p/s: ni kira tak jaga sirr hazar ke?]

Wednesday, April 1, 2009

Hati-hatilah dengan firasat orang beriman...

Ilmu Firasat dalam Islam


اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله

“Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “
(HR Tirmidzi dengan sanad lemah ,dalam Al Sunan, Kitab : Tafsir, Bab : Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

Pengertian Firasat

Firasat, kalau kita kaji dengan teliti, ternyata terdapat di dalam ajaran Islam. Dalilnya, selain hadis di atas, adalah beberapa ayat Al Qur’an yang menyentuh masalah firasat tersebut, di antaranya adalah firman ALLAH:

إن في ذلك لآيات للمتوسمين

“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “
(Surah Al Hijr: 75).

Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, yaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.

Sebagaimana firman ALLAH:

ولو نشاء لأريناكهم فلعرفتهم بسيماهم

“Sekiranya Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“
(Surah Muhammad: 30).

ALLAH juga berfirman :

يحسبهم الجاهل أغنياء من التعفف تعرفهم بسيماهم

“Orang – orang yang bodoh menyangka mereka adalah orang kaya, kerana mereka memelihara diri dari meminta- minta, kamu mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“ (Surah Al Baqarah: 273).

Walaupun hadis di atas sanadnya lemah, namun makna dan ertinya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hal yang membuktikan bahawa orang yang beriman mampu memandang sesuatu dengan tepat dan benar kerana ALLAH memberikan kekuatan tersebut kepada orang yang beriman kepada-Nya, yang mana hal itu tidak diberikan kepada orang lain.

Kekuatan yang diberikan ALLAH tersebut, tidak hanya terbatas kepada cara memandang, melihat, memutuskan suatu perkara ataupun mencari jalan keluar. Akan tetapi, kekuatan tersebut merangkumi seluruh aspek kehidupan ini. Orang-orang yang beriman mempunyai kelebihan kekuatan dalam bersabar menghadapi ujian dan dugaan, kerana dia yakin bahawa hanya ALLAH-lah yang mampu menyelamatkan dan memberikan jalan keluar dari ujian tersebut, sekaligus berharap dari ujian tersebut, bahawa dia akan mendapat ganjaran yang besar di sisi-Nya dan akan menambah ketinggian darjatnya di akhirat kelak. Apatah lagi tatkala dia mendengar hadis yang menyatakan :

“ Jika ALLAH mencintai hamban-Nya , niscaya Dia akan mengujinya “,

tentunya, dia akan bertambah sabar, tabah dan tetap pendiriannya.

Dalam peperangan, orang yang beriman mempunyai keberanian, kekuatan dan stamina yang lebih, kerana mati syahid adalah sesuatu yang didambakan. Mati mulia yang akan mengantarkannya kepada syurga yang abadi tanpa harus dihisab terlebih dahulu, atau ALLAH memberikan kemenangan dan hidup dalam keadaan yang mulia.

ALLAH berfirman:

"Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Surah At-Thalaq : 2-3

Dalam bidang keilmuan, keimanan seseorang mempunyai peranan yang sangat penting. Masalah keilmuan ini ada kaitannya dengan masalah firasat, yang merupakan renungan kita kali ini. ALLAH berfirman :

واتقوا الله ويعلمكم الله

“ Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan ALLAH memberi tunjuk ajar kepadamu“
(Surah Al Baqarah: 282).

Ayat di atas menunjukan bahawa barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan mengajarinya(memberikan ilmu kepadanya ). Kalau orang – orang awam sekarang menyebutnya dengan “ Ilmu Laduni “ , iaitu ilmu yang diberikan ALLAH kepada seseorang tanpa melalui proses belajar, yang wajar dilakukan kebiasaan orang.

Terdapat hadis yang mendukung ayat di atas, iaitu hadis yang berbunyi :

“ Barang siapa yang mengajarkan Al Qur’an , niscaya ALLAH akan mengajarkan sesuatu yang belum ia ketahui “

Ertinya : Mengajar Al Qur’an adalah salah satu dari kegiatan yang menambah ketaqwaan atau keimanan seseorang kepada ALLAH, sehingga dengan amalan tersebut ALLAH akan membalasnya dengan mengajarkan kepadanya sesuatu yang ia belum mengetahuinya.

Salah seorang sahabat RasuluLLAH pernah berkata :

“ Seorang yang alim melihat fitnah (kerosakan, huru-hara dll) sebelum datang, sedang orang yang jahil melihat fitnah setelah terjadi “ .

Maksudnya, bahawa orang yang alim (disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH) mempunyai firasat atau pengetahuan akan sesuatu yang akan terjadi, sedang orang yang bodoh dan tidak bertaqwa kepada ALLAH , tidak mengetahuinya kecuali setelah peristiwa tersebut terjadi.

Bukan bermaksud orang alim tersebut mengetahui hal- hal yang ghaib dengan begitu saja, akan tetapi dia mengetahuinya dengan tanda- tanda (firasat) yang telah diberikan ALLAH kepadanya, atau tanda-tanda tersebut telah disebutkan ALLAH di dalam kitab-Nya dan hadis nabi-Nya.

Beberapa Contoh Firasat yang benar

Antara contoh yang kita boleh bawa untuk renungan, bahawa seseorang yang alim akan mengetahui runtuhnya suatu bangsa, atau terjadinya malapetaka mengerikan yang akan menimpa pada suatu tempat, dengan melihat tanda- tandanya, seperti menyebarnya perzinaan dengan cara yang terang-terangan, merebaknya perbuatan liwat atau homosexual, semaraknya riba di bank- bank dan di pasar- pasar, serta perbuatan –perbuatan sejenis, salahguna kuasa dan penindasan, harta berlegar dalam kalangan puak tertentu, dan sebagainya yang kesemuanya itu akan mendatangkan murka ALLAH dan mengakibatkan turun azab dari langit.

Orang beriman dan tinggi ketaqwaannya akan nampak kesan dan akibat sesuatu isu yang berlaku hari ini melalui firasat yang ALLAH kurniakan kepada mereka. Manakala orang-orang yang tidak bertaqwa, tidak nampak, malah tidak melihat pun kepada kesan isu yang berlaku. Sebaagi contoh, isu rasuah dalam parti pemerintah (UMNO). Orang yang bertaqwa sudah nampak bahawa UMNO akan berkubur tidak lama lagi. Sudah banyak kali diulangi kenyataan ini, namun para pemimpin UMNO masih tidak mengendahkannya. Mereka menganggap isu rasuah itu perkara biasa dan UMNO akan kembali pulih setelah kepercayaan rakyat kembali kepada mereka selepas peralihan kuasa yang berlaku. Mereka tidak menyedari bahawa firasat orang-orang beriman itu sesuatu yang perlu dipandang serius. Bahkan mereka akan nampak kehancuran UMNO setelah UMNO benar-benar hancur.

Teringatkah kalian dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor? Beliau pernah berkata bahawa Dr Mahathir akan melihat sendiri kerosakan UMNO hasil tangannya sendiri. Maka lihatlah, ALLAH masih mengurniakan ummur yang panjang kepada Dr Mahathir. Beliau sekarang melihat sendiri betapa rosaknya UMNO dan perwakilannya dalam Perhimpunan Agong UMNO beberapa hari lalu, yang mana perasuah dipilih jua memimpin sayap parti tua itu.

Para ulama hari ini berhempas-pulas berusaha untuk memartabatkan Islam dalam pemerintahan negara. Pada firasat mereka, negara ini akan huru-hara sekiranya UMNO terus memerintah dengan mengekalkan sekularisme, nasionalisme dan rasisme dalam pemerintahan. Akhlak dan syahsiah rakyat terutamanya muda-mudi akan terus rosak dan tidak dirawat. Ekonomi yang penuh dengan riba dan penindasa sangat membuatkan rakyat menderita. Sebab itu para ulama terus berjuang untuk menyelamatkan negara, kerana firasat mereka menyatakan negara kita tidak akan selamat dengan sistem yang ada hari ini. Lihatlah sahaja pada jenayah yang berlaku, semakin bertambah statistiknya. Walhal pelbagai bentuk enakmen,akta, kanun keseksaan dan sebagainya telah digubal dan diperketat, jenayah terus jua bertambah. Di mana silapnya? Orang-orang yang jahil tidak akan nampak akibatnya, melaikan negara kita kelak betul-betul rosak binasa nilai kemanusiaan, nilai ketimuran, nilai keagamaan serta akidah pegangan kita.

Tercorotnya bangsa- bangsa yang ada adalah akibat jauhnya mereka dari ajaran Islam , termasuk di negara kita Malaysia, yang terus – menerus bergelumang dalam kemaksiatan, mengaut harta- harta hasil rasuah dan menularnya riba serta berkonfrontasi dan memerangi Islam secara terang- terangan.

Tanda- tanda ( firasat ) yang digunakan oleh seorang yang alim dan bertaqwa untuk mengetahui sebuah peristiwa, bukan hanya berupa “ fahisyah “ ( kemaksiatan seperti zina dan sejenisnya ) saja, akan tetapi tanda-tanda itu boleh juga berupa penyelewengan dari manhaj Al Quran secara umum dan penyelewengan dari disiplin ilmu yang benar, walaupun kadang, penyelewengan tersebut dilakukan dengan tidak sengaja, seperti : tidak adanya amar ma’ruf dan nahi mungkar didalam suatu masyarakat, atau bahkan ada perbuatan amar ma’ruf dan nahi mungkar, tetapi tidak dilandasi dengan ilmu syarak yang benar. Umpamanya konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah, yang mempunyai 10 prinsip. Sekali imbas sahaja, para ulama sudah nampak penyelewengan dalam konsep rekaan tersebut melalui firasat yang ALLAH kurniakan kepada mereka. Sedangkan kita orang biasa, melihat semua 10 prinsip itu baik dan bagus. Para ulama bukan sahaja nampak konsep Islam Hadhari itu merupakan agenda politik UMNO, tetapi juga melihat 10 prinsip itu cuba mencacatkan Islam yang sebenar, yakni tiada satupun usaha mencegah kemungkaran yang diperkenalkan dalam 10 prinsip tersebut. Jika dibiarkan, agenda politik ini dibimbangi menjadi fahaman aqidah umat Islam, seperti mana Syiah yang pada awalnya adalah gerakan politik - akhirnya menjadi satu mazhab. Kini era Islam hadhari itu akan perlahan-lahan hilang dan akan timbul pula konsep baru oleh presiden baru, mungkin.


Bahkan kesalahanan seorang pemimpin dalam berijtihad pun boleh menjadi tanda bagi orang yang mempunyai firasat bahawa ijtihad atau keputusan yang dibuat pemimpin itu akan menyebabkan malapetaka. Inilah salah satu bentuk firasat yang dimiliki oleh Ibnu Umar ra, ketika melepaskan Husein bin Ali ra - walaupun dengan sangat berat hati - berangkat ke Iraq untuk memenuhi ajakan penduduk Iraq yang ingin membai’atnya jadi khalifah , beliau berkata kepada Husein bin Ali ra:

“ Saya menyerahkanmu kepada ALLAH , wahai orang yang akan terbunuh “.

Firasat Ibnu Umar mengatakan bahawa Husein akan terbunuh dalam perjalanan menuju Iraq tersebut, ternyata menjadi kenyataan . Terjadilah peristiwa yang ditulis sejarah dengan lumuran darah iaitu pembunuhan terhadap Saiyidina Husein, cucu RasuluLLAH dan rombongannya di Karbala, yang akhirnya menimbulkan luka mendalam pada seluruh umat Islam bahkan menimbulkan fitnah yang berkepanjangan hingga hari ini.

Para sahabat lainnya juga mempunyai firasat yang benar, seperti yang dimiliki oleh Abu Musa Al Asy’ari, ketika melihat perselisihan antara Muawiyah dan Ali di dalam menentukan sikap terhadap para pembunuh khalifah Usman bin Affan. Beliau melihat perselisihan tersebut sebagai bibit fitnah yang harus dijauhi, sehingga beliau dengan beberapa sahabat besar yang lainnya, seperti Sa’ad bin Abi Waqas, Ibnu Umar, Usamah bin Zaid, Salamah bin Akwah, Abu Hurairah, Zaid bin Tsabit dan lainnya, menolak untuk turut serta dalam peperangan antara kedua kelompok umat Islam tersebut. Dan sikap inilah yang lebih dibenarkan oleh beberapa ulama “ muhaqiqin “ dari dua pihak lainnya, iaitu pihak Ali bin Abi Tholib ra dan pihak Muawiyah ra. Walaupun majoriti Ulama lebih membenarkan kubu Ali bin Abu Thalib ra, tetapi pendapat tersebut kurang kuat, kerana ada riwayat yang menyatakan penyesalan Ali bin Thalib terhadap sikap yang beliau ambil di dalam menghadapi fitnah ini, iaitu setelah perang Siffin yang mengorbankan ribuan pelapis-pelapis terbaik umat Islam itu selesai.

Begitu juga firasat yang dirasakan oleh khalifah Usman bin Affan ra, ketika seseorang datang menemuinya , beliau mengatakan :

“ Salah satu dari kalian menemuiku , sedang perbuatan zina nampak pada matanya “

Mendengar perkataan tersebut, spontan saja, yang hadir di situ mengatakan : “ apakah pernyataan tuan tersebut, merupakan wahyu dari ALLAH ? “ . Khalifah Usman menjawab : “ Bukan, akan tetapi itu adalah firasat yang benar “ .

Juga, sebelum beliau meninggal dunia kerana terbunuh, beliau merasakan bahawa ajalnya telah dekat dan dia akan mati terbunuh, maka beliau mengambil sikap untuk tidak mengadakan pertarungan ketika segerombalan orang masuk ke rumahnya, serta menolak bantuan yang di tawarkan oleh beberapa pengawal dan sahabatnya. Beliau ingin menghindari pertumpahan darah antara kaum muslimin, kerana mengetahui pada akhirnya beliau jugalah yang akan menjadi korban.

Menentukan Hukum dengan Firasat

Bukan sampai di situ saja, firasat pun kadang-kadang digunakan dalam memutuskan suatu masalah. Maksud firasat di sini adalah firasat yang benar, yang merupakan tanda- tanda atau bukti- bukti yang hanya diketahui oleh orang – orang tertentu dan dapat diterima oleh akal yang waras.

Salah contohnya, adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman, ketika dua orang perempuan datang kepada bapa baginda, Nabi Daud, untuk menyelesaikan perkara mereka berdua yang masing – masing mempunyai bayi, salah satu bayi dari mereka berdua dimakan serigala. Kedua- duanya mengaku bahawa bayi yang masih hidup adalah bayinya. Tiada seseorang pun dari mereka mahu mengalah dan lebih sukar lagi apabila tiada tanda untuk dijadikan bukti dalam perkara tersebut. Setelah berfikir sejenak, Nabi Daud akhirnya memutuskan bahawa bayi tersebut milik perempuan yang lebih tua. Apakah yang membuatkan Nabi Daud as fikirkan, sehingga mengambil keputusan tersebut ? Apakah kerana pertimbangan umur, atau kerana Nabi Daud sejak awal lagi melihat bahawa bayi tersebut selalu dalam dakapan perempuan yang tua. Keadaan seperti itu dijadikan Nabi Daud sebagai dasar untuk memutuskan bahawa anak tersebut milik perempuan yang mendakapnya. Dan teori ini dibenarkan di dalam Hukum Islam.

Namun, ketika kedua-dua perempuan tersebut mendatangi Nabi Sulaiman, dan menceritakan semula tuntutan mereka terhadap bayi tersebut. Oleh kerana tidak ada bukti, Nabi Sulaiman berfikir sejenak. Tanpa banyak berbicara, beliau segera memerintahkan anak buahnya untuk mengambil pedang. Setelah pedang yang terhunus tersebut di tangan nabi Sulaiman, beliau menyarankan agar salah seorang daripada kedua-dua perempuan tersebut supaya mengalah, baginda menghayun pedang untuk menetak bayi tersebut hingga terbelah dua, kemudian dibahagi separuh setiap seorang supaya kedua-duanya mendapat keadilan. Akan tetapi kedua-duanya tetap tidak mahu mengalah. Mereka menyangka Nabi Sulaiman tidak mungkin berbuat demikian. Namun, ketika perempuan yang lebih muda melihat Nabi Sulaiman, serius dan tidak main- main dengan ancamannya, serta hendak mengayunkan pedangnya tepat pada tubuh bayi tersebut, tiba- tiba dia berteriak : “ Jangan, wahai Nabi ALLAH, mudah- mudahan ALLAH memberikan rahmat kepadamu, saya nyatakan bahawa bahawa anak tersebut milik perempuan yang lebih tua dariku “. Mendengar teriakan tersebut, Nabi Sulaiman tersenyum dan tidak meneruskan rancangannya itu. Kemudian memutuskan bahawa bayi tersebut adalah milik perempuan yang lebih muda.

Nabi Sulaiman dalam memutuskan perkara tersebut, telah menggunakan firasat dan ilmunya bahawa diamnya perempuan yang tua, dan menjeritnya perempuan yang lebih muda serta tidak sampai hatinya dia menyaksikan anak tersebut dibelah menjadi dua, merupakan bukti atau tanda yang sangat kuat bahawa anak tersebut milik perempuan muda . Bahkan bukti- bukti seperti itu, jauh lebih kukuh daripada pengakuan perempuan muda sendiri yang menyatakan bahawa anak tersebut bukan anaknya, tapi anak perempuan yang lebih tua.

Diceritakan pula dalam Quran, firman ALLAH :

وداود وسليمان إذ يحكمان في الحرث غذ نفشت فيه غنم القوم وكنا لحكمهم شاهدين ، ففهمناها سليمان وكلا آتيناه حكمة وعلما

“ Dan ingatlah kisah Daud dan Sulaiman, ketika mereka memberikan keputusan tentang tanaman, kerana tanaman tersebut di rosak oleh kambing –kambing kaumnya , dan Kami adalah menyaksikan apa yang mereka putuskan. Adapun Sulaiman telah Kami berikan pengertian (kefahaman ) terhadap hukum yang tepat, Dan masing- masing dari keduanya ,Kami beri hikmah dan ilmu … “
(Surah Al Anbiya’ 78-79 )

Dari ayat di atas, sebagian ulama berpendapat bahawa menentukan keputusan dalam pengadilan dengan tanda- tanda seperti itu, merupakan sebahagian daripada "al-fahmu" atau firasat, bukan sekadar ilmu biasa.

Kita lihat pula firasat ulama zaman Khalifah Uthmaniyyah, ketika pemerintahan Sultan Murad. Sultan Murad yang memerintah ketika itu menunggu-nunggu kebenaran hadis RasuluLLAh yang menyatakan bahawa Kota Constantine akan dapat ditawan oleh umat Islam, dimana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Sekalipun pada pemerintahan baginda, Kota Constantine masih tidak dapat ditembusi walaupun sedikit. Maka baginda bertanya kepada para ulama tentang hal yang demikian itu.

"Wahai kalian orang yang dimuliakan, bukankah zaman ini, aku telah bersiap menjadi sebaik-baik raja, dan rakyatku sudah memiliki ciri-ciri sebaik-baik rakyat? Mengapakah Kota Constantine itu belum dapat kita masuki?"

Para ulama menjawab, "Kota Constantine itu tidak akan jatuh ke tangan umat Islam pada pemerintahan tuanku, tetapi keturunan tuanku akan menaklukinya"

Sultan Murad kehairanan. Apakah yang dimaksudkan oleh ulama itu sedangkan dia tidak memiliki anak, padahal umurnya sudah lewat usia. Tanpa berlengan dia mendapatkan isterinya dan bertanya akan hal itu kepada isterinya. Isterinya mengesahkan bahawa dia telah hamil anak mereka.

Begitulah firasat ulama yang diberi oleh ALLAH kepada mereka. Akhirnya lahirlah Sultan Muhammad yang digelar al-Fateh kemudiannya. Cara A-fateh pembukaan kota tersebut juga sangat unik dan genius, sehingga Kota Konstantine yang sudah digazetkan oleh rajanya bahawa kota itu tidak akan dapat ditembusi sesiapa walaupun seinci itu, akhirnya dapat dimasuki tentera Al-Fateh. Strategi Al-Fateh juga adalah merupakan firasat yang tidak sekali-kali orang yang jahil akan terfikir, dan akan menganggap Al-fateh itu gila.

Ketika Al-Fateh berjaya menawan kota tersebut, pada hari Jumaat, seluruh tentera Islam berhimpun untuk menunaikan solat Jumaat. Mereka menunggu orang yang akan mengimami solat Jumaat tersebut. Maka Al-Fateh berdiri depan para tenteranya seraya berkata:

"Wahai sekalian tenteraku, orang yang berdiri selepas ini akan menjadi imam solat Jumaat hari ini. Sesiapa daripada kalian yang sejak balighnya dia pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk "

Maka sebahagian besar tenteranya pun duduk. Tinggallah sekelompok tenteranya yang masih berdiri. Maka Al-Fateh berkata lagi kepada yang masih berdiri,

"Sesiapa antara kamu, sejak balighnya pernah meninggalkan solat tahajjud (qiamullail), sila duduk"

Maka seluruh tenteranya duduk. Tinggallah Al-Fateh berdiri seorang diri. Nyatalah, baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan qiamullail sejak kecil sehingga sekarang. Dialah yang mengimami solat Jumaat tersebut. Benarlah sabda Nabi, bahawa itulah sebaik-baik Raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Dari keterangan di atas, kesimpulan yang kita boleh ambil adalah firasat ternyata terdapat di dalam ajaran Islam, bahkan disebutkan di dalam Al Qur’an dan hadis serta dilakukan oleh para sahabat dan para pengikutnya. Namun yang perlu di catat di sini, bahawa semua itu bukan bererti setiap orang boleh mengaku bahawa dia mempunyai firasat yang benar atau bahkan memutuskan sesuatu perkara dengan firasat, walaupun tanpa ada tanda- tanda atau bukti- bukti yang boleh dipertangungjawabkan baik secara Hukum Islam , mahupun secara logik akal yang sihat, kerana hadis di atas, yang menyuruh kita berhati- hati dengan firasat orang beriman, membuktikan bahawa firasat yang boleh di terima adalah firasat orang yang beriman, iaitu orang yang benar- benar bertaqwa kepada ALLAH, disertai dengan ilmu syarak yang mantap.

Hal tersebut dikuatkan dengan lafaz hadis bahagian terakhir yang berbunyi (kerana dia melihat sesuatu dengan cahaya ALLAH ) maksud dari : “dengan cahaya ALLAH” di sini adalah dengan ketaqwaan dan dengan ilmu. Bukanlah dinamakan firasat jikalau sekadar mengaku taqwa tanpa bukti, kerana antara bukti ketaqwaan adalah berilmu. Beribadah tanpa didasari ilmu bagaikan ibadahnya orang Nasrani (Kristian) yang dilabel oleh ALLAH sebagai golongan yang sesat. Seseorang tidak akan dapat beribadah dan bertaqwa kepada ALLAH dengan baik dan sempurna, jika tidak mempunyai bekalan ilmu yang cukup. Dan begitu pula halnya kalau hanya sekadar berilmu saja, tanpa ada keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH juga tidak akan terwujud sebuah cahaya, kerana ia termasuk dalam kalangan orang Yahudi yang di murkai oleh ALLAH - mereka merupakan kaum yang bijak dan pintar, malangnya mereka dilaknat kerana kedegilan dan kejahatan mereka.

Demikian itu, kita sebagai pendokong dan pejuang Islam, adalah sangat baik kiranya kita memohon agar ALLAH mengurniakan kita ilmu firasat yang berguna kepada kita, pada masa yang sama kita terus berusaha mengislah diri agar hampir kepada ALLAH.

Semoga ALLAH menganugerahkan ilmu firasat yang benar kepada kita semua.

WaLLAHu a'lam.

Diulas dari kuliyah maghrib dan tulisan:
1) Ustaz Yusof Abd Rahim, Pusat Islam USMKKj
2) Dr. Ahmad Zain An-Najah, Indonesia
Ũ