Nak ubah nada sikit dalam post kali ini.
Umno akhir-akhir ini menerima pelbagai bala bencana yang tidak putus-putus selepas prestasi yang merosot teruk dalam PRU-12 yang lalu. Pelbagai isu luaran dan dalaman yang menggugat kstabilan negara dan Umno sendiri. Pelbagai individu yang menjadi liabiliti kepada Umno terserlah satu persatu untuk dinilai rakyat.
Jika kita ikuti perkembangan berita dari sudut pembangkang, dengan dibantu oleh beberapa berita arus perdana, isu-isu yang timbul ini sudah cukup kuat untuk kerajaan Umno/BN tumbang. 8 Mac, walaupun merosot teruk, Umno masih bertahan dengan memiliki kerusi terbanyak berbanding rakan-rakan komponen BN yang lain. 26 Ogos, Pilihanraya Permatang Pauh, sepatutnya gelombang Anwar sudah boleh meranapkan sehingga 70% perolehan undi kepada Umno/BN. 16 September, logiknya, Umno/BN sudah tumbang dan kerajaan sudah beralih tangan seperti yang dirancang DS Anwar.
Malangnya, sehingga hari ini, Umno masih berdiri walaupun tempang. Sepak terajang yang kuat dari pihak luar, kecederaan dalaman akibat pertelingkahan sesama sendiri, masih tidak cukup untuk membuat Umno menyembah bumi.
Apakah ubat yang Umno makan sehingga begitu liat untuk tumbang? Dalam blog-blog di intenet, berita-berita alternatif dan sebagainya sudah berminggu-minggu membincangkan kejatuhan Umno/BN. Hanya menunggu masa. Tetapi masa terus berlalu. Umno masih berdiri.
Sebagai parti yang sudah lama memerintah, Umno sudah dianggap kerajaan, dan kerajaaan adalah Umno/BN. Melawan Umno sama dengan melawan kerajaan. Inilah pasak yang ditanam dalam kepala orang-orang Melayu khususnya agar mereka boleh terus memerintah.
Sebagai parti yang lama memerintah, mereka sudah berpengalaman dalam banyak hal. Strategi-strategi mereka untuk terus berkuasa sering dibahaskan oleh para perancang strategi mereka. Mereka boleh kerahkan tokoh-tokoh pemikir dari dalam dan luar negara untuk berfikir cara mempertahankan kerajaan korup mereka.
Dari segi itulah, kita lihat Umno masih mampu berdiri. Cantas sikit-sikit tidak memberi kesan kepada mereka. Lihatlah bagaimana matlamat 16 September tidak berjaya pada tarikh tersebut, walaupun PR menegaskan ia masih dilandasan. Kenapa tidak berjaya? Apabila Umno/BN 'melarikan' ahli-ahli Parlimen ke Taiwan, kita ketawakan mereka. Seolah-olah mereka bodoh dan takut bayang-bayang sendiri. Ya, memang lagaknya mereka takut. Mereka akan buat apa saja asalkan mereka terus berkuasa. Tidak hirau lagi label-label penakut, bacul, jahat, rasuah dan sebagainya.
Mereka sudah lali. Mereka mempunyai pengalaman dan strategi yang setiap hari diolah oleh think tank mereka. Kita tidak seharisnya pandang rendah kepada raksasa yang bernama Umno ini. Nampak macam sudah nak rebah, tetapi ia masih liat. Lihatlah, walaupun PM Abdullah Badawi dikatakan lembik dan lemah, tetapi dia juga masih belum jatuh. Sehebat-hebat Anwar juga belum boleh jatuhkan Abdullah, kerana sebenarnya Anwar bukan berlawan dengan Abdullah, tetapi think tanker belakangnya. Siapa? Khairi Jamaluddin? Mungkin juga, dan mungkin lebih dari itu.
Jika sudah cedera parah pun masih boleh berdiri dan meronta-ronta membelasah lawan, berhati-hatilah, mungkin jika rebahnya raksasa ini, ia akan menghempap kita semua. Alang-alang kalah, mereka akan sabotaj dan buat huru hara, siapa tahu. Golongan yang tiada fikrah Islamiyah itu akan berbuat apa saja tanpa berpandukan akhlak dan moral. Berwaspadalah! - Sekadar renungan.

2 comments:
salam...
ekhem...
saudara...
saya rasa bkan di sini tempat untuk saudara mengutarakan pendapat sebegini...
"YOU ARE BEING WATCHED!"
mungkin statement ini saya kembalikan pada saudara kerana mungkin tndakan saudara sdang diperhatikan...xtakot kew kalo blog anda di SPAM???dan anda akan DIBURU???masih panjang mase kite di sini...dan tugas kite adalah untuk???STUDY!!!
-Seorang pemimpin dunia nijak mengorak langkah tetapi bukan MENCACI DAN MENGUMPAT akan tindakan pemimpin lain-kuder_padok-
salam aspirasi...
salam aspirasi. blog di spam - admin boleh buat baru. mudah saja. diburu?
siapalah si admin ni utk diburu? sape la yg nak buang masa buru admin blog ni???
tugas kita study? betul. tapi kuder_padok perlu jg nasihatkan golongan yg bercouple, main game, bchatting dll bhw tugas kita adalah utk study.
mencaci, mengumpat? teruk betul admin ni...ade ke patut mencaci dan mengumpat. tapi kat mana pulak caci dan umpat tu? x jumpa pn???
Post a Comment