© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, March 24, 2008

Cipta banyak musuh, kini Pak Lah ingin bermusuh dengan Sultan Mizan!


Sejak kebelakangan ini, kita dihamburkan dengan berita-berita yang memperlihatkan Menteri Perdana kita mencipta musuh demi musuhnya.


Menteri Perdana sebelum pilihanraya, sudah kita nampak tidak sebulu dengan memanda gurunya, Tun Dr Mahathir dalam banyak isu. Dia ibarat lawan tauke yang menaikkannya menjadi Menteri Perdana. Hal ini menyebabkan memanda gurunya itu terpaksa berhempas pulas mendedahkan skandal demi skandal Menteri Perdana dan anak menantunya seperti yang kita sedia maklumi.


Tidak habis dengan itu, kita lihat pula Menteri Perdana mencantas calon-calon BN yang tidak sehaluan dengannya dan kroni-kroninya. Kita lihat bagaimana orang yang tidak pernah kita ketahui dipilih menjadi calon dalam pilihanraya, yang mencetuskan rasa tidak puas hati daripda bekas-bekas YB sebelumnya yang tidak dipilih.


Selepas pilihanraya, keputusan BN yang amat tidak membanggakan pihaknya, kedengaran suara-suara meminta Presiden Umno ini meletakkan jawatannya. Tetapi ketabahan dan kecekalan sang presiden dengan saki baki kekebalan kuasa yang ada, dia terus menerajui parti berkurap itu, membelakangi suara-suara yang datang juga datangnya dari beberapa tokoh Umno seperti Ku Li, Dr M, Mukhriz dan sebagainya.


Dalam keadaan ini kita lihat Team Najib masih lagi tunduk kepada sang Presiden ini dangan memberi taat setianya kepada sang presiden yang terus memegang jawatan Menteri Perdana. Ketua wanita yang lantang berbicara, sang nenek masih berdiam diri. Sang nenek ini dahulunya sangat kuat membela Tun Dr M sewaktu orang tua ini masih presiden Umno. Kali ini dia tidak bersama dengan bekas presiden itu kerana 'terluka' dengan serangan isu AP. Dengan itu, dia dilihat tidak mahu mencampuri urusan orang tua itu dengan Memanda Menteri dan cenderung membela Menteri Perdana yang sudah berkuasa semula.


Alkisahnya, pembentukan kabinet yang baru Menteri Perdana , sang nenek yang lantang dan garang ini tidak dipilih menganggotai kabinetnya walaupun menang, dan orang yang kalah pula dilantik! Alangkah berangnya si nenek tua ini dan hampir-hampir menangis. Setelah dipujuk entah bagaimana, si nenek ini akhirnya akur dengan takdir yang menimpanya akibat percaturan si budak hingusan Khairy pada hematnya. Si nenek ini khabarnya seorang pendendam yang sangat berbisa. Kita tunggu tindakan selanjutnya selepas dia tidak berkeputusan meletakkan jawatan sebagai ketua wanita Umno. Bermakna Menteri Perdana mencipta lagi satu musuh, yang berkeputusan bertempur dari dalam.


Kita akan menanti bagaimana Menteri Perdana ini akan menghadapi serangan-serangan pelbagai penjuru. Serangan dari luar yang diketuai oleh Anwar Ibrahim bersama-sama pakatan BA yang telah membawa pergolakan Tsunami kepada BN, dan serangan dari dalam yang dilihat banyak penjuru. Ku Li sudah mencabar secara terang-terangan, dan disokong pula oleh Dr M. Surat dari Mukhriz yang memintanya meletak jawatan, sepatutnya Mukhriz diambil tindakan, tetapi Pemuda pula berkata tiada tindakan. Team Najib sudah mula menderhaka secara senyap walaupun si Najib masih kelihatan tunduk dan patuh kepada Menteri Perdana itu.


Belum pun reda dengan serangan pelbagai penjuru, dari dalam dan luar, kini Menteri Perdana itu mencipta lagi musuh! Kali ini dia memilih untuk bermusuh dengan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan! Isu MB Terengganu ini akhirnya mengheret Menteri Perdana ini bermusuh dengan orang nombor satu negara. Bermusuh dengan Istana. Usahanya mempertahankan Idris Jusoh sebagai MB tidak sebulu dengan Istana, malah membiarkan Adun-adun BN itu memboikot majlis angkat sumpah!


Menteri Perdana sudah menderhaka kepada Sultan! Menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat, kenapa Idris begitu penting bagi Menteri Perdana dan 22 Adun Umno tersebut sehingga sanggup menderhaka sultan yang menjadi payung rakyat?


Sekarang kita tunggu dan uat apa yang kita mampu. Kita tengok, siapa pula bakal menjadi musuh Menteri Perdana. Apakah raja-raja Melayu akan bangkit apabila kredibiliti Yang diPertuan Agong diperlekeh, itu kita nantikan. Ingat, raja-raja Melayu kini berkuasa semula setelah dulunya kuasa mereka disekat oleh kuasa 2/3 BN di parlimen!

No comments:

Ũ