© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, October 29, 2008

Rehatkan minda sebentar...

Hari ini sungguh ceria, seceria wajah mahasiswa-mahasiswa USM yang menanti saat peperiksaan tidak lama lagi. Pandanglah cermin dan senyumlah, pasti anda akan tersenyum diri anda yang tersenyum.

Itu muqaddimah posting kali ini. Entah siapa yang ajar bermuqaddimah macam tu, aku pun tak tahu. Kita letak ke tepi sebentar segala hiruk pikuk dunia, keserabutan peperiksaan, keceriaan hidup di dunia, kenikmatan bersahabat, kemegahan berharta dan sebagainya. Mari kita ambil sedikit masa, merenung suatu perkara yang sangat tidak disukai dan ditakuti oleh manusia.

Kematian, mati, ajal, maut - dan semua adik beradiknya - adalah frasa-frasa yang membuatkan kita berasa tidak selesa dengannya. Kita akan cuba mengelak jika ada orang cuba membicara soal kematian, padahal kita tahu peristiwa besar itu PASTI akan kita tempuhi jua. Nah, tahu saja posting kali ini berunsur mengingati mati, sudah ada insan yang terus 'close' Firefox/Internet Explorer, enggan membaca seterusnya.

Bagi mereka, berbicara soal kematian adalah sia-sia. Berbiaca soal kematian hanya akan membantutkan kemajuan negara, merencat kemampuan berfikir manusia dan membuat mmanusia sugul ketakutan. Lalu mereka/kita membiarkan diri lupa kepada hakikatnya yang kita pasti akan MATI.

Percaya atau tidak, yakin atau tidak, mahu atau tidak mahu, tiba masanya kita wajib akan mati. genetik yang kita warisi dari Nabi Adam a.s. adalah genetik yang berkeadaan kita pasti mati. Tiada sesuatu benda hidup pun akan terlepas dari merasai MATI.

Firman ALLAH S.W.T;

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "
[Ali 'Imran : 185]

Kita tahu kita akan mati. Tetapi pada masa yang sama kita ragu-ragu dengannya. Buktinya, lihatlah amal kerja harian kita. Lupa diri seolah-olah kita boleh hidup lama. Seolah-olah tiada kematian akan menjemput kita untuk berdepan dengan Pencipta kita. Lalu kita berbuat apa saja yang kita suka. Kita masih selamba meninggalkan solat. Kita masih bermain-main dengan kewajipan menutup aurat. Kita mempersendakan larangan bercouple. bermacam-macam lagi amalan khurafat dan maksiat yang kita buat, samada sedar atau tidak, kita bagai menafikan yang kita akan mati.

Firman ALLAH S.W.T;

" Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu). "
[Al-An'am:2]

Dalam ayat di atas, ALLAH menjelaskan kepada kita:

Kita semua dicipta dari tanah.

Firman ALLAH;

"Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan
mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang
lain "

[Tahaa:55]

Bari tanah itulah Kami jadikan kamu

ALLAH mengingatkan kepada kita bahawa walau bagaimana hebat pun kita, kita hanyalah berasal dari tanah, yang setiap hari dipijak-pijak. Baik kita mahasiswa, jurutera, pensyarah, polis, askar, perdana menteri, menteri pertahanan, special branch, raja, sultan dan sebagainya, ALLAH memperingatkan kepada kita bahawa kita hanyalah berasal dari tanah. Maka usahlah bermegah-megah dengan kebesaran dunia yang kita miliki.

Kepadanya kami akan mengembalikan kamu

Walaubagaimana hebat kita manusia, akhirnya kita akan ditimbus ke dalam tanah jua. Walaupun hidup kita mewah di dunia dengan rumah besar, gaji besar, harta banyak, anak pinak ramai, sahabat handai keliling pinggang, akhirnya kita akan keseorangan dalam liang kubur yang sempit, diinggalkan 6 kaki di bawah tanah. Kita akan keseorangan 'dibuli' dan disepak terajang oleh dua malaikat yang bertugas. Teman kita hanyalah amalan kita sahaja yang boleh menjadi pembela kita. Lalu bagaimanakah jika amalan kita itu buruk, lembik, berkurap, uzur dan sebagainya itu mampu menyelamatkan kita?

Alam kubur adalah station pertama kita sebelum tiba alam akhirat. Baik nasib kita dalam kubur, insyaALLAH, baiklah nasib kita seterusnya. Mana mungkin sebuah keretapi yang tergelincir di pertengahan jalan akan tiba dengan selamat di penghujungnya? Maka berusahalah dan perbanyakkan doa supaya kita terlepas dari azab kubur.

daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain

Setelah tiupan sangka kala kedua, kita akan dibangkitkan semula seperti mana asal. Lengkap anggota tubuh sebagaimana asal menurut tahap amalan masing-masing. Perkara inilah yang orang-orang kafir, non-Muslim tidak sekali-kali akan percaya. Dan sebahagian besar kita umat Islam, juga tidak percaya - jika kita renung aktiviti harian kita. Cuba kita persoalkan, apakah benar orang yang sukarela dan selamba meninggalkan solat itu yakin bahawa dia akan mati dan menerima balasan yang dahsyat kelak? Jika ditanya pasti dia akan jawab "yakin", padahal sebenarnya dia tidak yakin langsung.

Mendedahkan aurat itu haram. Berdosa dan balasannya azab di hari akhirat kelak. Namun ramai yang tidak mahu beriman, hatta umat Islam sendiri. Dirasakan seolah-olah dirinya tidak akan mati dan tidak akan menerima azan, lalu sukarela dan selamba lah dia mempamerkan auratnya untuk tatapan umum. Berasa cantik dan comel dengan auratnya. Megah dengan auratnya sehingga mahu menunjuk-nunjuk kepada umum, sehingga lupa bahawa dia hanyalah tanah pada asalnya, kepada tanah dia akan disumbat semula, dan dari tanah itu jua dia akan dibangkitkan semula untuk menerima pengadilan ALLAH.

Sesudah dicipta, ajal kita sudah ditetapkan! Namun antara kita, masih ramai yang ragu-ragu.

Ketahuilah bahawa semasa dalam kandungan ibu lagi, ALLAH sudah meletakkan tarikh luput kita di dunia. Tarikh kematian kita sudah ditetapkan. Tempoh hayat kita di dunia sudah digazet. Tahu, tetapi masih enggan percaya. Ahhh... aku masih muda. Mana mungkiiin aku akan mati. Ahh... aku sihat, tiada apa-apa sakit, mana mungkiiiin akan mati. Mungkin itulah antara cetusan hati kita apabila diperingat tentang kematian. Dan kita lupa, bahawa ramai manusia mati dalam keadaan bercita-cita besar.

Kita ragu-ragu. Tidak yakin dengan ketetapan ajal sekalipun sudah diperingatkan kepada kita. Beruntunglah orang-orang yang mengambil iktibar kematian yang berlaku di sekelilingnya.

Sahabat-sahabat, rakan-rakan seperjuangan mahasiswa sekalian

Marilah kita menginsafi hakikat kematian. Mengingati mati bukanlah faktor yang melemahkan jiwa, bukan jua punca kelembapan ekonomi dan kemajuan. Malah mengingati kematian adalah suatu tindakan bijaksana dalam mempamerkan suatu masyarakat yang kuat semangat, cekal, berusaha gigih untuk memajukan diri dan umat. Mengingati mati akan menjadikan manusia itu baik, sopan, berakhlak, gigih berusaha dan seumpamanya. Mengingati mati bukan bererti menunggu 'mampus'.

Saban hari kita lupa bahawa Malaikat Maut sentiasa memerhati kita. Apabila ajal tiba, tidaklah ia akan melewatkan ajal itu sedetikpun mahupun mempercepatkannya sedetik pun. Ketahuilah, tiada sesiapa pun yang mampu menangguhkan kematiannya. Dengan itu, insafilah. Hidup kita tidak kekal lama. Kejar-mengejarlan membuat kebaikan, berusahalah sedaya-upaya meninggalkan perkara dosa. Mudah-mudahan kita berjaya di dunia dan di akhirat.

WaLLAHu a'lam



4 comments:

Mujahid Cakna said...

yes, kawe dpt comment 1st...em,tggu, sapa mnt komen dlm post2 mcm ni..post yg baik, astaghfirullah...terkenang mcm2 dosa kita bile dok asyik nk keja dunia tanpa ade sket pun niat tuk akhirat.

Ariff Redza said...

tq..kerna memperingati..

Anonymous said...

salam...
ekhem...
kawe terasa xdapat komen 1st..huhu...
xpa mujahid4869 a.k.a mantan...
huhu
-malu sebahagian dari iman-kuder_padok-
salam...

Anonymous said...

assalamualaikum..
bagus demo nie.. nulis lagi banyok.. jangan make tido banyok.. tulis bagi ingat puak2 berat2 blake nie..

Ũ