© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, July 20, 2010

Umno nak rampas Kedah!

Haa... jaga-jaga orang Kedah semua. Parti Melayu Umno mau rampas Kedah.

Tuanku Sultan Abdul Halim tak murka ke?

Bagaimana Parti Islam mahu membantu Tuanku Sultan mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah daripada dirampas Parti Melayu Umno itu?








Monday, July 19, 2010

Umno hanya nyamuk yang mengganggu arus gerakan Islam!





Mereka ini hanya memandang Pas hanya sekadar parti politik, yakni setaraf dengan Umno, MCA, MIC, DAP, PKR dan lain-lain. Mereka tidak nampak Pas sebagai sebuah Gerakan Islam yang berusaha menyelamatkan aqidah, akhlak, fikrah dan siyasah mereka yang dirosakkan musuh-musuh Islam untuk melawan arus kebangkitan Islam di seluruh dunia. Oleh sebab mereka masih sukar untuk beriman bahawa Islam adalah agama yang bergerak secara politik dan dinamik, maka mana-mana pertubuhan gerakan Islam yang mengambil langkah berpolitik, mereka akan menganggap itu hanya parti politik yang boleh disepak-terajang sama seperti parti-parti lain.

Pas adalah Parti Islam, yang mendukung tanggungjawab sebagai satu-satunya gerakan Islam di Malaysia yang merupakan rangkaian kepada gerakan Islam sedunia, yang lahir selepas kejatuhan sistem pemerintahan Khalifah Islam Uthmaniyyah yang berpusat di Turki. Gerakan Islam atau Harakah Islamiyyah ini menjadi tempat umat Islam seluruh dunia bergantung selpas jatuhnya penaung mereka - yakni sistem pemerintahan Islam Turki Uthmaniyyah. Gerakan Islam sedunia ini berperanan menyelamat, membela dan menyatukan umat Islam dari sudut aqidah, fikrah, akhlak, ukhuwwah dan sebagainya, bagi merealisasikan tertegak semula sistem pemerintahan Islam yang dirobek-robek oleh musuh-musuh Islam.

Maka, dengan itu tanggungjawab Pas adalah besar. Setakat Parti Melayu Umno, hanyalah nyamuk-nyamuk yang mengganggu arus gerakan Islam yang sedang bangkit dalam negara kita. Lawan Pas sebenarnya bukanlah Umno, tetapi musuh-musuh Islam seperti Freemason dan Zionisme serta ideologi-ideologi kuffar yang lain yang merosakkan umat. Umno hanyalah diperalat oleh musuh Islam samada mereka di dalam Umno itu sedar atau pun tidak. Musuh tidak menyerang dengan berdepan. Mereka menyerang menggunakan alat mereka yang terdiri daripada bangsa tempatan bagi menentang kebangkitan Islam di sesebuah negara.

Lihat bagaimana Khalifah Islam Turki jatuh kerana Mustafa Kamal Attarturk, seorang Turki.
Sistem pemerintahan Islam di Libya runtuh, kerana musuh berjaya memperalat bangsa Arab di Libya. Di Afghanistan, Hamid Karzai dan Pakatan Utara diperalat musuh untuk menjatuhkan pemerintahan Taliban. Arab Syiah diperaralat musuh untuk menjatuhkan pemerintahan Saddam. Tanpa memperalat bangsa tempatan, musuh sukar untuk menjatuhkan sesebuah negara atau sesebuah gerakan. Begitu juga di Malaysia, Umno dianuti oleh sebilangan besar bangsa Melayu diperalat oleh musuh untuk menentang gerakan Islam di Malaysia yang setakat ini didominasi oleh bangsa Melayu. Percayalah jika orang-orang Cina yang mendominasi Pas, musuh utama Pas bukan lagi Umno. Umno akan menyusut dengan sendiri, Perkasa akan berkubur. Yang akan muncul adalah parti-parti rasis Cina yang akan menentang gerakan Islam dalam negara kita.

Bukan hanya Pas sahaja yang terpaksa berdepan dengan karenah nyamuk-nyamuk ini, malah gerakan-gerakan Islam seluruh dunia terpaksa berdepan dengan nyamuk-nyamuk yang berkuasa di negara masing-masing. Di Palestin, Hamas terpaksa berdepan Fatah - dari bangsa sendiri, walaupun musuh sebenarnya adalah Zionis. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin terpaksa berdepan dengan halangan kerajaan Mesir sendiri. Gerakan-gerakan Islam seluruh dunia boleh dikatakan sedang berjuang, sedang berdepan dengan sepak terajang kaum sendiri yang tidak memahami hakikat sebenar perjuangan Gerakan Islam.

ALLAH dan Rasul menjanjikan Islam akan menang pada akhirnya. Islam akan berada ditempatnya yang tinggi. Islam akan membebaskan segala kecelaruan manusia. Islam akan membawa keamana dan keadilan kepada manusia seluruh dunia akhirnya. Suatu ketika dahulu, orang hampir-hampir berputus asa selpas era kejatuhan khalifah. Umat Islam memang benar-benar menjadi buih, seolah-olah tidak dapat lagi menjadi kuat. Segalanya terpaksa bergantung kepada ehsan musuh. Tetapi hari ini cahaya kemenangan Islam mula terbit dengan wujudnya gerakan-gerakan Islam, walaupun permulaanya ini diperlahankan oleh agen-agen musuh dari kalangan bangsa sendiri. Namun tidak mengapa, ia menjadi rencah kepada kita untuk terus berjuang dan ALLAH menjanjikan ganjaran yang besar - syahid ataupun kemenangan.

Jika beginilah pandangan dan fikrah kita, maka kita tidak akan mudah berputus asa dalam berjuang mengenepikan Umno yang bertaraf nyamuk sahaja. Besar sangatkah Umno untuk kita meninggalkan perjuangan kita? Besar sangatkah Umno untuk kita bergabung dengan mereka? Ketahuilah, Umno bukan Melayu, Melayu bukan Umno, tetapi Umno hanyalah parti politik semata-mata.


Friday, July 16, 2010

Proteslah elok-elok, jangan buat malu sudah!

Protes rancang turun ke jalan raya - Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) tidak menolak kemungkinan akan mengajak rakyat ke turun ke jalan raya ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.


Ya, Proteslah! Protes sampai turun. Ajak rakyat turun protes dengan cara yang baik. Jangan ulang tragedi Protes yang lalu, konsert yang memalukan! Biar Parti Islam yang lead. Biar orang berfikrah Islam yang anjur. Jangan malukan Pakatan, jangan malukan Parti Islam.

Thursday, July 15, 2010

Rasionalisasi tu binatang apa?

Harga minyak, gas dan gula akan naik lepas tengah malam ini, berikutan rasionalisasi subsidi secara berperingkat.



Rasionalisasi tu apa menatang? Orang kampung tahu kah haiwan apa rasionalisasi tu? bunyi macam best.

Kerajaan Umno/BN memandang rendah keupayaan rakyat berfikir. Kerajaan menganggap rakyat bodoh. Kerajaan Umno/BN anggap rakyat akan akur, takjub, kagum dengan term rasionalisasi subsidi untuk menghalalisasi kenaikan harga minyak, gas dan gula. Esok akan keluar pula macam-macam alasan untuk memperbodohkan rakyat yang malas berfikir.

"Jangan makan gula banyak sangat... jaga kesihatan"

"Jangan minum petrol untuk kesihatan"

"Naiklah basikal untuk kesihatan"

"kerajaan jamin tidak mansuhkan subsidi, cuma terpaksa kurangkan sedikit demi sedikit"

"rakyat perlu berdikari"

"petrol kita masih lebih murah berbanding negara-negara maju"

Subsidi untuk rakyat dirasionalisasikan. Elaun (subsidi) untuk menteri buat tak tau jaa. Nak naik lg ada. Ingat rakyat Malaysia ni kaya macam pak menteri kaaa??

Friday, July 9, 2010

Perpaduan Parti Melayu dan Parti Islam

Sejak kebelakangan ini, timbul suara-suara untuk melihat perpaduan Parti Melayu dengan Parti Islam. Kenapa hanya Parti Melayu mahu dilihat berpadu dengan Parti Islam? Kenapa tidak timbul suara-suara yang mahukan perpaduan juga antara Parti Cina dengan Parti Islam? Parti India dengan Parti Islam? Parti Iban dengan Parti Islam? Adakah masih terdoktrin dalam minda masyarakat, bahawa Islam hanya untuk Melayu?

Parti Islam sebenarnya tidak terhad dengan keahlian Melayu semata-mata. Semua kaum dalam negara kita sangat boleh menyertai Parti Islam itu, dengan syarat beragama Islam. Maka batas perkauman tidak wujud sebenarnya dalam Parti Islam. Cuma setakat ini majoriti umat Islam dalam negara adalah berbangsa Melayu, maka ahli Parti Islam kebanyakannya Melayu. Namun Parti Islam telah membuka langkah kehadapan dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokongnya, yang membolehkan golongan bukan Islam mendekati perjuangan Parti Islam.

Bercakap mengenai perpaduan Parti Islam dengan Parti Melayu, ada pro dan kontranya, kerana Parti Islam dalam negara kita mempunyai ahli majoriti Melayu. Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa jika Parti Islam dan Parti Melayu bersatu, masyarakat Melayu Islam akan mendapat manfaat yang besar. Semua orang tahu manfaatnya. Tetapi perpaduan ini sukar dicapai kerana kedua-duanya berbeza fikrah. Satunya berfikrah Islam, yang Satu lagi berfikrah Melayu.

Penyatuan dan perpaduan sesuatu kaum, organisasi atau individu, adalah hasil dari penyatuan fikrahnya. Maka perpaduan Parti Islam dengan Parti Melayu hanya dapat dicapai jika fikrah mereka disatukan. Jika diteliti dengan jiwa dan bersih serta berserta ilmu, mustahil bagi orang yang berfikrah Islam akan tunduk kepada gaya fikir Melayu. Melayulah yang kena akur dengan Islam. Malah Islam itu sendiri diturunkan bagi menyatupadukan seluruh manusia dengan fikrah yang satu, mengEsakan ALLAH. Taqwa adalah asas penyatuan seluruh manusia yang pelbagai ragam, pelbagai kefahaman, pelbagai budaya. Dari aspek ini, perpaduan Parti Islam dan Parti Melayu nampaknya begitu sukar, kerana pemain-pemain politik Melayu tetap berkeras tidak mahu tunduk kepada fikrah Islam.

Setelah 'gagal' untuk bersatu dengan Parti Melayu atas dasar Taqwa, mengapa Parti Islam berpusing dan bekerjasama pula dengan Parti Demokratik yang didominasi oleh kaum Cina bukan Islam, yang sudah tentu lebih tidak mengerti apa itu Taqwa berbanding Parti Melayu? Ya mereka memang tidak mengerti apa itu Taqwa, kerana mereka majoritinya bukan Islam. Fikrah mereka lebih sukar untuk tunduk kepada fikrah Islam. Namun fikrah kedua-dua parti yang berbeza ideologi ini cuba disatukan dengan fikrah 'keadilan'.

Sama seperti Parti Islam, keahlian Parti Demokratik ini terbuka kepada semua bangsa dalam negara. Akan tetapi, ia didominasi kaum Cina, sama seperti Parti islam, didominasi kaum Melayu. Mereka cuba bersatu atas prinsip 'keadilan'. Parti Islam menerima perpaduan ini atas dasar memperjuangkan 'keadilan'. Bukankah keadilan itu menghampiri taqwa?

Apabila cubaan bersatu dengan Parti Melayu atas dasar Taqwa dan Adil gagal, apakah salah berpakat dengan parti lain yang tidak atas dasar taqwa, tetapi atas dasar Adil?

Firman ALLAH: "... Maka berlaku adillah, ia paling hampir kepada Taqwa"

Politik dalam Islam bukan hanya untuk menang pilihanraya, tetapi juga sebagai strategi untuk menyebarkan Islam kepada umat manusia. Jika Parti Melayu berkeras untuk tidak mahu tunduk kepada prinsip Taqwa dan Adil, maka tidak salah jika Parti Islam mengajar parti lain untuk tunduk kepada Islam, atau paling tidak, patuh kepada prinsip Adil. Ingatlah, dakwah melalui jalan perdamaian lebih berkesan daripada melalui pertelagahan. Itulah yang Parti islam cuba lakukan. Jika Melayu mengabaikan Islam, tidak mustahil, ALLAH akan memberikan Islam kepada Cina, India, Iban dan sebagainya. Ketika itu, Melayu akan jadi bangsa yang rendah martabatnya.

Tuesday, June 29, 2010

Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010

Kepala Batas, Pulau Pinang, 27 Jun 2010:

Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 telah selesai. Acara bola sepak dan bola jaring yang mempertandingkan kanak-kanak pra-sekolah PASTI dari seluruh negara termasuk Sabah meriah dengan gelagat para peserta.

PASTI, atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam kini terus diperkasa. Penerapan nilai-nilai pendidikan Islam bermula dari peringkat pra-sekolah menjadi suatu alternatif kepada para ibubapa dalam memastikan anak-anak mereka tidak bisa hanyut dalam arus deras kecelaruan fikrah, akhlak serta moral di samping penguasaan akademik.

PASTI yang sekian lama dibangunkan, kini semakin diterima masyarakat, temasuk masyarakat bukan Islam. Sistem pendidikan berteras Islam yang sitematik dan berkualiti menarik perhatian ibubapa yang menginginkan anak-anak merek terdidik dengan sempurna.

Jom kita tonton sedikit sebanyak video sukan PASTI ini....


Perasmian:


Perarakan Masuk:


Bola Sepak Final...


Thursday, June 17, 2010

Stadium itu tempat rakyat Kelantan bersolat hajat...


Fiesta Kelantan 2010 dirancang hebat. Persiapan untuk siaran langsung juga dibuat. Stadium Sultan Muhammad IV akan dipenuhi rakyat Kelantan. Agenda bersama kerajaan negeri dan kerajaan pusat dikatakan akan memenuhi jadual program tersebut. PM akan hadir bagi acara perasmian.

Namun pada sebelah petangnya....

KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Akibatnya, pada sebelah malamnya, hujan turun dengan lebat, disertai ribut. Balckout pula mngkelamkan acara malam itu. PM lari pulang, meninggalkan Dato Pa untuk merasmikan Feista itu.


KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Ada orang kata, itulah balasan tidak menghormati tuan rumah. Ada yang mengatakan itu balasan kepada mereka yang mempermainkan ulama.

Stadium yang sama sebelum-sebelumnya pernah dipenuhi rakyat Kelantan menunaikan solat-solat hajat memohon pertolongan ALLAH. Padang stadium itu jugalah tempat rakyat Kelantan merayu dan merintih di hadapan ALLAH, agar ALLAH memelihara negeri ini. Mereka memohon supaya ALLAH menyelamatkan negeri mereka daripada pengkhianatan demi pengkhianatan tangan-tangan jahat, di stadium itulah.


Maka sejarah mencatatkan, stadium itu menghalau pengkhianat rakyat Kelantan pulang, tanpa sempat merasmikan Pesta tersebut! Dan pada masa yang sama, si stadium itu jugalah orang yang bersubahat dengan pengkhianat rakyat Kelantan dimalukan, dengan hanya merasmikan majlis menggunakan Loud Hailer kerana bekalan elektrik terputus. Bilangan pengunjung pula sangat memalukan bagi majlis yang dirancang gilang gemilang...

Habis... mereka mengenepikan tuan rumah. Tuan rumah bersabar, dan hanya memboikot majlis mereka. Tuan rumah masih baik hati membiarkan mereka dengan majlis mereka tanpa niat membatal dan menghalau mereka keluar. Namun ALLAH tidak membiarkan hamba-hambanNya terus dipermainkan.

Wednesday, June 16, 2010

hai orang-orang yang prejudis...

Mukhtamar ke-56 dah selesai.

Perjuangan al-marhum Ustaz Hassan Syukri juga sudah selesai... (Al-Fatihah).
Yang tinggal adalah melaksanakan setiap usul yang diluluskan.

Ada orang Umno tanya, apa sudah jadi dengan Pas, menggadaikan prinsip dan dasar parti sehingga sanggup bersekongkol dengan orang kafir, dan membenarkan orang bukan Islam menjadi calon.

Apa sudah jadi dengan Pas?
Pas telah membuat transformasi dalam fiqh siyasah, dan tahaluf siyasi yang bakal menjadi suatu paradigma baru politik dalam negara kita khasnya.

Orang-orang Umno fahamkah apa itu fiqh siyasah dan tahaluf siyasi? Kalau tak faham, buang masa sahaja cerita panjang-panjang. Lebih baik kalah berhujah dengan ahli-ahli ilmu daripada bertegang leher dengan orang-orang Umno dalam jahil dalam bab ilmu.

Kalau mahu faham, orang-orang Umno kena ikuti muktamar-muktamar Pas sebelum-sebelum ini. Ikuti ucapan dasar, halatuju, dan perbahasannya dengan minda yang terbuka sebelum mengkritik. Cuba selami dan fahami agenda-agenda muktamar, bukan dengan minda prejudis. Anda akan faham insyaALLAH, apa yang Pas perjuangkan. Cara begitu lebih baik jika anda mahu benar-benar faham 'apa sudah jadi dengan Pas'. Bukan dengan cara menghadam ulasan singkat dan dangkal pemimpin-pemimpin Umno.

Begitu juga orang-orang Parti Islam, kami memahami apa agenda perjuangan Umno, kerana antara kami juga ada yang mengikuti Perhimpunan Agong Umno dalam kaca TV, secara langsung, dan diulang siar dalam berita-berita arus perdana. Kami dapat tahu apa yang Umno perjuangkan, lalu kami menolak Umno.

Anda orang-orang Umno tidak menolak perjuangan Pas melainkan hanya kerana emosi, semangat perkauman yang menebal, tidak mendapat maklumat secara terus melainkan ulasan atas ulasan semata-mata dan anda prejudis terhadap perjuangan Islam.

Kagum rasanya apabila melihat semula rentetan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, ratusan, mungkin ribuan orang-orang bukan Islam mendengar kalimah-kalimah ALLAH yang dibacakan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam ucapan-ucapan mereka. Orang-orang bukan Islam mendengar dan mengetahui akan kebenaran Islam, yang selama ini mereka tidak pernah mendengarnya. Bukankah itu adalah satu langkah permulaan yang baik dalam keadaan masyarakat majmuk di negara kita?

Orang-orang prejudis tidak melihatnya sebagai peluang dakwah kepada bukan Islam. Pas sebagai Parti Islam, mahu menyatupadukan ummah pelbagai bangsa dan keturunan di bawah satu payung, yakni Islam. Berbeza dengan orang-orang yang prejudis terhadap Islam, mereka mungkin hanya berfikir secara terhad dalam bab kesatuan ummah ini, lalu timbullah konsep 1Malaysia.

Hidayah adalah milik ALLAH. Kita hanya diseru berusaha menyampaikan ayat-ayat ALLAH kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Soal beriman atau tidak, bukan kerja kita. Mereka yang bukan Islam bebas memilih agama dan kepercayaan mereka tanpa dipaksa menganut Islam. Kita hanya menyampaikan hakikat kebenaran Islam. Tiada paksaan untuk mereka memeluk Islam. Lalu penubuhan DHPP adalah satu usaha murni ke arah merealisasikan tuntutan dakwah. Bagi orang-orang prejudis terhadap Islam, tidak hairanlah mereka akan mengatakan bahawa 'Apa sudah jadi dengan Pas' atau dalam ungkapan lain 'Pas sudah lari dari prinsip perjuangan'.

Wednesday, June 2, 2010

PM letak jawatan



TOKYO 2 Jun – Perdana Menteri Jepun yang berhadapan dengan masalah hari ini mengumumkan meletak jawatan kerana melanggar janjinya ketika berkempen untuk memindahkan Stesen Udara Futenma Kor Marin Amerika Syarikat (AS) keluar dari selatan pulau Okinawa.

Yukio Hatoyama merupakan Perdana Menteri Jepun keempat yang meletak jawatan dalam tempoh empat tahun.

Apa laa Perdana Menteri Jepun ni. Main letak saja jawatan. Mana dia pelan peralihan kuasa? Patut kena ada laa pelan peralihan kuasa, macam kat Malaysia ni. Baru maju...

Tuesday, June 1, 2010

PAS, PKR dan UMNO bergabung bantah Israel?

Maafkan saya. Saya tersilap tafsir bendera dalam gambar di bawah...


Bilakah PAS, PKR, UMNO, DAP, MCA, MIC akan turut bergabung dalam demonstrasi membantah serangan Israel ke atas konvoi bantuan ke Gaza seperti ini? Bendera nampak hampir sama dah... tapi sayang, rakyat Malaysia masih rendah tahap sensitiviti terhadap pencabulan hak asasi manusia ini.


Gambar di atas adalah dari Turki, rakyat Turki sudah pun membanjiri bandaraya bagi memprotes, ketika mana rakyat kita masih di depan televisyen sambil berkata "ish... ish.. ish...".
Ũ