"Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam...." Baca lagi..Akhir-akhir ini kita lihat gelaran Darjah dan pingat kebesaran (yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan sebagainya) seolah-olah sesuatu yang murah dan mudah didapati oleh sesiapa sahaja. Hanya dengan alasan mengharumkan nama negara, gelaran Datuk terus dipalit kepada individu-individu terbabit.
Mudah bukan? Lee Chong Wei, sekali pun tudak memenangi emas di Olimpik Beijing, dapat gelaran Datuk. Tak kiralah taraf apa sekalipun, yang penting gelarannya adalah Datuk. Jurulaihnya juga mendapat Datuk. Nicol David, pemain Squash nombor satu dunia juga mendapat Datuk.
Oklah, jika alasan mereka harumkan nama negara, dalam bidang sukan. Tetapi yang lebih aneh, Shah Rukh Khan yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba saja akan mendapat gelaran Datuk esok (rujuk UtusanOnline), kerana alasannya mengharumkan nama Melaka. Ahhh... apa semua ini? Pelakon hindustan yang rosak akhlak itu diberi pengiktirafan oleh Melaka, padahal jasa mengharumkan nama Melaka adalah tidak boleh diterima langsung. Promosi apa kepada Melaka? Just datang berlakon saja. Penonton filem takkan fikir di mana penggambaran dibuat. Yang ditumpu adalah jalan cerita dan lakonannya. Jika Shah Rukh Khan dapat gelaran Datuk, maka penerbit filem tersebut juga perlu diberi Datuk kerana membawa pelakon itu berlakon di Melaka (?).
Sedangkan kita lihat, pak-pak menteri yang sudah lama berjuang untuk kemajuan negara, juga mendapat Datuk, Datuk Seri, Tan-tan Sri dan seumpamanya. Tiba-tiba Shah Rukh Khan itu disama-tarafkan dengan pak-pak menteri dalam negara kita. Aduhai, jatuh martabat negara. Menterinya sama taraf dengan pelakon hindustan, dari India.
Kita lihat, MB Kedah, Ust Azizan, sudah beberapa pilihanraya berjuang, baru-baru ini sahaja dapat gelaran Datuk. Lihat pula YB Salahuddin Ayub, sudah bertahun-tahun berjuang untuk menegakkan keadilan dalam negara, masih tiada gelaran Datuk. Itu dua contoh. Ramai lagi yang sepatutnya lebih berhak dapat gelaran tersebut, tidak dapat. Bukanlah gelaran itu yang dicari oleh mereka-mereka ini, tetapi nak beri contoh sahaja bahawa kerajaan amnya, dan Melaka khususnya, sudah tidak waras dalam berfikir dalam hal ini.
Shah Rukh Khan adalah pelakon yang rosak akhlak, lagi merokkan akhlak orang lain. Tiadalah berhak sedikit pun untuk diiktiraf oleh sesiapa yang waras, lebih-lebih lagi umat Islam. pengiktirafan oleh kerajaan umat Islam terhadap pelakon rosak akhlak itu adalah sanga mengkhianati amanah terhadap umat Islam!
----------------------------------
Respon lain : http://daulatpang5.blogspot.com
Bangangnya Kerajaan Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka sudah nyanyuk agaknya apabila menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka(DMSM)kepada Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan yang melayakkan beliau bergelar Datuk sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, yang bukan anak kelahiran Melaka ini iaitu Tun Mohd. Khalil Yaakob ke 70, esok.
Apa sudah jadi ni..!!! di mana akal waras mereka yang mencadangkan pangkat Datuk ini kepada pelakon ini. Apa jasa yang telah dibuat oleh pelakon ini hingga kerajaan negeri semacam mabok kepayang memberi anugerah ini.
Beliau bukannya rakyat Malaysia. Sedarlah diri sikit, ramai lagi mereka-mereka yang tersangat berhak dan layak untuk terima anugerah ini bagi mengenang jasa mereka kepada tanah air tercinta ini. Seakan Kerajaan Melaka sudah tiada orang dalam senarainya untuk menerima darjah kemuliaan ini.
Pendek benar fikiran mereka yang mencadang dan meluluskannya. Kita jangan lupa, pelakon inilah yang dengan menggunakan filemnya banyak merosakkan akhlak dan fikiran anak-anak muda tidak kira lelaki dan perempuan untuk lari dari rumah meninggalkan ibu & bapa, adik beradik juga keluarga demi cinta suci mereka konon, dengan menurut pasangan masing-masing ke mana sahaja mahupun lautan api sanggup direnangi.
Kerana terpengaruh dengan filem pelakon inilah ramai anak-anak Melayu murtad dari agamanya dengan berkahwin dengan pasangan non muslim mengikut adat istiadat agama lain. Hinggakan Mufti Perak Datuk Harussani pernah menyarankan agar filem-filem hindustan ini diharamkan dari ditayang di kaca-kaca TV bagi membendung gejala Murtad yang melanda negara.
Justeru itu apa yang Kerajaan Melaka banggakan sangat dengan Shah Rukh Khan ini ??? Jangan marah jika rakyat menganggap tindakan ini sebagai tindakan bangang lagi zalim kepada penerima yang sepatutnya layak tetapi tidak menerimanya. Wallahualam
3 comments:
ermm..ana rase ade betolnyer..ape yg best sgt ngan shah rok khan poyo tu?..dh la pelingkop agama..ana pon sgt stuju kalu filem hindustan diharamkan..klu tayang nnt org india/keling kt malaysia rase yg diorang tu bagus sgt..nyampah giler aku kt diorang tu..aarghh..petuihh..
huhu kalo kasato kat aku pon xpa... apa kaitan shah rukh khan dengan kita..bukan sedara pon...nak cakap orang malaysia bukan plak tue.. gila betol la ......nie ka pemimpin yg kita nak ...... lingkuplah akhlak ...huhuhu
salam...
ekhem...
apakah gelaran yang kita harapkan???
di mana letaknya keikhlasan pada diri saudara???!!!
tp memang xwajar perkara itu berlaku...byak cara laen untuk mempromosikan melak...mungkin dengan pembikinan semula sejarah lama melaka untuk dipertonton pada generasi akan datang...contohnya,PEARL HARBOUR,LEFTENAN ADNAN dan lain2...kita boleh singkap kembali ceritera 5 saudara yang menjadi kebanggaan negeri melaka...apakah ianya lebih wajar...bukan???
-Seseorang yang mengkaji sejarah sudah pasti tidak akan mengulanginya-kuder_padok-
salam...
Post a Comment