© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, October 30, 2008

Berlapang dada hadapi kritikan

Persepsi kita terhadap kritikan akan lebih baik apabila kita tanam dalam hati bahawa kritikan itu penting. Sahabat-sahabiyah, rakan-rakan sekalian, apa yang terlintas dalam benak kita ketika mendengar orang berkata, "Saya ingin mengkritik anda!". Biasanya, jika kita menerima perlakukan seperti itu, kita selalunya akan bereaksi negatif. Seolah-olah kehormatan dan harga diri kita sedang terancam. Kita menganggap kritikan sebagai penghinaan yang akan menurunkan harga diri dan mencemarkan nama baik kita.

Gambar hiasan

Maka, wajar jika reaksi yang muncul - berupa fikiran, perasaan, mahu pun sikap tubuh - adalah berupa pembelaan terhadap diri. Sukar bagi kita untuk menerima semua kritikan, apatah lagi menikmatinya. Akan tetapi, responsnya akan berbeza jika kita mendengar perkataan, "Saya akan member hadiah kepada anda". Spontan, kita akan senang menerimanya. Wajah menjadi cerah. Riang rasanya perasaan kerana membayangkan akan diberi hadiah.

Dalam menerima kritikan, kita memerlukan beberapa kaedah, sehingga kita dapat menerima kritikan tersebut sebagai pemangkin kepada peningkatan kemuliaan diri. Bagaimana caranya? Pertama, rindukanlah kritikan dan nasihat tersebut. Selayaknya, kita cuba meletakkan diri menjadi orang yang rindu diperbetul, dan rindu dinasihati. Seperti rindunya kita melihat cermin agar penampilan kita selalu bagus. Persepsi kita terhadap kritikan akan lebih baik apabila kita tanami dalam hati bahawa kritikan itu penting. Kritikan adalah kunci kejayaan dan kemajuan, kritikan akan membuka prestasi, darjat, dan kedudukan yang lebih baik.

Kedua, cari dan bertanyalah. Belajarlah bertanya kepada orang lain dan dalami saranan-saranan yang mereka lontarkan. Carilah teman yang mahu dengan jujur untuk saling memperbetul antara satu sama lain. Tanyalah kekurangan diri pada orang-orang yang dekat dengan kita. Percayalah, semua itu tidak akan mengurangi kemuliaan.

Ketiga, amati kritikan. Persiapkan diri untuk menerima kenyataan bahawa pembetulan itu tidak selalunya sesuai dengan keinginan kita. Ada kalanya isinya benar, namun caranya salah. Tidak ada yang rugi apabila dinasihati. Jadi, kalau ada yang mengkritik, usahakan untuk tidak membalas kritikan atau berdebat. Jangan memotong pembicaraan. Apatah lagi membantahnya. Belajarlah untuk diam dan menjadi pendengar yang baik.

Keempat, syukurilah. Jangan melempar komentar apa pun kecuali ucapan terima kasih yang tulus kepada si pemberi kritikan. Tampakkanlah raut muka yang sungguh-sungguh dan penuh perhatian. Sertakan namanya dalam doa-doa kita, terutama bila kita ingat akan kebaikan-kebaikan yang pernah ia berikan.

Kelima, muhasabah diri. Jujurlah kepada diri sendiri ketika menerima kritik. Jangan sibuk menyalahkan pengkritik, atau mencari kambing hitam dengan menyalahkan orang lain.

Keenam, perbaiki diri. Buatlah aktiviti penambahbaikan dengan sungguh-sungguh. Jadikan aktiviti tersebut sebagai ungkapan rasa syukur terhadap kritikan yang diterima. Mintalah kepada ALLAH, sebab perubahan hanya terjadi dengan izin dan kekuasaan-Nya.

Gambar hiasan

Ketujuh, balas budi. Jangan lupa untuk mengirimkan tanda terima kasih berupa barang berharga, makanan, sepucuk surat, atau -minimal-informasi kepada yang mengkritik bahwa kita berterima kasih atas kebaikannya. Selamat berlapang dada menerima kritikan.

4 comments:

Anonymous said...

artikel yg bagus. jom kita pakat2 kritik penulis blog ni. cakap saja senang. blapang dada konon. klu kena kat diri sndiri br tau camne blapang dada tuh . haha jgn marah nnt kna jual...

Anonymous said...

artikel yg bagus.jom pakat2 ampu penulis blog ni.susah2 dia posting artikel ni semata2 nk berkongsi ilmu.jd kita ambil yg baik,
mmg la susah nk buat tp artikel ni sekurang2nya menyedarkn kita ttg berlapang dada. kalo nk tgu benda 2 jadi senang dilaksanakan br nk p post ,alamatnya smpai kiamat la x terposting.bknkah kebajikan tu sesuatu yg sukar dilaksanakan ttp kita wajib saling berusaha ingat-mengingati

eagle said...

kite bole kritik saper-saper jer, tapi 1st skali kite tunjuk respect dulu. so, kita letakkan sangkaan yang baik..manakala sangkaan-sangkaan yang lain berada di bawah. jangan kerana setitik kicap kita terus buang satu jag air oren. heheh. lainlah kalo dgn org yg sombong

Mujahid Cakna said...

sifat no 7 tu xnk wat la...kl bg hadiah nnt ade yg tmbul rase nk 'menasihat' lg..huhu..pd topi2 sekalian, berlapang dada lah dlm kritikan tu mksd len berhikmah dlm mengkritik dan menerima kritikan, bkn melalui emosi..tp itu la di namakn insan, kdg2 lupe..

Ũ