Guru itu agak berpuas hati dengan sesi temuduga itu. Aku cuba kelentong dan cakap merawang-rawang saja. Maklumlah gimik sahaja. Separuh benar, separuh rekaan. Tak mengapa, Guru itu juga yang suruh kelentong. Maka aku kelentonglah dengan penuh confident. Jadi kelihatannya dia berpuas hati. Puas hati lain, markah lain pulak. Harap markah tak kantoi, sebab bab speaking ni kureng skit. Kalau dalam BM pun, agaknya kureng jugak la dalam bab interview ni, sebab lidah aku sudah hampir jadi multilingual dah. Kejap bunyi macam loghat kedah, kejab bahasa baku, kadang-kadang jd klate, jd tranungkite pong ade. Sejak menang di Perak, cakap ala yob pon ade. "huhu". Jadi kalau interview dalam BM pun belum tentu butir kataku berbutir di rongga telinga penemuduga. Adoi...
"You must act agressive and active, especially when you work. If you are choosing an employee, whcih one you will choose, quiet one or talkactive one?"
"talkactive one" aku menjawab ikut skema yang ada dalam fikiran guru itu.
"In class, you are quiet. But during personal presentation, I quite impressived, you are not bad. You can do it. So, please inject some spirit to change your 'quiet' expression." Cheewaah .... haha, lebih kurang macam tu lah maksud nasihat guru itu. Dia mintak aku ubah lebih aktif. Jangan terlalu pasif kerana aku ada potensi (pandai aku menambah. Tapi lebih kurang macam tu la maksud dia).
Dalam kelas , aku memang diam. Takkan nak buat bising. em.. maksudnya dia lihat aku tidak aktif. Orang lain pun diam juga, tak aktif juga. Tapi mungkin dia lebih nampak ketidak-aktifan aku sebab aku kurang berkomunikasi dengan classmate yang lain. Nak buat macamana. Aku jenis pendiam, tambah-tambah dengan orang yang aku kurang biasa. Classmate aku semuanya student tahun ketiga. Aku, tahun lain. Hanya berjumpa dalam kelas English tu saja.
Kalau tanya orang yang rapat dengan aku, rupa-rupanya aku bukan jenis pendiam juga. Malah boleh sembang merapu lagi. Mungkin aku ada dua karekter berbeza kut. eh... itu munafik la pulak. Mintak jauh.
Tak mengapalah. Aku ambil nasihat guru itu sebagai panduan untuk masa depan. Ekspresi aku membuatkan ada orang yang tak berani dekati aku. Creepy, mistery... macam tu ke? Aku cuba untuk bercakap benda yang perlu. Tapi kalau aku start sembang merapu, aku akan cuba selitkan isi-isi yang berguna dalam kemerapuanku supaya merapu aku menjadi merapu berisi. Heh.. ada pulak gitu.
Rujuk firman ALLAH:
Wama yalfizhu min qaulin illa ladaihi raqeebun 'ateed.
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir(Raqibun 'Atid).
[Surah Qa~f: 18]
Ha.. yang tu yang kita kena risau. Rekod komunikasi kita dipantau. Kelak akan didedah. Nanti ada kata-kata yang akan diberi ganjaran, ada pula yang akan menerima pembalasan, ada pula yang tiada apa-apa. Jadi, kalau kita sembang merapu, tiada tujuan, akan jadi sia-sia. Kalau bernasib baik, tiada pahala, tiada dosa. Takut-takut merapu kita itu mendatangkan dosa. Alangkah ruginya. Apatah lagi kalau sampai mengumpat orang lain.
Apa contoh sembang merapu? Contohnya; Sembang bab bola sepak. Memang tak ada apa-apa. Sia-sia. cuma berseronok saja. Asalnya tiada dosa-tiada pahala. Tetapi apabila dicampur aduk dengan kata-kata kesat, terlepas waktu solat, umpat-mengumpat, dan sebagainya, berdosalah sembang-sembang bola sepak itu. Sama juga dengan sembang benda lain.
Jika terlanjur sembang benda sia-sia, berhentilah. Ganti dengan istighfar, atau buka topik baru yang lebih ilmiyah, atau lebih kepada nasihat-menasihati. Kan bagus. Bagus juga sembang ke arah menambah keimanan sesama kita.
Tak boleh ke sembang merapu? Takkan nak sembang ilmiyah dari pagi sampai malam? Maksudnya, jangan penuh satu hari tu dengan merapu saja. Sembang bagi ada isi. Elok kalau lepas habis sembang, sebelum bersurai, buat kesimpulan daripada persembangan itu. Muhasabah, apa untungnya sembang kali ini. Kalau jadi budaya macam tu, maka lahirlah generasi berwawasan.
Cuba kita renung pula, dalam satu hari, berapa kali kita berfikir tentang Islam? tentang umat Islam? Tentang masa depan umat Islam? Berapa kali kita berfikir untuk menangkan Islam? Sangat sedikit, bukan? malah lebih malang, ada yang tidak pernah terfikir langsung agenda untuk Islam. Lalai dengan asbab-asbab kelalaian. Nabi pernah bersabda, sesiapa yang tidak memikirkan hal umat Islam, bukanlah dari kalangan baginda.
Hari ini, urusan umat Islam seolah-olah diletakkan atas kepala para ustaz, tok-tok guru, ali ulama sahaja. Padahal, tugas ini perlu dipikul oleh semua umat Islam. Lihatlah, para pemimpinnya sering berebut jawatan - sehingga tidak cakna hal-ehwal umat. Para profesionalnya pula sibuk dengan kerja-kerja duniawi dan mengumpul kekayaan. Para mahasiswa pula dilalai dengan tujuan akademik semata-mata seolah-olah mahu hidup senang, akademik kena bagus, baru dapat kerja bagus, baru dapat duit bagus, baru boleh hidup bagus. Tiada ruang untuk membuka minda supaya berfikir tentang nasib umat Islam seluruh dunia amnya, dalam negara khasnya.
Eh? Sampai ke sini pulak tulisan aku merawang-rawang. Ada orang sindir, bahawa orang yang menulis blog itu sebenarnya tiada kerja untuk dibuat. Mungkin dia tiada blog agaknya. Sesungguhnya tulisan ini untuk diri aku sendiri. Mungkin suatu hari nanti tulisan ini akan jadi kenangan kepada aku. Pembaca sekalian, kalau nak ambil isi-isi yang bermanfaat, silakan. Yang tak penting, abaikan.
Kesimpulan dari sembang-sembang post kali ini:
- Aku perlu ikut nasihat guru, supaya berubah agar menjadi individu yang dapat bersaing pada masa depan.
- Bercakaplah sesuatu yang berfaedah walaupun sedikit, kerana Rasul tidak berkata-kata mengikut hawa nafsu melainkan semuanya adalah wahyu yang diturunkan kepada baginda.
- Sediakan ruang dalam satu hari untuk berfikir dan bekerja untuk Islam.
1 comment:
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Berdasarkan artikel ringkas yang ana petik dari internet nie, mmg jelas kan. Bg ana berdiam diri ni lebih baik dan besar pahalanya.
Terserahlah kepada insan yang mahu berfikir...
To shut or to open your mouth is depending on the situation...
we must be able to totally control and manipulate it
so it will be beneficial not just to us so to others
Anyway congratulations on what have you done...
It reminds the people who never been remind.
Wallah'alam
muazrazzie
Post a Comment