© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, June 16, 2010

hai orang-orang yang prejudis...

Mukhtamar ke-56 dah selesai.

Perjuangan al-marhum Ustaz Hassan Syukri juga sudah selesai... (Al-Fatihah).
Yang tinggal adalah melaksanakan setiap usul yang diluluskan.

Ada orang Umno tanya, apa sudah jadi dengan Pas, menggadaikan prinsip dan dasar parti sehingga sanggup bersekongkol dengan orang kafir, dan membenarkan orang bukan Islam menjadi calon.

Apa sudah jadi dengan Pas?
Pas telah membuat transformasi dalam fiqh siyasah, dan tahaluf siyasi yang bakal menjadi suatu paradigma baru politik dalam negara kita khasnya.

Orang-orang Umno fahamkah apa itu fiqh siyasah dan tahaluf siyasi? Kalau tak faham, buang masa sahaja cerita panjang-panjang. Lebih baik kalah berhujah dengan ahli-ahli ilmu daripada bertegang leher dengan orang-orang Umno dalam jahil dalam bab ilmu.

Kalau mahu faham, orang-orang Umno kena ikuti muktamar-muktamar Pas sebelum-sebelum ini. Ikuti ucapan dasar, halatuju, dan perbahasannya dengan minda yang terbuka sebelum mengkritik. Cuba selami dan fahami agenda-agenda muktamar, bukan dengan minda prejudis. Anda akan faham insyaALLAH, apa yang Pas perjuangkan. Cara begitu lebih baik jika anda mahu benar-benar faham 'apa sudah jadi dengan Pas'. Bukan dengan cara menghadam ulasan singkat dan dangkal pemimpin-pemimpin Umno.

Begitu juga orang-orang Parti Islam, kami memahami apa agenda perjuangan Umno, kerana antara kami juga ada yang mengikuti Perhimpunan Agong Umno dalam kaca TV, secara langsung, dan diulang siar dalam berita-berita arus perdana. Kami dapat tahu apa yang Umno perjuangkan, lalu kami menolak Umno.

Anda orang-orang Umno tidak menolak perjuangan Pas melainkan hanya kerana emosi, semangat perkauman yang menebal, tidak mendapat maklumat secara terus melainkan ulasan atas ulasan semata-mata dan anda prejudis terhadap perjuangan Islam.

Kagum rasanya apabila melihat semula rentetan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, ratusan, mungkin ribuan orang-orang bukan Islam mendengar kalimah-kalimah ALLAH yang dibacakan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam ucapan-ucapan mereka. Orang-orang bukan Islam mendengar dan mengetahui akan kebenaran Islam, yang selama ini mereka tidak pernah mendengarnya. Bukankah itu adalah satu langkah permulaan yang baik dalam keadaan masyarakat majmuk di negara kita?

Orang-orang prejudis tidak melihatnya sebagai peluang dakwah kepada bukan Islam. Pas sebagai Parti Islam, mahu menyatupadukan ummah pelbagai bangsa dan keturunan di bawah satu payung, yakni Islam. Berbeza dengan orang-orang yang prejudis terhadap Islam, mereka mungkin hanya berfikir secara terhad dalam bab kesatuan ummah ini, lalu timbullah konsep 1Malaysia.

Hidayah adalah milik ALLAH. Kita hanya diseru berusaha menyampaikan ayat-ayat ALLAH kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Soal beriman atau tidak, bukan kerja kita. Mereka yang bukan Islam bebas memilih agama dan kepercayaan mereka tanpa dipaksa menganut Islam. Kita hanya menyampaikan hakikat kebenaran Islam. Tiada paksaan untuk mereka memeluk Islam. Lalu penubuhan DHPP adalah satu usaha murni ke arah merealisasikan tuntutan dakwah. Bagi orang-orang prejudis terhadap Islam, tidak hairanlah mereka akan mengatakan bahawa 'Apa sudah jadi dengan Pas' atau dalam ungkapan lain 'Pas sudah lari dari prinsip perjuangan'.

No comments:

Ũ