© The Mhakk Studio

You are being watched!

Sunday, October 5, 2008

Politik Wang - Rasuah yang dilindungi

Jangan amal politik wang - Rithaudeen [UtusanOnline]

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail memberi amaran tegas kepada bahagian UMNO yang akan memulakan persidangan Khamis ini agar tidak mengamalkan politik wang dan terlibat dalam salah guna kuasa kerana ia melanggar peraturan parti.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin akan bertindak membanteras gejala itu sehingga ke akar umbi bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku pada masa depan.

Menurutnya, individu yang bertanding juga perlu menanam tekad dan azam untuk menghapuskan terus amalan tidak sihat itu daripada parti.

"Kita mahu pemilihan kali ini mencatatkan lembaran baru bagi UMNO supaya parti tidak lagi berdepan dengan kes politik wang seperti yang berlaku pada pemilihan lepas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ibu pejabat UMNO menetapkan persidangan perwakilan bermula dari 9 Oktober sehingga 9 November ini.

Ahmad Rithaudeen memberitahu, Lembaga Disiplin bersikap telus dan tidak berat sebelah dalam membanteras politik wang.

Ditanya mengenai saranan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Lembaga Disiplin menambah anggota bagi meningkatkan keberkesanan selepas banyak aduan diterima mengenai politik wang, beliau berkata, perkara itu dalam pertimbangan UMNO.

Tambah beliau, pihaknya memerlukan individu yang berpengalaman dalam pelbagai bidang undang-undang seperti majistret dan peguam untuk memperkukuhkan kredibiliti Lembaga Disiplin.

"Sekarang kita ada kira-kira 18 anggota dan saya berharap pucuk pimpinan dapat menambah keanggotaan Lembaga Disiplin kepada sekurang-kurangnya 30 orang," ujarnya.


Istilah Rasuah ditukar menjadi istilah politik wang. Nak bagi nampak macam baik sikit. Hakikatnya, politik wang adalah rasuah. Patut yang dituduh rasuah tu bukan Lembaga Disiplin yang dirujuk. Rujuk BPR terus lah. Orang bukan Umno yang rasuah kena siasat dgn BPR. Pemimpin Umno rasuah, Lembaga Disiplin Umno je? Inilah sejenis Rasuah yang dilindungi.

Kalau begitu, pertuduhan rasuah seks yang berlaku kepada anggota PKR, tak perlulah BPR siasat. Serahkan kepada lembaga disiplin PKR saja. Lepastu biar BPR makan gaji buta. Tak perlu double standard. Sepatutnya apabila berlakunya pemilihan agung Umno, beratus-ratus anggota BPR harus dikerahkan ke persidangan tersebut sebagaimana pasukan FRU dikerahkan ke perhimpunan Bersih tempohari. Di sanalah BPR akan berdepan dengan lubuk kes rasuah. Baru dapat elaun OT...

Bab rasuah politik wang dalam Umno, memang dah tak boleh nak buat apa dah. Mana tidaknya, nak rebut jawatan Ketua Pemuda Umno di satu kawasan parlimen di Kedah pun khabarnya sudah lebih RM50 ribu dilaburkan. Tu baru jawatan ketua pemuda peringkat yang rendah. Bayangkan jawatan-jawatan yang lebih tinggi dalam Umno, tambahan pula yang menjadi rebutan atau kerusi panas. Kita tunggu dan lihat sajalah. Jika Umno nak tunjuk baik sikit kononnya menentang rasuah, ada lah sorang dua yang akan dijadikan kambing hitam.

Umno sudah tidak dapat dipulihkan lagi sebagaimana kayu yang sudah teruk dimakan anai-anai. Tunggu masa saja nak rebah. Bertukarlah, keluar saja dari Umno. Jangan biar suatu hari nanti generasi anak cucu berasa malu kerana mak ayah, datuk nenek mereka adalah orang Umno. Jangan biar kita menjadi watak yang dicemuh suatu hari nanti setelah Umno menjadi sejarah kerana kedegilan kita untuk terus bersama Umno. Orang yang cerdik dan bijaksana akan keluar Umno kerana Umno sudah tidak relevan kepada golongan cerdik pandai. Umno hanya untuk hantu rasuah, hantu rasis, hantu fitnah, hantu projek, hantu komisyen, hantu kronisme dan seumpamanya. Ayuh, keluarlah dari Umno hai pemimpin-pemimpin Umno, anda akan tercatat sebagai hero dalam sejarah.

"Mereka pemimpin-pemimpin BN, akan juga menjadi pemimpin PR setelah masuk PR, sekiranya mereka mengetahui..."

1 comment:

Anonymous said...

umno dgn rasuah mcm kentut dan tahi. dua-dua busuk. tak reti dosa pahala. asal dapat bolot jawatan harta kekayaan, cukup. aman dunia kononnya. megah. tu yang hati keras tu. susah nak terima nasihat ulamak. dasar makan benda haram. duk nampak babi je haram. woi, nasi yang dibeli guna duit rasuah haram jugak!!

Ũ