Itu reaksi pertama dan spontan daripada seorang pelajar non-Muslim apabila seorang sahabat mencadangkan agar subjek Islamic and Moral Study diperkenalkan sebagai subjek elektif atau kursus wajib universiti, dalam satu program talk petang semalam, mengenai cadangan mahasiswa kepada perlaksanaan program-program Universiti Apex.
Kita yang berada di USM Kampus Kejuruteraan, bermula dari tahun pertama, sehingga tahun akhir, hatta ijazah tinggi sekalipun, tidak ditawarkan sebarang kursus sedemikian. Dengan kata lain, kursus-kursus kejuruteraan di USM ini terpisah terus daripada roh Islam. Sahabat yang mencadangkan tadi menjelaskan sebab perlunya kursus tersebut kepada mahasiswa dan Universiti Apex.
Pelajar non-Muslim tersebut tidak berpuas hati dengan title Islamic Study, lalu mencadangkan dimansuhkan Islamic, diganti dengan Culture Study. Nampaknya Islamofobia tetap wujud dalam masyarakat hari ini.
"Saya tidak bersetuju. Ia akan menambah beban pelajar"
Lebih kurang begitu bunyinya suara seorang mahasiswa Muslim yang membantah cadangan memperkenalkan Islamic Study. Kalau pelajar non-Muslim tadi, kita faham, yang dia tidak faham mengenai Islam. Islamofobia bersarang dalam benaknya. Tetapi mengejutkan apabila mahasiswa Islam sendiri menolak cadangan tersebut.
"Jika kita letakkan sebagai subjek elektif, ia tidak membebankan"
Sahabat yang mencadangkan bersuara. Dialognya lebih kurang begitulah.
"Setelah jadi Universiti Apex, pelajar undergrad akan berkurangan. Apa yg akan terjadi kalau terlalu banyak subjek ditawarkan? Siapa yang nak ambil?" bantahnya lagi.
Ah, itu pemikiran yang prejudis terhadap apa saja yang berkaitan dengan Islam. Sedangkan subjek Bahasa Russia, Bahasa Perancis, ditawarkan, berapa kerat mahasiswa yang daftar? Kenapa tidak timbul isu tiada orang nak ambil kursus itu?
"Lagipun subjek-subjek Islamik itu sudah diajar di sekolah-sekolah dulu"
Dia terus berhujah untuk menolak cadangan murni sahabat tadi. Sedangkan pelajar non-Muslim tadi hanya berdiam diri sahaja, mungkin berasa lega disebabkan orang Islam sendiri yang sanggup menjadi jurucakapnya - menolak cadangan Islamic Study itu.
"Jika begitu, mansuhkanlah subjek BM (LKM400) dan BI (LMT100, LSP 300, LSP404 dll) di USM. "
Pantas saja sahabat yang mencadangkan itu menjawab. Dialog seterusnya tidak ku ingat. Tetapi sedikit perdebatan kecil berlaku. Akhirnya perkataan islamic itu digugurkan daripada cadangan asal, bertukar menjadi Culture, Moral and religion study... lebih kurang begitulah.
Bagaimana pandangan kita mengenai perkara di atas?
Baru satu usaha mencadangkan sahaja, sudah ditolak. Islamofobia jelas bersarang dalam diri non-Muslim, dan sikap prejudis pula wujud dalam sesetangan mahasiswa Muslim.
Sepatutnya, kita selaku Mahasiswa Islam akan berbangga jika cadangan itu dilaksanakan. Pengajian Islam di kampus Kejuruteraan, menjadi kursus elektif, atau option pun sudah memadai untuk permulaan. Tidak perlu timbul isu tiada orang yang akan ambil, sudah belajar di sekolah, mahasiswa sudah matang dan boleh fikir sendiri, membebankan dan sebagainya.
Kita lihat sahaja subjek Bahasa Russia. Apa relevannya belajar bahasa Russia, melainkan kepada mereka yang ingin ke Russia? Berapa ramai yang daftar kursus tersebut. Jika sedikit kenapa tidak dimansuhkan, sedangkan subjek Islamic Study yang belum tentu sedikit yang mendaftar, ditolak mentah-mentah cadangan tersebut.
Apa pula relevannya belajar subjek Teknik Berfikir? Pada dasarnya, Teknik Berfikir membantu pelajar belajar berfikir secara sistematik dan profesional. Tetapi hakikatnya subjek tersebut tidak mempamerkan output yang sepatutnya. Maka apa salahnya diperkenalkan Islamic Study. Sesiapa yang tak mahu ambil, tiada siapa yang paksa ambil.
Jika pelajar non-Muslim tersebut tidak suka kepada title Islamic Study, tak usah lah ambil. Kenapa dia tidak mahu mencadangkan agar subjek Bhuddism/Hinduism/Christian Study diperkenalkan? Biar penganut-penganut mereka yang mendaftar. Kenapa sibuk menganggu cadangan mengenai Islam?
Program yang MPP anjur tersebut adalah untuk mahasiswa memberi cadangan. Jadi berilah apa saja cadangan. Seterusnya pihak atasanlah yang akan memutuskannya. Tidak perlu timbul tidak bersetuju dengan cadangan itu dan ini kerana bukan kerja kita. Itu kerja pentadbiran universiti.
Berbalik kepada sikap prejudis terhadap title Islam. Sebagai mahasiswa Islam kita harus fahami betapa perlunya pendidikan Islam setiap masa dan peringkat. Bukan hanya di sekolah sahaja. Kita tidak wajar mengenepikan Pengajian Islam semata-mata kerana kita adalah pelajar kejuruteraan.
Wahai sahabat-sahabat MPP yang ada. Bukalah minda, cadangkanlah sesuatu yang boleh membantu mahasiswa Muslim memahami aqidah Islam, akhlak Islam dan sebagainya. Kita tidak mahu produk Universiti Apex yang rosak akhlak dan tidak takut kepada ALLAH. Jika sahabat-sahabt MPP berjaya membuat suatu perubahan ini terhadap sistem akademik USM terutamanya kampus kita ini, yakinlah kepada ganjaran yang ALLAH akan berikan kepada kalian.
Akan tercatat dalam sejarah, anda adalah sebahagian yang berjuang mewujudkan pengajian Islam dalam kampus ini. Walaupun anda tidak sempat mengikuti subjek tersebut, tetapi anda sudah berjasa kepada generasi Mahasiswa Muslim seterusnya. Walaupun tidak sebesar mana, kita boleh mengharapkan bahawa itulah amal-jariyah kita selagimana terlaksananya kursus tersebut dan bukti kita cintakan Islam. Wallahu A'lam.
Artikel berkaitan :Tidak lengkap USM tanpa Pengajian Islam
23 comments:
Assalamualaikum, saya menyokong sepenuhnya Islamic Study diadakan. Untuk mengelakkan sebarang perbalahan, biarlah ia di elektifkan . Mungkin kawan2 kita yg prejudis kurang ilmu agama atau kurang kesedaran. Selemah2 iman, berdoalah untuk mereka, moga2 mereka dibukakan hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Memang patut Islamic study diadakan kerana kehidupan kite di sini terpisah dari agama Islam. Apa salahnya mengadakan subjek yang membawa kepada kebaikan. Harap2 sangat diadakan subjek ni. Apa salahnye kite ada subjek yg sudah diajar di sekolah, Matematik Kejuruteraan yang kite belaja pun ada diajar di Matrikulasi, Sekolah Menengah atau mana2 saja institusi sebelum Universiti. Maka tak salah diulangi ataupun lebih baik didalami. Subjek kimia fizik yg kita belajar dulu pun pakai sekarang di zaman U. Apatah lagi ilmu agama yang akan kita praktikkan ke akhir hayat. Habis U kita bebas sebebas2 nya, tiada kelas atau sebarang kongkongan. Jadi biarlah Universiti juga menjadi tempat terakhir untuk kita diperingatkan pada akhirat. Biarlah kita menjadi engineer atau pemimpin yang beriman bukan engineer atau pemimpian samaph yang makan rasuah dan sebagainya. Kalau boleh, kumpulkan pendapat di sini dan sampaikanlah pada MPP.
mpp setuju x cadangan islamic study tu?
nak habis jam krdit utk subjek teras skul suda amat penat... sape yg akn amik, rasanya klau dijadikan subjek option, sy setuju... tetapi bukan wajib
Assalamualaikum...
salam perpaduan...
emm...
bagi saya...bnar ape yg telah di cadangkan,dan untuk mengelakkan perbalahan...
biarlah ia di elektifkan...
kerana bagi saya...islam itu tidak memaksa umat nye mahupun umat lain untuk mempelajarinya...TETAPI,,,harus ada kesedaran diri untuk mempelajari nya,,,sy ada 1 situasi,,,kite dah besar,,,jiwa memberontak,,,then...kalo kite paksa mereka ambil subjek ini secara wajib,,,takot keikhlasan xde,,,blaja untuk stdy...so...renung2 kan dan samat beramal...hehe...salam
Kebaikkan Islamic Study
1-
2-
3-
Keburukan Islamic Study
1-
2-
3-
-Pemikiran pemimpin mencerminkan perpaduan orang lain-kuder_padok-salam
semlm semasa cadangan ni diutarakan aku terpikir dan terus pikir.. petama aku setuju bahawa kita patut biarkan ia sebagai cadangan.. tp bila berbahas kita dah lupe, sebenar nyer ini adalah cadangan.. pada pendapat aku kita tak ptut berhujah.. tetapi apa yang berlaku ada kita berhujah atas dasar peribadi.. kerna aku paham org yang mencadang dan membangkang ada persepsi terhadap peribadi masing-masing.. Begitu jugak cadangan pemilihan MPP yang mana, seorg sahabat kate pemilihan MPP, sepatut nyer diadakan dalam mesyurat GPPK bukan pertandingan berdasar hujah pertandingan adalah cara demokradsi barat yang membawa kepada pepecahanan... manakala pemilihan MPP melalui GPPK adalah lebih baik kerana hampir dengan kaedah majlis syura. Disini sahabat yang mencadangkan islamic study ni pulak, dengan tegas membangkang dan perlunya pertandingan... jadi sy pun terpikir kita menegak kan islam tp adakah pada nama atau amalan sebenarnyer?? termasuk pemilihan pemimpin... rujuk buku: Fahaman & idealogi umat islam, karya tuan guru AbdulHadi awang. satu lagi karya ibnu Khaldun, yang menerangkan bahaya demokasi... jadi sape yang menegakkan amalan yang bahaya ni??? Jadi sy secara peribadi lebih suka kan kita serapkan islam itu dalam cara hidup..
salam..akhi kilau..kne perhalusi balik sape ahli syura tersebut.syukran
aku nampak point topik ni bukan bjaya ato x cadangan islamic study tu, tp point nya menjurus kpd sikap student muslim thadap apa sj yg bbentuk Islamik. kalo non muslim bangkang, normal sbb dorang xpaham. yg pliknya, muslim sndiri bantah. spatutnya bantu idea tu dgn langkah yg munasabah. bukan pancung trus.
utk pbangunan universiti apex, kalau org lain berbicara ttg globalisasi, antarabangsa, bersinergi itu ini,mahu usm ini btaraf dunia, dan sebagainya, biarlah hamba seorang ini termasuk dlm pihak yg mahu lihat USM juga berjaya dari sudut Islamik.
terima kasih. teruskan komen2 yg kritis dan membina.
betui ke usm saja yg xda pengajian islam? klu betui, berat jugak wehh
jadikan kursus ini denmgan tidak membebankan d3engan menjadikannya kursus satu unit.
Ia perlu diwajibkan sem;pena akhlak manusia akhir zaman.Salam
kpd arif redza,
camna nak serap islam dlm cara idup dlm usm? kuliah maghrib kat pi pun lengang je. sbb apa? sbb xda unit la kut. so, ada baiknya klu diunitkan. ko-kriklm boleh ade kreditnya. main pukul bulu ayam je dpt unit utk grad. pe salahnya wat jg utk ilmu2 islam ni.kan?
Aku setuju pengajian agama di USM..
salam.....hmmm....biar btol aper yang diutarakan...terkejut juga aku dengar.....tetapi kita tidak boleh salahkan mereka 100%....kita tidak tahu betul ker mereka kurang ilmu agama atau ada alasan lain yang lebih rasional...tanyalah tuan badan.....lagipun kalau diikutkan sekarang rata-rata mereka yang masuk ke U bukan untuk menuntut ilmu semata-mata tetapi untuk mencari kesenangan(kerja yang baik)...bagi aku....walaupun kita belajar subjek agama ini pun.....selepas habis peksa....terus lupa....berapa kerat je yang masih pegang dan ingat amanat guru agama meraka....mcm SPM ngn PMR dulu.....abis peksa....terus tinggal......belajar untuk dapat keputusan yang cemerlang je....berbelas-belas A....bukan diserap dalam diri.....aku bukannya tidak menyokong dan bukan juga membangkang...tetapi cubala mencari jalan yang dimana pelajar tidak terasa beban dgn subjek yang tinggi kreditnya....dan seterusnya memupuk belajar kerana DIA....bukan sekadar mendapat keputusan yang baik saja....salam...
aku cadang spy usm wujudkan program usrah wajib bg setiap student muslim. sediakn satu silibus yg berssuaian dgn mahasiswa. aku rasa pusat islam boleh handle. lagi better dr buat subjek elektif. wajibkan terus. UIAM boleh buat, apsal apex univ xleh buat. biar jd unit ko-k pun jadilah. harap MPP bincang perkara ni. hidup kita bukan nak bajaya dlm akademik sj, bukn nk dapat kerja baik saja. kita ada deal dgn Tuhan esok-esok. jgn biarkan kawan2 kita yg lalai tu terbiar dgn kelalainnya. kita yg sedikit sedar ni, brusaha menyedarkan diri dan kawan2 kita yg lain. bukan lg masa nak berdolak dalik. skarang masa melaksanakan. aku tgk budak2 pmi yg duk berusrah, boleh cemerlang je dlm akademik. perangai pun mantap.xda terbulas sgt.
memang begitulah keadaan umat hari ni menuntut ilmu. apabila dah exam oriented, maka belajar pun untuk exam saja. Tapi rasanya ini bukan alasan untuk kita tinggalkan subjek tersebut. kalau tak boleh buat semua, jgn tinggal semua. ada ruang, kita harus cuba juga.
cadangan sudugarpu utk wujudkan program usrah nampak mcam baik. apa pendapat orang lain pula?
salam..kawe setuju dgn usrah wajib pade student yg baru masuk tuk sem 1..blh bina jati diri seawal masuk ke universiti..thniah atas cdngn anymous tu...admin, coret la sket mengenai usrah di usm nih...wajar x kita wajibkn?
btul2 mujahid, aku pun nak dengar gak pasal usrah ni.. :)
pe pekdah usrah? kita usm la, bukan uiam. sains nk wat usrah pe
sains dlm islam ke islam dlm sains??begitu lah kita kne memahami sebaik mgkn natijah bile sains diaulakn dr islam..sdgkn sains tu dr islam...bile ade sains maka x yah blaja agama??jgn jd seperti ade sepah,madu d buang.. usrah pun slh satu method tuk blaja agama...apatah lg usrah bermaksud kluarga, maka scare x lgsg dpt mmbina hubungn rapat antara ahli2 usrah(all thn 1 muslim ngn faci2)...saudara din nk pshkn sains dgn islam??ketahuilah sains itu dr islam, islam pula utk sume, bkn uia shj
salam...
ekhem...
apex???ape tuh???GELARAN YANG WAT USM JATUH RANKING LAGI???!!!!
malu2...
-Malu sebahagian dari iman-kuder_padok-
salam...
salam..why not korg buat meeting..bincang kebaikan keburukan..dan buat satu paperwork cadangan pengajian islam di USM..dalam paperwork korg mesti listkan:
1. objektif cadangan
2. kebaikan & keburukan
3. implementasi yang dicadangkan spt bilangan unit, bilangan kelas setiap minggu, tenaga pengajar, ratio markah exam dengan coursework
4. korg bleh cadangkan jugak bende2 menarik diluar kelasyang tidak formal untuk dijalankan oleh kelas tersebut mcm outdoor camping ke, lawatan ke muzium kesenian islam ke, lawatan ke taman tamadun islam, terengganu ke, hape ke, just utk meningkatkan pemahaman kita kepada pendidikan Islam
5. conclusion
kite buat paper ni leklok..aku secara peribadi menyokong cadangan ini diteruskan..sekadar ingin berkongsi dengan kawan, dulu mase aku belajar kat Uni of Minnesota mengikuti program pertukaran pelajar, tiap2 minggu ade program usrah yang dianjurkan oleh mahasiswa muslim Malaysia kat sane..kitorg bergilir-gilir bagi usrah termasuk la aku pun kene bagi usrah..perbincnagan sangat menarik..mcm2 topik seperti isu2minoriti islam di amerika,dan isu2 permasalahan semasa org islam di sana, ade gak pasal sejarah rasul2, kaum terbinasa semue tu..sanga menarik..pokoknye, kalau mahasiswa kat sane boleh buat dengan tahap kesibukan dorg yang di tahap melantun-lantun (yela, belajar oversea, excellence expectation dorg tinggi, kalau x skor, MARA/JPA xmo taja n soh kita balik, so kene skor), kite pun boleh buat sebenarnye..aku sokong la bende ni..xyah ade lecturer pun xpe..di kalangan student2 shaja pun dah ok (utk usrah)..maybe dalam paper work ni kita boleh selitkan pasal usrah sekali..tapi kene bincang la ramai..buat meeting..nak ajak MPP pun bagus gak..bagi depa paham..then kita buat majlis penyerahan paperwork sket..panggil berita kampus ke ape ke..pastu kite tengok camne respon dari pihak uniersiti..aku rase xkan ade masalah kalau bende ni nak buat..cume kene tengok faktor-faktor mcm tenaga pengajar, bilangan unit dan bebanan kepada pelajar kalau diwajibkan..
tapi aku sokong kalau kite buat pengajian islam ni kat USM..wajib atau elektif..org2 yg x sokong tu depa ada reason depa sendiri..biarlah..yang penting kita jgn bising2 je kat blog2 ni..kite wat meeting n discuss pasal mende ni..tuan punye blog bleh la mainkan peranan set meeting pas exam ke awal sem ke, bile2 la..ok?cume harapan saya, utk bende2 mcm ni nak selitkan pasal politik islam memang bleh, tapi jgn gunakan agama islam utnuk kepentingan politik pihak2 tertentu dah..kite be fare la ek..ni bende nak belajar, xkan nak main2 dengan bende mcm ni kan..huhu..just sekadar pendapat saya je..
so semoga hasrat murni kita dapat diteruskan..jgn lupe kite kene wat meeting n wat proposal ni..jgn cakap je..nanti x jadi pape..huhu..MPP x pandang pendapat kat sini kalau masing2 pakai nama anonymous..org kat luar pun bleh komen pakai nama budak2 dalam kampus kan..huhu..kepada non-muslim..xpe..it has nothing to do dengan racist ke ape, kite just nak bagi kepahaman islam yang lebih kepada muslim in this uniersiti utk membentuk mahasiswa yang lebih cemerlang, gemilang n terbilang..hehe..(sorry kalau korg x suke slogan tu..haha..) kalau dorg (non-muslim) x leh terima, biarkan aje..dorg nak buat pengajian moral dalam uni ni, terpulang pade dorg..kene buat paper work sdiri..huhu..bincang dengan MPP gak..tapi jangan ketepikan cadangan orang lain..biar pihak universiti yang buat keputusan..kita laksanakan tanggungjawab kita, ckup, xde hitam putih camne nak bincnag lan..so kene open minded dalam perkara2 agama seperti ini..
ok, sekadar cadangan gak,
nor azim hakim norazmi
cadangan yg baik. tp setakat ni kita pakai saluran MPP lah. Lagi pun MPP minta kita cadangkan apa2 yg patut utk universiti apex. so kita cuba cadangkan benda ni dalam program talk tempohari. bukan isu nak bising2 dlm blog.
mcm sdr nor azim hakim norazmi kata, uni kat oversea pn ada program2 islam, usrah dll. jd, usm pun kita harap mcm tu, dan lebih baik dr tu. trima kasih atas komen2 anda semua. selamat mengomen lagi.
Post a Comment