© The Mhakk Studio

You are being watched!

Saturday, October 3, 2009

Kita tahu, mati itu boleh datang tiba-tiba...

Apabila datang ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat menangguhnya walau sesaat, mahupun mengawalkannya. Mati itu pasti. Bila, di mana, bagaimana, semua itu dalam ilmu ALLAH, rahsia ALLAH...






إنا لله وإنا إليه راجعون

Giliran kita? WaLLAHu a'lam. Hanya ALLAH yang tahu. Apa yang penting, persediaan kita menghadapinya. Sesungguhnya, cukuplah mati itu sebagai suatu peringatan kepada manusia. Mengingati mati akan melembutkan keegoan diri kita. Mengingati mati membuatkan kita lebih bersedia untuknya.

Pemimpin negara tidak akan menyeleweng jika mereka mengingati mati berserta keimanan kepada ALLAH dan hari akhirat. Pegawai-pegawai kerajaan tidak akan culas dalam kerja buat dan amanah mereka jika menjadikan mati itu sebagai motivasi dalam tugas mereka. Masyarakat akan harmoni jika rata-rata mereka bermuhasabah akan nasib mereka selepas mati. Mat-mat rempit tidak akan merempit sekiranya mereka mengingati mati.

Mengingati mati akan memajukan umat manusia. Sesiapa yang murung kerana kononnya mengingati mati, bukanlah bermakna dia mengingati mati, melainkan dia itu hanya menunggu 'mamfus'. Berdoalah kita agar dimatikan kelak dalam husnul khatimah.

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة


No comments:

Ũ