© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, May 23, 2011

Sembang: merapu di malam hari...

Lama tidak berblog. Kepada die hard fan blog ini (ada ke?), kalau anda nak kecewa, silalah terus kan kekecewaan anda. :D. Sukar untuk tuan blog ini mengupdate blog. Dia sudah disibukkan dengan dunianya sendiri. Study-nya semakin memeningkan kepala otaknya. Tapi sempat pula dia bermain-main dengan animasi Senyum Kambing. Sempat pula dia publish video-video di Youtube. Sibukkah dia? Di facebook, kerap juga dia mencemar duli memberi komen status orang lain.

Apa yang dia sibuk sebenarnya sampai malas nak berblog? Mungkin jika ak bicara isu semasa, facebook lebih mudah dan banyak responden. Alam blog ni masih boleh tahan, tapi tak sepantas facebook. Dari blog aneroid09 ke facebook. dari themhakkstudio ke channel iQpresent di Youtube. Ahh... memang sibuk buat kerja tak berfaedah. bila nak fokus betul-betul dengan study? bila nak fokus betul-betul dengan perjuangan? Perjuangan? Ahh... adakah bunga-bunga futur mula tumbuh? Na'uzubiLLAH...

Hai tuan blog, fokuslah akal, emosi, minda, semangat dan gerak kerja ke arah objektif yang bermanfaat. Jangan kau ikut hatimu yang amarah. Jangan kau turuti perasaan mu yang kecewa. Jangan kau layan kemalasan dirimu. Jangan mudah berkecil hati dengan perkara dunia. Jangan kau abaikan adik beradikmu, ajaklah mereka berjuang bersamamu. Jangan kau buang sahabat-sahabatmu dek kerana amarahmu, kerana mereka adalah penolongmu di saat yang kau tak terduga. Jangan kau perlekeh musuh-musuh mu dek kerana kau rasa lebih hebat kerana itulah titik kejatuhanmu.

Hai tuan blog... apa yang aku merepek? Jika berguna, ambillah nasihatku. Jika menyampah, sila biarkan saja ia tercatat dalam entry ni... aku tak ada idea nak taip apa malam ini... just nak tunjuk bahawa blog ini masih hidup. Tuan blog masih memantau... WaLLAHU a'lam..

Tuesday, May 10, 2011

Animasi Senyum Kambing #1


Tuesday, March 15, 2011

Sembang Tsunami: Padan Muka Jepun?

Gempa bumi dan tsunami melanda Jepun secara combo. Ditambah pula dengan ancaman letupan loji nuklear. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Jepun yang dianggap antara negara maju di Asia tidak mampu berbuat apa-apa. Jepun tidak akan dapat bertahan sendirian tanpa bantuan
negara-negara lain sekalipun mereka maju dalam bidang teknologi, dan merupakan negara paling berpengalaman dalam menghadapi musibah gempa bumi dan tsunami.




Di samping kita menginsafi tragedi yang berlaku di negara matahari terbit itu, jangan kita sangka musibah yang sama tidak akan berlaku dalam negara kita hanya kerana kita beriman dengan ilmu kaji alam yang mengatakan negara kita terkeluar dari lingkaran api pasifik. Tidak
sekali-kali terlepas. Bumi ini adalah milik ALLAH, tidak kira dalam lingkaran api pasifik atau pun tidak, hanya Dia yang maha berkuasa mendatangkan nikmat ketenteraman ataupun musibah yang menggerunkan.

Tragedi yang berlaku di Jepun itu mengundang banyak persepsi. Ada yang rasa belas kasihan kepada mangsa. Ada yang bersikap tidak ambil kisah. Ada yang menyindir dengan gambaran kartun. Tidak terkecuali ada yang bertepuk tangan sambil berkata padan muka! Pihak yang berbelas kasihan mula menghulurkan bantuan. Yang tidak ambil kisah memang tidak mahu peduli susah senang orang lain. Yang menyindir sudah pun mohon maaf setelah mendapat bantahan masyarakat dunia. Tinggal lagi yang mengatakan padan muka kepada Jepun yang dilanda musibah.

Padan muka, kerana dulu tentera Jepunlah yang menyeksa tok nenek moyang kita dan menghuru-harakan negara kita. Biarlah mereka. Inilah balasan tuhan kepada kejahatan mereka. Lebih kurang begitu bunyinya sesetengah orang yang masih menyimpan dendam kepada Jepun. Perlu kita renung sejenak, apa untungnya kita berdendam. Malah generasi Jepun sekarang bukanlah sama seperti generasi perang dunia dahulu kala. Kalau dahulu mereka didoktrin dengan jaran komunis yang melampau, kini mereka bukan lagi berfahaman komunis. Kalau ada pun komunis yang moden dan sudah 'cair' kekomunisannya - tidak sekuat komunisnya Korea Utara lagi. Malah ramai anak-anak muda Jepun menjadi golongan yang tiada pegangan, free thinker dan sebilangan kecil sahaja masih berpegang dengan ajaran kuno Jepun.

Dalam keadaan pegangan kepercayaan masyarakat yang longgar terhadap agama dan ideologi nenek moyang mereka, missionari Kristian bergerak masuk mendoktrinkan ajaran Kristian di Jepun. Sebahagian besar generasi muda Jepun terpengaruh dengan ajaran Kristian, Ajaran ini walaupun mereka tidak amalkan sepenuhnya dalam kehidupan harian, tetapi ajaran Kristian menjadi pegangan kebanyakan generasi muda Jepun, menghakis ideologi Jepun kuno. Perubahan ketara pegangan generasi muda Jepun ini menimbulkan kebimbangan golongan tua yang masih mempertahankan adat dan budaya tradisional Jepun. Golongan muda mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak senonoh.

Islam menjadi agama minoriti di Jepun. Islam mula menembusi ideologi kuno Jepun ketika persahabatan kerajaan Jepun dengan kerajaan Turki Othmaniyyah. Beberapa general serta tentera jepun memeluk agama Islam. Pendakwah-pendakwah Islam berbangsa Jepun turut menyebarkan agama Islam. Islam masih menjadi agama minoriti di Jepun sehingga hari ini, namun perkembangan Islam di Jepun semakin rancak sejak akhir-akhir ini apabila pendakwa-pendakwah dari negara-negara umat Islam bergiat aktif menyampaikan Islam di sana, termasuklah pendakwah dari Malaysia, Indonesia, Pakistan serta negara-negara Arab yang lain.






Sekolah-sekolah rendah Islam mula diwujudkan. Anak-anak orang Islam berbangsa Jepun belajar bersama-sama dengan anak-anak orang Islam Indonesia, Malaysia, Pakistan dan sebagainya. Proses dakwah Islamiyyah terus berlaku di Jepun. Video-video klip pengislaman orang Jepun banyak dimuat-naik dalam youtube.





Oleh itu, 'padan muka' adalah satu ekspresi yang meluahkan dendam yang terbuku dalam hati, walhal umat Islam sepatutnya mempunyai minda dakwah yang mampu mengambil peluang menyebarkan kemuliaan Islam kepada umat dunia. Dalam keadaan survivor yang terselamat dalam malapetaka itu, pasti mereka merasakan sudah putus harapan, segalanya musnah. Tempat tinggal ghaib, harta benda musnah, ahli keluarga lenyap sekelip mata, maka kepada siapakah lagi mereka akan dapat menggantung harap?

Tentulah kita perlu membawa agenda dakwah, memberi harapan kepada mereka. Sesungguhnya hanya kepada ALLAH sahaja tempat pergantungan dan pengharapan. Dia Maha Hidup dan Maha Kekal selamanya. O-Nihonjin.... ALLAH ga yakudatsu yo!


Sekadar pandangan. Jika wujud kesilapan fakta, boleh sama-sama betulkan.

WaLLAHU a'lam.

Sunday, February 27, 2011

Kuda Tunggangan...

Beberapa berita di bawah adalah cerita mengenai kuda tunggangan... kalau dah nama parti lawan, macam-macam laa.... berbelit-belit pun takpa... :D

PAS kuda tunggangan PKR - Berita Harian













Sunday, January 16, 2011

Mari belajar berinteraksi dengan fitrah manusia

Antara faktor kejayaan dakwah adalah kebijaksanaan seseorang daei itu berinteraksi dengan fitrah mad'u.


Abu Sufyan r.a. memeluk Islam. Beliau adalah ketua kaum Quraisy ketika itu. Selain daripadanya, beberapa pimpinan Quraisy yang lainnya juga memeluk Islam. Di antara mereka adalah Sofwan bin Umayyah, Ikrimah bin Abu Jahl dan Suhail bin Amru. Kesemua mereka adalah peribadi hebat yang tidak pandai berpura-pura. Mereka memerangi Islam kerana yakin kepalsuan nubuwah dan masuk Islam hanya setelah yakin kebenarannya. Masing-masing mempunyai kisah keislamannya yang tesendiri dan bersama-sama RasuluLLAH s.a.w. melakarkan kemenangan Islam selepas itu.

Abu Sufyan r.a. disebut oleh Abbas r.a. sebagai seorang lelaki yang sukakan kemegahan diri. Lalu RasuluLLAH s.a.w. memberikannya satu pengiktirafan untuk dia bermegah dengan pengiktirafan tersebut. “Sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan dia aman. Sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dia aman. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dia aman.” Apakah bezanya berlindung di rumah Abu Sufyan dan berlindung di rumah sendiri jika kedua-duanya adalah tempat yang memberikan keamanan? Tetapi kebijaksanaan RasuluLLAH s.a.w. di dalam menyusun kata-kata yang memenuhi fitrah Abu Sufyan telah menjinakkan ketua kaum Quraisy ini.

Ada pun Ikrimah anak lelaki Abu Jahal, kebijaksanaan dan keberanian isterinya telah menganugerahkan Islam kepadanya. Beliau sudah pun lari ke Yaman dan berniat untuk mengakhiri hayatnya di sana. Isterinya, Ummu Hakim memohon kemaafan RasuluLLAH s.a.w. ke atas suaminya dan mencarinya untuk mengkhabarkan kepadanya keamanan yang diberikan oleh RasuluLLAH s.a.w. Keamanan yang diberikan kepada Ikrimah sebelum keislamannya membuka pintu kepada Ikrimah untuk bertemu RasuluLLAH s.a.w. di Mekah mengisytiharkan keislamannya. Beliau boleh meneruskan kedegilannya, tetapi pengisytiharan keamanan khas buatnya itu benar-benar menyentuhnya. Apabila pulang bertemu RasuluLLAH s.a.w., sekali lagi RasuluLLAH s.a.w. memberikan sentuhan kepadanya. “Akan datang kepadamu Ikrimah sebagai seorang mukmin muhajir. Janganlah kamu semua mencela ayahnya. Sesungguhnya mencela orang yang mati akan menyakitkan orang yang masih hidup dan celaan itu tidak akan sampai kepada yang mati.” Para sahabat r.a. yang mendengar arahan tersebut menyambut Ikrimah dan isterinya dengan mesra ketika mereka sampai. Apakah pilihan lain bagi seseorang yang telah diberikan keamanan dan sambutan mesra oleh musuhnya ketika dia berada di posisi lemah? Ikrimah r.a. memilih untuk memeluk Islam dan berjuang bersama RasuluLLAH s.a.w. Beliau mengotakan janjinya apabila menjadi salah seorang panglima perang di dalam peperangan memerangi golongan murtad di zaman Abu Bakar r.a.

Sofwan bin Umayyah meminta dua bulan tempoh keamanan daripada RasuluLLAH s.a.w. RasuluLLAH s.a.w. memberikan empat bulan tempoh keamanan. Sebelum peperangan Hunain, RasuluLLAH s.a.w. bertemu dengan Sofwan dan meminjam daripadanya 5,000 dirham dan beberapa baju besi untuk digunakan di dalam peperangan. Sofwan bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Adakah kamu memaksaku wahai Muhammad?” RasuluLLAH s.a.w. berlembut kepadanya dan berkata: “Tidak. Ia adalah pinjaman yang akan dibayar kembali.” RasuluLLAH s.a.w. membayar kembali selepas perang Hunain beserta ghanimah (harta rampasan) daripada perang Hunain. Tindakan itu membuka pintu hidayah kepadanya. Beliau berkata: “Demi ALLAH, tidak ada seorang pun di atas muka bumi yang lebih aku benci dari Muhammad. Baginda s.a.w. terus menerus memberikan ghanimah Hunain sehingga tidak ada seorang pun di atas muka bumi yang lebih aku sukai dari Muhammad.”

Suhail bin Amru seorang yang cerdik. Beliau adalah wakil Quraisy di dalam perjanjian Hudaibiah. Ketika perjanjian itu ditulis ‘BismillahirRahmanirRahim’, beliau berkata: “ALLAH kami tahu. Tetapi ar-Rahman dan ar-Rahim kami tidak tahu” dan mengarahkan agar dipadam kalimah ar-Rahman dan ar-Rahim. Ketika ditulis ‘Muhammad RasuluLLAH’, beliau mengarahkan dipadamkan kalimah ‘RasuluLLAH’ sambil berkata: “Kalau kami mengakuimu sebagai RasuluLLAH, nescaya tidak berlaku peperangan di antara kami dan kamu.” Pujian RasuluLLAH s.a.w. terhadap kecerdikan Suhail membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. RasuluLLAH s.a.w. berkata kepada anaknya, AbduLLAH: “Sesiapa yang berjumpa dengan Suhail bin Amru pasti tidak akan mengalihkan pandangan darinya. Demi ALLAH, Suhail mempunyai kecerdikan dan kemuliaan. Orang seperti Suhail tidak sepatutnya menjahili Islam.”

Sorotan ringkas kisah-kisah di atas menunjukkan RasuluLLAH bijaksana dalam berinteraksi dengan pada mad'u nya. Maka para daei, para naqib usrah, para pemimpin dan ahli gerakan Islam perlu bijak mengkaji fitrah para daei untuk melancarkan gerak kerja mengajak manusia kepada Islam.

WaLLAHU a'lam.

Thursday, January 6, 2011

Kerajaan berniaga dengan rakyat!

Sudah ramai penulis yang merintih mengenai kenaikan harga barang. Tidak kurang yang marah. Dalam posting ini, aku juga mahu ambil pot. Biar tercatat dalam sejarah hidup aku, yang aku juga tidak redha dengan kenaikan harga barangan. Negara kita tidak miskin. Pak-pak menteri hidup mewah. Tiada sebab untuk diperah keringat rakyat.




Harga petrol naik, harga gula naik, harga sayur naik, harga santan naik, harga minyak masak bakal naik... tunggu banyak lagi harga Barang Naik...

Kalau dulu apabila harga barang naik, pak-pak menteri akan bersuara, memujuk dan menasehati rakyat supaya menerima kenaikan harga barangan tersebut. Rakyat kena BERSYUKUR, harga barangan kita lebih murah dari negara bla-bla-bla... Rakyat kena BERDIKARI, tak boleh harap subsidi dari kerajaan semata-mata. Rakyat kena JAGA KESEHATAN, jangan makan banyak gula (sayur pun kena kurangkan makan juga?).

Itu dulu, sekarang harga minyak dinaikkan tengah malam. Pak pak menteri membisu. belum sempat orang nak mengamuk, harga santan naik, pak-pak menteri buat tak tahu. Harga minyak masak bakal naik... mungkin juga pak-pak menetri akan terus buat kerja sendiri, tak mahu ulas. RUpanya itu method baru. Naikkan saja harga, jangan peduli pada siapa, jangan ulas... rakyat akan terkejut sebentar saja. Rakyat akan mengamuk sekejap saja. Orang Melayu akan cepat cool. Orang Melayu kan boleh bersabar. Orang cina takpe, sudah kaya, tak effect sangat kenaikan harga.

Nampaknya kerajaan kita sudah terang-terang berniaga dengan rakyat. Barang keperluan bukan lagi dijaga oleh kerajaan sebagai kebajikan, tetapi sudah bertukar menjadi barang dagangan, dan memaksa rakyat menjadi pembeli. Mahu tidak mahu, rakyat terpaksa membeli untuk meneruskan kehidupan. Kerajaan tidak lagi menjaga kebajikan. Kerajaan kini semakin bijak memeras keringat rakyat demi keuntungan pihak kerajaan. Mahu diberitahu kepada dunia, kerajaan kita adalah kerajaan yang kaya, pandai berniaga, hebat mengurus. Walhal rakyat menderita.

Kita negara pengeluar minyak petrol, tapi rakyat terpaksa tanggung kos yg tinggi untuk beli minyak petrol. Kita negara pengeluar minyak masak, rakyat terpaksa mencatu minyak masak. Bekalan gula berlambak-lambak, kerana dasar tidak berteraskan kebajikan, harga gula menjadi naik.

Alasan basi yang masih dikitar semula adalah subsidi. Rakyat tidak perlu bergantung sangat kepada subsidi. Petronas untung banyak. felda untung banyak. Banyak lagi company-company kerajaan peroleh keuntungan. Maka laba untuk kerajaan juga bertambah banyak. Tetapi tidak setitik pun mahu dicurah kepada rakyat. Pemberian subsidi adalah kaedah membahagikan keuntungan negara kepada rakyat. Majoriti rakyat akan dapat.

Kalau sekadar naikkan elaun/bonus kakitangan kerajaan, yang bukan kerja dengan kerjaaan takkan dapat. rakyat Malaysia bukan hanya kakitangan kerajaan. Bonus PNB kepada pencarum, yg tiodak mencarum tak dapat. Subsidi adalah salah satu cara yang membantu rakyat secara tidak langsung. Subsidi kepada syarikat kroni lebih diutama, apa boleh buat.

Ingatlah hai kerajaan. Apabila kerajaan itu berniaga dengan rakyat, tunggulah kehancuran ekonomi negara!

Tahun baru 2011 dimulai dengan kenaikan harga barang. Dana untuk pilihnaraya mesti diperah dari rakyat. PRU13 sudah dekat. Kamu naikan harga, kami akan turunkan kamu! Selamat mengisi minyak 2011.

Monday, January 3, 2011

Memanglah bermotifkan politik...

Penolakan Khusrin bermotif politik

BAGAN DATOH 2 Jan. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menolak pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebagai bermotifkan politik.

Selain itu beliau juga menganggap, kebimbangan kononnya akan wujud krisis perlembagaan berikutan pelantikan berkenaan hanyalah andaian semata-mata.

''Tiada krisis perlembagaan dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin sebaliknya segala yang terjadi akibat 'krisis minda' di kalangan pemimpin pakatan pembangkang,'' katanya.

Mesti laa bermotif politik. Takkan bermotifkan ekonomi pula? Takkan bermotifkan saja-saja? Perlantikan Khusrin itu sendiri adalah bermotifkan politik. Untuk apa Kusrin dilantik jika bukan kerana motif politik? SUK adalah setiausaha kerajaan negeri, bukan penjual sayur. SUK adalah jawatan dalam pentadbiran sesebuah negeri, bukan jawatan pemandu teksi. Jadi memang lah bermotif politik. Ambil pengajaran dari isu rampasan kuasa di Perak, SUKnya terlibat.

Thursday, December 16, 2010

Sembang: divert isu

Wikileaks bikin isu kenaikan harga 4 dalam 1 tenggelam. Isu gantung Anwar dan MP-MP Pakatan Rakyat dapat divert isu rakyat - kenaikan harga barang akibat kenaikan 4 dalam 1. Kenaikan 4 dalam 1 - kenaikan harga petrol, deisel, gas, dan gula sepatutnya menjadi tajuk perbincangan rakyat, kini berjaya dialih dan ditengelamkan oleh isu Wikileaks - pendedahan Wikileaks terhadap isu liwat Dato Seri Anwar.

Berita-berita yang bersangkutan dengan kenaikan harga barang tidak disentuh lagi. Biarlah rakyat lupa. Lain kali boleh naik lagi. Mudah sekali minda rakyat Malaysia disorong-tarik oleh umno/Bn melalui propaganda media arus perdana. Bagi rakyat yang hanya mendapat maklumat berchannelkan RTM/TV3 sahaja, memang mereka akan beriman sepenuhnya dengan kata-kata Umno/BN.

Kita rakyat, biarkan mereka bicara pasal wikileaks. Itu urusan mereka nak dakwa Anwar. Kita usah hanyut dengan mainan itu. Jangan kita terikut dengan rentak politik yang menguntungkan mereka, tetapi merugikan kita rakyat Malaysia. Anwar liwat atau tidak, Wikileak betul atau tidak, biar keadilan sistem perundangan yang memutuskan. Usah kita buat andaian itu dan ini.

Kita fokus kepada isu kebajikan rakyat yang sewenang-wenangnya dicabul oleh pemerintah. Isu kenaikan harga barang tidak diberi penjelasan yang konkrit. Semua alasan tidak masuk akal. Ada ke patut mengatakan kenaikan harga petrol, gula, dll adalah untuk mengurangkan aktiviti penyeludupan? Harga gula dinaikkan untuk mengajar rakyat menjaga kesihatan?

Sudahlah alasan tak logik, kini isu tersebut cuba ditenggelamkan. Bahaya jika rakyat terus membangkitkan persoalan ini. Bahaya... biarkan ia sejuk. Timbulkan isu-isu lain untuk divert. Biar rakyat dan pakatan pembangkang sekalipun turut bergelumang dengan isu baru, melupakkan isu kenaikan harga barang.

Rakyat Malaysia amat baik. Terutama orang-orang Melayu, sikap suka memaafkan kesalahan pemerintah yang sering tidak memihak kepada kebajikan rakyat. Gaji menteri tidak sanggup dipotong hatta RM10 untuk kebajikan rakyat. Biarlah rakyat terus menderita. Kerana penderitaan ini akan menguntungkan Umno/BN. Semasa kempen pilihanraya mereka akan turun berjumpa rakyat yang menderita seolah-olah al-masih penyelamat. Merekalah saviour... merekalah sayur... Rakyat akan undi mereka.


WaLLHU a'lam.

p/s: Habis merepek petang-petang...


Friday, December 10, 2010

Sembang: Jangan berputus asa sekali-kali...

Ni entry sembang-sembang saja... tak penting.

Pagi tadi aku pergi ke makmal. Menunggu akhi Zulfirdaus datang makmal. Agak lama menunggu, tak datang-datang juga. Beberapa kali calling, tak diangkat. Aku mahu dia uruskan chemical yang kami tindakbalaskan semalam. Aku lihat chemical itu sudah sedia untuk ditapis. Aku call sekali lagi, masih tak berjawab.

Jam hampir pukul 10.30 pagi. Ini sudah buang masa banyak nih. Getus hati kecil ku. Aku fikir aku mesti mulakan aktiviti menghasilakn epoxy composite dengan CNT. CNT.... CNT... aku mencari-cari CNT dalam locker tempat aku simpan segala radas dan chemical. Aih... tak jumpa pulak. Di mana aku letakkan pillbox yang berisi CNT tu?

Aku geledah lagi. Kali ini aku cari dengan lebih usaha sedikit dari mula-mula tadi. Aku alih-alihkan radas-radas lain. Aishhhehh... tak ada juga? Aku mula risau. CNT tu dah laa susah mau dapat. Kalau tak ada juga aku terpaksa mengadap Dr Rahim di skul mekanik lagi sekali. Aku cuba recall balik, bila last time aku guna CNT.

Memori aku terus saja imagine 2 hari lepas aku gunakan CNT. Masih segar dalam ingatan, yang aku terus saja letakkan botol berisi CNT itu di dalam locker. Aku geledah sekali lagi untuk mendapat kepastian. Habis semua radas aku alih. Ah... masih tak jumpa.

'ni mesti ada orang ambil ni!' getus hati kecilku yang agak kecewa. Kemudian bertukar menjadi sedikit marah. 'kalau aku dapat orang yang ambil....' belum sempat hati aku meneruskan ayat itu, aku tersedar, ini hembusah syaitan. Aku cepat-cepat beristighfar. Persetan punya syaitan. Sapa laa yang nak ambik CNT aku. Aku marah balik pada hati kecilku dan juga syaitan yang menghasut aku.

Tapi kalau takda orang ambil, macamana boleh hilang? Aku cuba recall balik. Sah aku letak dalam locker. Aku yakin 100%. Memang tak ada tempat lain dah yang aku letak! Aku cari sekitar mana yang aku bawa CNT itu. Aku selongkar lagi locker buat kali terakhir. Masih tak jumpa. Berpeluh aku dibuatnya.

Aku bertenang dan cuba mengingati betul betul. Ah, mungkin dalam labcoat! Maybe dalam labcoat aku. Kadang-kadang aku terbiar sesuatu dalam labcoat aku. Segera aku ke keretaku mengambil labcoat aku dan mencari dalam poketnya. Ah... kecewa sekali... tak ada juga! Aku kembali ke makmal.

Jam sudah hampir pukul 12 pg. CNT adalah satu chemical yang agak mahal untuk aku beli sendiri. Aku hampir-hampir berputus asa. Mahu saja aku balik ke rumah sewa untuk menenangkan jiwa - dengan tidoq... Ops... Aku tak boleh berputus asa. Berputus asa adalah sikap iblis. Aku tak mahu jadi macam iblis. Mungkin belum cukup usaha aku untuk mencari CNT itu, atau ALLAH sengaja menguji aku. Recall sudah, mencari-cari pun sudah. Aku terfikir ada satu benda lagi yang belum aku buat. Berdoa, mohon pertolongan ALLAH.

'Ya ALLAH, aku mohon Kau pertemukan aku dengan CNT-ku.. Aku sangat yakin aku letak dalam locker ini, aku juga dah cari semampu aku, tapi tak jumpa, tolonglah ya ALLAH. Kalau ada orang tersalah ambil, lembutkanlah hatinya supaya memulanngkannya kepadaku semula...'

Aku termenung memikirkan apa yang patut aku buat. Nak teruskan tapis chemical semalam, Zulfirdaus tak datang-datang. Nak prepare komposit, CNT pulak tak ada. Aku pun bercadang mahu balik rumah sewa. Boleh rehat-rehat sebelum Solat Jumaat.

Aku men-shut down-kan latopku, bersiap-siap mahu pulang. Baru saja aku nak ambil sarung laptopku yang terletak atas rak di belakangku, aku terpandang satu labcoat. Rasa macam ada yang tak kena dengan labcoat ini. Bukan labcoat aku. Hampir kurang lebih 10 saat aku terpaku melihat labcoat itu. Oh yaa... labcoat inilah yg aku pakai semasa menggunakan CNT dua hari lepas. Bukan labcoat aku yang ada dalam kereta. Lantas aku segera mencari botol CNT tersebut.

AlhamduliLLAH! Aku dapat menjumpai semula botol CNT-ku. Tak dapat aku bayangkan betapa leganya aku. AlhamduliLLAH. tsumma-AlhamduliLLAH...

Aku terasa insaf seketika. ALLAH mendengar rayuanku. ALLAH perkenan permintaanku. Sedangkan aku sering lalai daripada mengingati-Nya. Aku sering melanggar peraturan-peraturan-Nya. Ya ALLAH, maafkan aku... bantulah aku untuk menjadi hamba-Mu yang bersyukur dan taat kepada-Mu.

AlhamduliLLAH, aku dapat juga prepare sedikit komposit pagi tadi.

Moral yang aku dapat untuk diriku dan sesiapa yang mahu ambil iktibar:

1) Jangan sekali-kali berputus asa, teruskan berusaha. Peristiwa tadi itu mungkin tarbiyah dari ALLAH, simbolik supaya terus berusaha dan berdoa. InsyaALLAH, ALLAH akan bantu kita.

2) jangan pandai-pandai pakai labcoat orang lain, tanpa kebenaran walaupon sekejap, walaupon kita rasa tak ada tuan. :D

WaLLAHU al'lam...

Friday, November 26, 2010

Mana ada Ekspo Cheng Ho... tipu semua tu.


Kerajaan negeri Kelantan tak pernah pun menganjurkan Expo Cheng Ho. RTM, TV3 dan semua spesis media satu keturunan ini tak buat liputan pun. Koman-koman buat laa liputan macam Sua Rasa dan jom heboh. Ekspo Cheng Ho nampak macam antara Kelantan dan China, bukan Malaysia-China. Kelantan seolah-olah macam bukan Malaysia. Sebab tu tak ada liputan. Wartawan-wartawan media-media satu keturunan ini memang tak nampak pun kerajaan negeri buat Expo yang begini besar.

Sama seperti mereka tak nampak kerajaan negeri Kedah bantu mangsa banjir. Terus claim kerajaan negeri tak buat kerja bantu mangsa banjir. Itulah hakikat yang kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat kena terima, selagi tiada media sendiri. Masa awal-awal kemenangan dulu, dengar kata nak buat akhbar harian alternatif sendiri sebagai pengimbang kepada media-media berat sebelah arus BN. Tapi sampai nak masuk PRU13 dah, tak nampak pun lagi... mungkin susah kut.



Ũ