Nampaknya posting aku yang bertajuk "Pengajian Islam di USM membebankan?" mendapat banyak komen yang kritis dan membina daripada sahabat dan rakan-rakan kita. Aku tak ingin terus menghurai mengenai pengajian Islam samada patut atau tidak dilaksanakan. Biarlah MPP membuat keputusan samada untuk membawanya sebagai cadangan kepada pihak atasan atau sebaliknya.
Namun ada pula cadangan dari seorang pengunjung yang melabelkan diri sebagai sudugarpu mencadangkan USM mewajibkan program usrah kepada mahasiswa. Ada baiknya juga jika program ini dilaksanakan untuk kebaikan Mahasiswa Muslim USM. Tapi aku terfikir, bagaimana caranya? Mungkinkah boleh dilaksanakan dalam situasi politik semasa, penerimaan pelajar, beban akademik dan sebagainya? Aku tidak mahu menjawab sebenarnya dan menyerahkan kepada kalian untuk mengupas menganalisis cadangan saudara sudugarpu itu.
Tapi, ada dua tiga orang yang minta aku huraikan sedikit samada perlu atau tidak diwajibkan program usrah dalam USM terutama dalam kampus kita ini. Baiklah kalau itu yang anda mahu, akan ku kisahkan sedikit benda ni mengikut persepsi aku. Sudugarpu punya pikiran, aku tak tahu, tepuk dada tanyalah dia.
Baik, biar hamba coretkan sedikit mengenai usrah dalam kampus kita, perlu atau tidak.
Usrah, bermaksud keluarga. Dalam konteks program usrah yang dimaksudkan adalah suatu perkumpulan kecil yang diketuai oleh pengendali yang disebut naqib/naqibah, bertujuan mengeratkan persaudaraan, memberi kefahaman dan bergerak mengikut kefahaman.
Usrah bukan asing dalam kampus kita. Kita dapat lihat kegiatan usrah telah pun saban hari dilakukan oleh rakan-rakan kita dalam PMI, Tabligh dan ada pula yang membentuk usrah dengan inisiatif sendiri. Tetapi ia hanya melibatkan beberapa orang sahaja. Yang lain, mungkin tahu dan mungkin juga tidak tahu hakikat wujudnya usrah dalam kampus kita.
Program Usrah yang dicadangkan oleh saudara sudugarpu itu, menurut apa yang aku faham, semua mahasiswa Muslim USM ini perlu diwajibkan mengikuti usrah kerana mungkin dengan kewujudan program Usrah, usaha memahamkan mahasiswa Muslim mengenai Islam, akhlak dan sebagainya, lebih memberi kesan berbanding memperkenalkan subjek Pengajian Islam sebagai elektif. Khabarnya program usrah di UIAM termasuk dalam unit pengijazahan* (betulkan jika silap) yang mana mahasiswanya wajib mengikuti usrah(?).
Bagiku, agak benarlah sudugarpu dengan idea usrahnya, dan idea Pengajian Islam juga tidak remeh. Tetapi bagaimana penerimaan mahasiswa terhadap program Usrah? Sebenarnya, perlu kita fahami, kegiatan usrah bukan hanya berkisar kepada topik keagamaan semata-mata.
Melalui Usrah, banyak manfaat yang kita boleh dapat.
1) Mengeratkan ukhuwwah dan persaudaraan sesama ahli usrah
2) Memberi kefahaman Islam yang tiada dalam silibus akademik
3) Berkeyakinan dalam melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab dalam setiap pekerjaan.
4) Melatih dan melahirkan Jurutera yang mampu berkerja dalam satu pasukan dan melatih keupayaan memimpin.
5) Meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi
6) Membentuk kebersamaan dalam setiap aktiviti usrah
Dan banyak lagi yang boleh kita fikirkan.
Usrah Mengeraatkan ukhuwwah (persaudaraan)
Seperti yang kita fahami, aktiviti usrah akan membentuk talian persaudaraan sesama mahasiswa Muslim. Dalam perkembangan universiti Apex yang kita ketahui, jumlah ambilanmahasiswa undergrad akan berkurangan mungkin mencapai 700 orang sahaja setiap sidang. Dalam bilangan begitu kecil, jika nisbah Muslim - non Muslim waktu ini diambil kira, sudah tentu bilangan mahasiswa Muslim akan lebih kecil.
Secara adatnya, sesuatu yang sedikit bilangannya sukar untuk menjadi kuat apatah lagi jika tidak bersatu. Sistem pendidikan yang ada sekarang menghasilkan individu yang individualistik, mementingkan diri atau tidak hirau dengan orang lain. Jadi bagaimanakah status Mahasiswa Muslim pada ketika itu, yang kelak mereka akan merasai suasana inferiority yang bersangatan.
Dengan itu, suatu langkah penyatuan dan membina kekuatan Mahasiswa Muslim dalam kampus adalah membentuk suatu pertalian persaudaraan (ukhuwwah) sesama mereka. Tidak lain tidak bukan salah satu caranya adalah program usrah. Program usrah tidak lengkap jika tidak diterapkan di dalamnya kefahaman Islam. Persaudaraan yang paling kukuh adalah persaudaraan Islam.
Aktiviti usrah boleh mengeratkan ukhuwwah Islamiyah. Persaudaraan atas dasar aqidah yang satu adalah suatu ikatan yang sangat kukuh dan kuat. Lihatlah bagaimana Nabi S.A.W mempersaudarakan para sahabatnya dari kaum Muhajirin dan Ansar, menghasilkan suatu komuniti yang teguh dan mampu berdaya saing dari segi ekonomi, politik dan sosial yang sebelum itu didominasi dan dimonopoli orang-orang Yahudi.
Program Usrah, memberi kefahaman Islam
Tidak lengkap progran usrah, jika tiada penerapan nilai-nilai Islam yang kefahaman tentang Islam. Tidak lengkap menjadi seorang Muslim jika tiada dalam dirinya nilai-nilai Islamik seperti ilmu Islam dan akhlak Islam yang berpaksikan pada aqidah yang kuat. Sebagai seorang Muslim, kekuatan aqidah adalah sangat penting dan wajib bagi kita mendalami ilmu yang mengukuhkan keyakinan kita kepada Islam.
Umat Islam amnya, dan Mahasiswa Muslim USM khasnya, wajib yakin bahawa Islam itu tinggi dan sempurna, tiada yang lebih tinggi darinya. Islam bukan hanya agama ritual semata-mata, tetapi Islam adalah deen (sistem kehidupan) yang sempurna dalam memandu cara hidup kita ke arah kemajuan kita dunia dan akhirat. Sistem sekular yang rosak perlu diganti dengan sistem Islam. Sistem ekonomi kapitalis yang menindas, perlu digantikan dengan sistem ekonomi Islam. Ideologi kapitalis, sosialis dan komunis dalam minda kita mahasiswa Islam wajib ditukar kepada ideologi Islam atau fikrah Islamiyyah.
Jika kita, mahasiswa Muslim sendiri tidak yakin dengan Islam, siapa lagi yang akan meyakini? Buangkanlah sikap prejudis kita terhadap Islam. Kita perlu bentukkan suasana Islamik dalam kalangan kita mahasiswa Muslim. Mendisiplinkan diri salam sistem yang hebat akan menjadikan kita seorang individu yang hebat. Islam adalah sistem yang paling hebat dan sempurna. Tidak perlu lagi kita berteori sedangkan sudah terbukti bagaimana sistem pendidikan berteraskan aqidah yang kukuh melahirkan tokoh-tokoh Islam yang masih dikagumi sehingga hari ini, sedangkan tokoh-tokoh yang diperkenalkan Barat mula dipertikai atau diperkecil satu persatu.
Program Usrah akan membantu Universiti Apex melahirkan mahasiswa yang bertaraf dunia. Sistem Islam adalah sistem bertaraf dunia, global dan antarabangsa. Sepatutnya kita tidak perlu lagi beriman dengan sistem-sistem ciptaan manusia yang lain. Cukup sahaja kita mengekstrak sistem Islam dalam proses pengjian dan pembentukan Mahasiswa. Biarlah USM menjadi rujukan dunia dalam penghasilan tokoh-tokoh antarabangsa.
Silibus program usrah bukan sahaja bertujuan memahamkan asas-asas Islam, malah jika pihak pentadbiran serius, silibus yang lebih 'Apex' boleh diperkenalkan.
Berkeyakinan dalam melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab dalam setiap pekerjaan
Setiap aktiviti usrah yang dijalankan dengan penuh disiplin akan melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi dalam setiap perlaksanaan tanggungjawabnya samda sebagai seorang mahasiswa, dan juga seorang Muslim. Ciri-ciri ini penting terutama kepada bakal-bakal jurutera dari USM KKj.
Kekuatan ukhuwwah, kebersamaan dalam aktiviti dan kesatuan pemikiran yang dibentuk dalam usrah akan membentuk keyakinan mahasiswa dalam menghadapi cabaran yang lebih besar. Kita sedia maklum bahawa setiap tokong yang berjaya, kebanyakannya adalah berpunca dari faktor keluarga. Keluarga yang baik akan mencorakkan individu menjadi baik. Maka program usrah cuba mengadaptasinya.
Melatih dan melahirkan Jurutera yang mampu berkerja dalam satu pasukan dan melatih keupayaan memimpin.
Setakat ini program-program yang bercorak demikian adalah sangat sedikit, mungkin disebabkan kekangan masa dan tenaga untuk dilaksanakan. Tetapi dengan proram usrah, yang masanya tidak tertumpu kepada masa pembelajaran akademik sahaja, kita boleh memanfaatkannya untuk membina jatidiri dan identiti mahasiswa USM sendiri, yang lebih berkualiti.
Mahasiswa akan dilatih menjadi naqib (pengendali) usrah - kepada yang lebih senior atau yang mampu. Untuk menjadi naqib, mahasiswa perlu menguasai pengetahuan yang lebih luas, dan berupaya mengemudi perjalanan aktiviti usrah. Secara tidak langsung, mahasiswa tersebut dilatih memimpin satu pasukan.
Bagi ahli-ahli usrah yang lain pula, mereka akan mempelajari dan menimba pengalaman daripada naqibnya. Malah perkongsian idea, ilmu dan maklmumat akan mencambah lagi pemikiran mahasiswa. Mahasiswa tidak hanya berfikir sesuatu pada skop yang kecil. Mahasiswa dapat belajar cara menganilis maklmumat yang pelbagai yang dicetuskan oleh rakan-rakan seusrah dan dibantu oleh kewibawaan naqib itu sendiri. Hasilnya kita akan dapat lihat kualiti mahasiswa USM akan lebih terserlah dan melepasi cemuhan-cemuhan masyarakat yang melabelkan 'pemikiran mahasiswa seperti budak sekolah'.
Proram usrah bukan hanya majlis perbincangan agama
Majlis perbincangan bab agama adalah suatu persepsi yang menyebabkan ramai yang tidak berminat dengan program usrah. Bagi mereka yang tidak berminat memahami ilmu agama, program usrah adalah beban kepada hidup mereka. Maka dikatakanlah program usrah itu membuang masa, membebankan akademik mahasiswa dan sebagainya.
Tetapi perlu kita fahami, usrah bukan sahaja berfungsi menyampaikan ilmu islam, tetapi program usrah boleh melibatkan aktiviti di luar (out door activities). Bagi kumpulan usrah yang ramai ahlinya berminat dengan sukan, maka naqib perlu bijak mengendalinya. Usrah juga boleh dibuat berdasarkan sukan yang diminati. Gunalah apa saja metod asalkan objektif semua objektif atau satu objektif tercapai. Contohnya aktiviti sukan, boleh mengeratkan ukhuwwah, itu sudah cukup. Objektif yang lain boleh difikirkan dengan kaedah yang lain pula.
Dalam hal ini keupayaan naqib membaca dan mengenalpasti kecenderungan ahli-ahli usrahnya sangat diperlukan. Secara tidak langsung si naqib akan dilatih cara mengurus sumber manusia dan ilmu ini berguna dalam alam pekerjaan kelak. Priktikal adalah lebih berkesan berbanding teori. Jadi program usrah dapat memberikan latihan secara praktikal kepada mahasiswa.
Program usrah boleh juga dilakukan dengan membawa ahli-ahli usrah melawat ke tempat-tempat rekreasi, tempat-tempat ilmiyah dan sebagainya. Jika kebersamaan dalam aktiviti usrah diperbanyakkan, ukhuwwah Islamiyyah akan lebih terbina. Kefahaman Islam kukuh. Aqidah mantap. Jatidiri teguh. Fikrah jelas. Ummah menjadi kuat. Mahasiwa USM akan menjadi contoh universiti-universiti lain di dunia amnya, dalam negara khususnya.
Universiti Apex, tetapi mahasiswanya tidak 'Apex'?
Apa tidaknya, sejak masuk ke USM, perilakunya bagaikan budak sekolah. Mereka lalai dan leka dengan dunia hiburan. Lihatlah, universiti mana dalam Malaysia yang tidak sunyi dari mahasiswa yang leka bermain computer game, berchatting, bercouple, leka dengan perbincangan mengenai bola sepak dan sebagainya. Bagaimana mereka ini akan menjadi tokoh yang hebat? Bagaimana pemikiran ini akan menjurus kepada Islamik? Sukar sekali. Tidak salah bermain game, berchatting dan sebagainya. tetapi adalah salah jika menyebabkan mereka lalai dari kehidupan Islam dan kehidupan akademik mereka.
Jika masa yang terbuang dengan aktiviti lalai yang disebutkan itu, diisi dengan program bermanfaat seperti prorag usrah, alangkah baiknya.
Tetapi apa yang aku utarakan ini adalah coretan yang boleh dikongsi bersama untuk difikirkan. Praktiknya tidak semudah teori. Teori tentunya melihat kepada idealistik, manakala praktiknya adalah sesuatu yang berhadapan dengan realiti. Jika direnung sejenak, bagaimanakah penerimaan mahasiswa jika aktiviti usrah ini dijalankan? Mungkin akan mengejutkan mereka. Mungkin akan ada penentangan. Maklumlah, setiap mahasiswa yang diterima masuk USM mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Pihak atasan boleh laksanakannya dengan perancangan yang teliti. Jika usrah diletakkan di bawah kelolaan MPP, dan diwajibkan kepada mahasiswa tahun pertama sebagai langkah permulaan, mungkin lebih mudah.
Terpulang kepada kebijaksanaan pihak atasan untuk menilainya. Jika nama 'usrah' ditakuti, tukarlah kepada apa saja nama yang dilihat lebih akademik atau profesional. Jika urusan melaksanakan program usrah ini dilihat sukar dan sangat mencabar, mengapa tidak USM cuba mengharungi cabaran tersebut. Mengapa perlu mengaku kalah sebelum cuba dan bertindak? Apapun, berfikirlah secara rasional, bincang dan rumuskan secara kolektif.
Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh disampaikan. Tapi cukuplah setakat ini, memenuhi permintaan mujahid dan arif redza. Aku bukanlah yang terbaik. Idea aku pun bukan yang terbaik. Sama-samalah kita bertukar-tukar pandangan untuk kemjuan Mahasiswa beragama Islam.
WaLLAHu a'lam.
Link berkaitan:
1) Memelihara Ukhuwwah Islamiyyah : Pena-Zulfirdaus
2) Pengajian Islam di USM membebankan?
12 comments:
ngko igt snang ke?sah-sah budak2 pmi yg handle. xpayah la duk bg idea2 bangang cmtu
artikel yg bagus. sah ada pnentangnya. cthnya pewaris bangsa wakakaka
igt usm ni melayu saje ke?
er,sedara pewaris, islam tu proportional tu melayu??kot2 la dlm liang lahat nnt, malaikat tnye hg bngsa ape?melayu..ok melayu msk syurga.waAllahua'lam..kck nye skop sedare..rileks sedara...tiada sentimen pmi nk di ujarkn d sini..sape2 nk handle usrah tu,dipersilakn,tp yg pntg kne p kursus dulu(ustz pi leh aja)...ok ja UTP,USM kk wat(tuk pngetahuan sedara,usm kk pun ramai non muslim)..kita hnye nk menyediakan wadah(tmpt) tuk rkn2 berbincg yakni dlm usrah..xyah pakai name usrah blh, guna name len xpa, Group of Leader(GOL), ha pakai ja name nie...asalkn pengisiannya bermanfaat..(kl tkt sgt ngn name usrah=keluarga)
usm - we lead. nowaday, we didnt hv many extraordinary leaders, who possess bid thinking, big ambition, excellent performance etc. now we just wait that leaders to be borned. enough? no! we should develope that kind of leaders. we cannot wait umar abdel aziz to be bornes, no wrold class leader to be borned, but we must develope the extraordinary leader via system. i think this usrah idea is good, but need more study.
salam...sory mencelah...aku rase mungkin pewaris bangsa ada idea yg lebih baik tok meletakkan cara hidup islam dlm diri student2 ukm..sebagai org yg bukan tergolong dlm rakan2 pmi, pada pendapat aku,hny org mcm ko yg boleh kasi idea...jadi, harap boleh kasi cadangan...ustz ni hny bg cadangan jer..ape pon, siapa pon kite..igtla, agama islam tu tak boleh dipisahkan dari kehidupan, cara penyampaian dan penghayatannye mungkin berlainan...tapi tujuannye tetap sama..."Islam Inside"..
jangan la berdiskusi mengikut hati...
renungkan kan...
1)Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)
2) Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi) dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)
Cadangan yang baik untk kita lebih mengerat kan hubungan dan memahami erti persaudaraan.. aku secara peribadi akan menyokong usaha kearah melaksanakan usrah ini.
salam... Usrah tu perlu, tp utk jd kan satu yg semua pelajar perlu ikut n syart graduasi, sst yg boley dipikir kan balik baik buruk nye. bukan pe, bile dh di jd kan WAJIB, mesti ade silibus dr atasan, keahlian dipecah2 kn, akan ade yg sememang nye xikhlas nk ikut usrah cm PEWARIS BANGSA, n mcm2 lg.. bg sy, USRAH tu biarlah diserah bulat2 kt pelajar menguruskan nye, supaya lbh fleksible n insyaallah kite lbh memahami kehendak shbat2 yg betul2 nak berusrah, bkn diguide.. :)
ikhlas ke x ikhlas ke bkn itu isunye. klu jd syrt ijazah, camne dgn nonmuslim? klu dorang tkcuali dr usrah, x adil la. sbb tu aku kate idea ustah ni x logik. lgpun tgk skarg ni xde usrah ape2 pn student dh pack dgn mcm2 asgment,test, dll.
IDEA yg bagus kalo nk jadikan silibus usrah ni wajib,tp betul jugak kata pewaris bangsa mgkin pelajar2 akan terbeban tmbh2 ada test dll.
tp blh je kita manupulate idea ni,jadikan usrah ni mcm kerja kursus di bawah kos islamic study yg kita cdgkn b4 ni sbg subjek elektif.
tp kalo rasa nk wajibkan kpd semua pljr, ok juga.biar semua rasa apa tu usrah.
salam...
ekhem...
saudara pewaris la kononnya...kolot btol pemikiran...saya rasa saudara mesti tidak pernah menjejakkan kaki ke pusat islam...USRAH lebih banyak manfaat dari mudarat..alangkah bahagianya jikalau saudara dapat menyelami kekuatan serta keindahan usrah itu sendiri...
-keputusan pemimpin yang terpimpin adalah dengan adanya kesepakatan anak buahnya-kuder_padok-
salam...
Post a Comment