© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, October 1, 2009

Sembang pagi hari...

Pagi yang sejuk. Hujan turun membasahi bumi sejak 5 pagi lagi. AlhamduliLLAH, Dia masih memberi nikmat kehidupan kepada kami, penghuni Baitul Hikmah (nama bagi rumah sewa kami) ini.

Selesai solat subuh berjamaah, semua buat kerja sendiri. Ada yang membaca al-quran, ada pula yang membaca blog. Ada yang menonton Youtube, dan paling common, ada yang bermain mata... (tidoq balik).

Udara segar anugerah ALLAH kita sedut, dan kemudian kita hembus, tanpa kita sedari dan kita kawal (mungkin ada yang cuba mengawalnya untuk seketika selepas membaca ayat ini). Dia masih memberi peluang kepada kita, tatkala Ramadhan sudah lebih 10 hari berlalu.

Renung sejenak, dikala kita rasa kita "OK laa" dapat solat berjamaah, dapat membaca al-quran, zikir sikit-sikit... masih ada kawan-kawan kita yang masih belum terbuka matanya di pagi hari, hingga terlaksana "subuh gajah". Paling teruk, ada yang terus tinggal solat.

Kasihan kawan-kawan kita ini. Kasihan juga diri kita kerana tidak mampu mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran. MasyaALLAH. Kelemahan diri begitu jelas. Kelemahan atau keingkaran? NastaghfiruLLAH...

Kawan-kawan yang tersesat membaca entry ini, ingatlah. Solat adalah tiang agama. Solat adalah pembeza antara Muslim dan kafir. Orang Islam mendirikan solat, orang kafir iada bersolat. Bangunlah, dirikan solat. Solat adalah formula agung dari ALLAH untuk membuatkan manusia berjaya, serta mencegah perkara-perkara keji dan mungkar.

Anda tinggal solat sebelum ini, hari ini atau seterusnya, dosa besar terkumpul menggunung tinggi. Andaikata anda insaf suatu hari nanti, mudah-mudahan anda insaf, masyaALLAH, betapa banyaknya solat fardhu yang anda telah tinggalkan - anda mesti qadha. Anda pada waktu itu akan mencela diri anda pada waktu lalu yang anda meninggalkan solat. Lebih malang jika anda tidak insaf, maka kemurkaan ALLAH akan menimpa anda - dan Api neraka adalah balasannya, na'uzubiLLAH.

Itu baru bab solat. Macam-macam lagi perkara dosa dan mungkar yang dilakukan umat manusia, yang kita perlu muhasabah dan bertindak. Jika bukan kita yang bertindak, siapa lagi? Barangsiapa yang tidak mengendahkan urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka.

2 comments:

Anonymous said...

kalau tuan cerita bab sembahyang sebagai tiang agama. maka tuan harus terangkan bagaimana ia menjadi sebegitu penting dalam agama. Ia adalah rukun kedua dalam agama. Kenapa ia jadi rukun kedua. banyak persoalan yang perlu kita kena tahu sebelum kita kata berdosa kepada mereka yang meninggalkan sembahyang. Tuan harus terangkan betapa pentingnya solat ini contoh makan, kalau tak makan maka orang itu akan mati. Kita jangan sebut tentang dosa sahaja sebab dosa itu penentunya allah. Allah sebelum jatuhkan seseorang itu berdosa, allah terangkan terlebih dahulu kenapa jika tak lakukan ia ia jatuh dala dosa. hari ini ramai pendakwah, tok2 guru sibuk suruh kita sembahyang,tapi kenapa makin ramai lari tinggalkan sembahyang. Sebabnya ialah mereka sendiri tidak tau apa itu sembahyang. Orang yang sembahyang tidak dapat rasa kenikmatan sembahyang. hanya mereka tau tinggalkan sembahyang berdosa, tidak lebih dari itu.

senduk said...

betul tu. org taktahu kepentingan solat. sbbtu selambe je tinggal. tp apa lah tuan blog ni reti sgt, sdgkan kamu kata tok2 guru suruh sembayang pun ramai yg lari. apa lg kita yg bukan tok guru. betul dosa pahala urusan Allah. tinggal sembahyang konfirm dosa besar, mmg kita kena kena bgtau la bab dosa pahala. tak sejutu saya kalau tak disebut dosa pahala. nak bg org minat sembahyang kene bagi dia mengaji. ajak saja tak jadi. nak bg dia minat ngaji tu yg susah.

Ũ