© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, July 15, 2009

PM Turki di depan lagi... mana PM 1Malaysia?

PM Turki bertindak lagi. Selepas Presiden Israel, kali ini lantang pula mengkritik China dalam isu Xinjiang.


Baca di sini:
Turkey PM told to retract Xinjiang ‘genocide’ claim

Rakyat Islam Xinjiang ditindas oleh kuffar. Mana PM 1Malaysia. Lantangkan suara membela umat Islam di sana, sebagaimana 'bagusnya' ucapanmu di Ijtimak Tabligh tempohari. Ayuh!!

Tekanan terhadap umat Islam di Xinjiang, PM mesti jelaskan


Perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China, sehingga beratus orang terkorban dan lebih seribu orang ditangkap oleh pihak berkuasa China sungguh membimbangkan. Dalam hal ini, sebagai parti yang mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan umatnya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) menggesa Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak yang baru saja mengadakan lawatannya ke China, menjelaskan secara terperinci situasi ummat Islam yang berada di Wilayah Xinjiang, khususnya di kawasan Urumqi. Pada masa yang sama beliau diminta untuk memaklumkan keadaan keselamatan masyarakat Islam Malaysia yang menetap di sana, sekiranya ada.

Dengan memahami pihak berkuasa komunis China mengawal ketat semua sumber berita di negara berkenaan, agensi media asing melaporkan pertelingkahan kaum telah dicetuskan oleh puak pemisah Islam Uighur bersenjatakan pisau dan kayu belantan sehingga membabitkan sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh dan kira-kira hampir 1,000 orang tercedera. Malah, pihak polis China juga sedang menjalankan operasi menangkap secara besar-besaran suspek rusuhan sekitar 1,500 orang, kebanyakannya kaum Uighur yang dikatatan menjadi punca rusuhan berlaku.

Selaras dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke China pada bulan Jun lalu dengan maksud memperluaskan hubungan Malaysia-China, menyambung tradisi yang pernah dilakukan oleh Allahyraham Tun Abdul Razak sebelum ini, Dato Seri Najib bertanggungjawab memberikan penjelasan di Parlimen jika boleh, rusuhan yang telah membunuh dan mencederakan umat Islam di Xinjiang yang mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia.

Sehubungan itu, kerajaan perlu menilai semula hubungan diplomatiknya dengan China jika China tidak dapat menjelaskan kedudukan yang sebenarnya termasuklah memanggil Duta China untuk memberikan penjelasan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia. Konsep “One Malaysia” Dato Seri Najib yang menghimpunkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia tidak akan menjadi realiti dan hanya retorik politik sahaja jika beliau tidak dapat memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di Xinjiang pada masa kini.


No comments:

Ũ