© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, January 6, 2011

Kerajaan berniaga dengan rakyat!

Sudah ramai penulis yang merintih mengenai kenaikan harga barang. Tidak kurang yang marah. Dalam posting ini, aku juga mahu ambil pot. Biar tercatat dalam sejarah hidup aku, yang aku juga tidak redha dengan kenaikan harga barangan. Negara kita tidak miskin. Pak-pak menteri hidup mewah. Tiada sebab untuk diperah keringat rakyat.




Harga petrol naik, harga gula naik, harga sayur naik, harga santan naik, harga minyak masak bakal naik... tunggu banyak lagi harga Barang Naik...

Kalau dulu apabila harga barang naik, pak-pak menteri akan bersuara, memujuk dan menasehati rakyat supaya menerima kenaikan harga barangan tersebut. Rakyat kena BERSYUKUR, harga barangan kita lebih murah dari negara bla-bla-bla... Rakyat kena BERDIKARI, tak boleh harap subsidi dari kerajaan semata-mata. Rakyat kena JAGA KESEHATAN, jangan makan banyak gula (sayur pun kena kurangkan makan juga?).

Itu dulu, sekarang harga minyak dinaikkan tengah malam. Pak pak menteri membisu. belum sempat orang nak mengamuk, harga santan naik, pak-pak menteri buat tak tahu. Harga minyak masak bakal naik... mungkin juga pak-pak menetri akan terus buat kerja sendiri, tak mahu ulas. RUpanya itu method baru. Naikkan saja harga, jangan peduli pada siapa, jangan ulas... rakyat akan terkejut sebentar saja. Rakyat akan mengamuk sekejap saja. Orang Melayu akan cepat cool. Orang Melayu kan boleh bersabar. Orang cina takpe, sudah kaya, tak effect sangat kenaikan harga.

Nampaknya kerajaan kita sudah terang-terang berniaga dengan rakyat. Barang keperluan bukan lagi dijaga oleh kerajaan sebagai kebajikan, tetapi sudah bertukar menjadi barang dagangan, dan memaksa rakyat menjadi pembeli. Mahu tidak mahu, rakyat terpaksa membeli untuk meneruskan kehidupan. Kerajaan tidak lagi menjaga kebajikan. Kerajaan kini semakin bijak memeras keringat rakyat demi keuntungan pihak kerajaan. Mahu diberitahu kepada dunia, kerajaan kita adalah kerajaan yang kaya, pandai berniaga, hebat mengurus. Walhal rakyat menderita.

Kita negara pengeluar minyak petrol, tapi rakyat terpaksa tanggung kos yg tinggi untuk beli minyak petrol. Kita negara pengeluar minyak masak, rakyat terpaksa mencatu minyak masak. Bekalan gula berlambak-lambak, kerana dasar tidak berteraskan kebajikan, harga gula menjadi naik.

Alasan basi yang masih dikitar semula adalah subsidi. Rakyat tidak perlu bergantung sangat kepada subsidi. Petronas untung banyak. felda untung banyak. Banyak lagi company-company kerajaan peroleh keuntungan. Maka laba untuk kerajaan juga bertambah banyak. Tetapi tidak setitik pun mahu dicurah kepada rakyat. Pemberian subsidi adalah kaedah membahagikan keuntungan negara kepada rakyat. Majoriti rakyat akan dapat.

Kalau sekadar naikkan elaun/bonus kakitangan kerajaan, yang bukan kerja dengan kerjaaan takkan dapat. rakyat Malaysia bukan hanya kakitangan kerajaan. Bonus PNB kepada pencarum, yg tiodak mencarum tak dapat. Subsidi adalah salah satu cara yang membantu rakyat secara tidak langsung. Subsidi kepada syarikat kroni lebih diutama, apa boleh buat.

Ingatlah hai kerajaan. Apabila kerajaan itu berniaga dengan rakyat, tunggulah kehancuran ekonomi negara!

Tahun baru 2011 dimulai dengan kenaikan harga barang. Dana untuk pilihnaraya mesti diperah dari rakyat. PRU13 sudah dekat. Kamu naikan harga, kami akan turunkan kamu! Selamat mengisi minyak 2011.

No comments:

Ũ