© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, October 17, 2008

Inilah undang-undang manusia...!

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati - Berita Harian Online.
PUTRAJAYA: Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani, di Johor empat tahun lalu, terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan semalam mengenepikan sabitan dan hukuman itu. Bagaimanapun, hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi kesalahan merogol budak perempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah, dikekalkan. Namun, dia terlepas hukuman sebatan kerana berumur 52 tahun. Baca Lagi...

Apa dah jadi?
Perogol tersebut juga adalah pembunuh adik Nurul Huda, boleh terlepas dari hukuman mati? Apakah keluarga mangsa memaafkan pembunuh itu?

Inilah undang-undang dan hukum ciptaan manusia. Tidak adil.
Bayangkan ketika mana mayat adik Nurul Huda ditemui, bagaimana pilu, sedih, berkecainya hati ahli keluarga mangsa melihat cara kematian yang menyayat hati.

Bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga apabila mengetahui identiti orang yang merogol dan membunuh adik Nurul Huda itu. Betapa marah, geram dan mahu sahaja dibelasah malah sehingga mahu mencincang si pembunuh dan perogol itu.

Namun mereka tetap mengikut undang-undang, menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman setimpal. Jenayah bunuh, apa hukum yang setimpal dengannya? Sebat 24 rotan? Oh... kecewanya mereka dengan terlepasnya si pembunuh itu dari hukuman mati barangkali.

Empat tahun dibicara, keputusannya menyelamatkan si pembunuh yang tidak berhati perut itu. Kalaulah dari awal lagi mereka tahu pembunuh itu akan terlepas, apa yang akan mereka buat?

Sedangkan hukum Qisas dalam Islam, bunuh, hukumnya bunuh balas. Rogol, hukuman zina, sebat 100 sebatan jika belum kahwin, rejam sampai mati jika perogol sudah kahwin. Kenapa boleh terlepas lagi? Inilah undang-undang manusia yang masih dipertahankan kerajaan.

Hukum hudud ke atas pencuri yang sudah benar-benar bersalah menurut syariat Islam, akan dihukum ptong tangan. Bayangkan jika kita baru membeli motosikal baru, dengan wang titik peluh kita. Tiba-tiba dicuri. Kemudian ditemui, dan sudah tinggal rangka sahaja. Apa perasaan kita? Ada yang mahu membelasah si pencuri. Malah ada yang mahu membunuh dan mencincang si pencuri! Dahsyatnya amarah manusia.

Tetapi Islam telah tetapkan hukumannya - potong tangan. Tidak boleh sampai membunuh si pencuri. Islam mengawal semua itu. Mengawal kegiatan jenayah mencuri, dan mengawal juga tindakbalas mangsa. Islam adil untuk semua manusia.

Hukum hudud, ptong tangan adalah satu contoh sahaja. Islam tidak menzalimi sesiapa. manusia yang menolak Islam, adalah mementingkan diri sendiri, kerana diri sendiri belum 'kena apa-apa'.

Kita memandang remeh soal undang-undang dan salahguna kuasa ini. Jika kes adik Nurul Huda ini terkena kepada ahli keluarga kita, ketika itukah baru kita mahu buka mata untuk meminta kerajaan melaksanakan hukum Islam, hudud dan qisas? Sekarang ini kita kata undang-undang Islam tidak sesuai, kolot, jumud, tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum dan sebagainya. Sebabnya, jenayah itu belum terkena pada kita.

Ayuh fikirlah!



4 comments:

Anonymous said...

Sedih , terkilan dan amat kecewa... Apakah yang telah terjadi pada masyarakat hari ini? Apakah kita hanya boleh bermimpi bahawa keadilan pasti akan hadir?

Anonymous said...

ni semua sebab umno taknak laksanakan syariat Islam. Allah dah turunkan bala yg pelbagai bentuk. kalau terus begini, negara akan hancur. kita ken hancurkan umno sebelum ketetapan Allah datang kepada kita.

Anonymous said...

salam...
saya agak kecewa...dan terkila dgn cara manusia bersalah di negara kita dihukum...
Peraturan dan undang2 yg sewajar dan sepatotnya telah pon ditunjukkan dalam Al-Quran...ADIL DAN SAKSAMA...berkonsepkan "Islam Hadhari"..memang sudah terpesong...perlu distruktur semula perlembagaan...ROGOL!!!BUNUH!!! hanya dihukum dengan PENJARA!!!xde SEBATAN???hanya krn umur 52 thn???!!!adik Nurul Huda hanya SETAHUN JAGUNG...baru melihat dunia...PATUTKAH BELIAU DIROGOL DAN DIBUNUH???!!!kalo mcm tuh,,ORANG LAINXKAN TAKOT UNTUK MEROGOL DAN MEMBUNUH!!!
MANUSIA MEMANG TIDAK ADIL!!!
-Hanya ALLAH YANG MAHA ADIL-kuder_padok
TAKBIR!!!
salam

Anonymous said...

cara adilnya, laksana hudud n qisas la... org yg x waras dan bengong saja akan kata hudud kejam. knapa kerajaan kita masih degil nk laksana hudud? pas dah menang di klantan dan kedah knape x laksana hudud?

Ũ