© The Mhakk Studio

You are being watched!

Sunday, March 30, 2008

Jagalah solat anda!

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian :
Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): ”Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”



Solat adalah perbezaan antara Muslim dengan non-Muslim. Islam dan kafir. Solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia telah merosakkan agamanya. Rosak agama dalam dirinya, bererti dia telah membuka ruang dalam dirinya untuk terpengaruh dengan bisikan iblis, melakukan perbuatan keji dan mungkar.


Orang yang meninggalkan solat, diragui keislamannya! Solat adalah WAJIB walau di mana kita berada. Walau apa pun keadaan kita. Selagi memenuhi syarat wajib solat, maka kita WAJIB bersolat. Solat adalah penghubung seorang hamba kepada Tuhannya.


Solat adalah kekuatan umat Islam. Semakin banyak solatnya, semakin hampir dia kepada ALLAH. Solat yang dimaksudkan adalah solat yang khusyuk dan ikhlas kepada ALLAH. Lihat sahaja Sultan Salahuddin al-Ayubi (Saladin). Tenteranya yang tidak bangun solat sunat pada waktu malam, tidak diizinkannya berperang di barisan hadapan. Hanya orang-orang yang bersolat dan berqiamullail berada di barisan hadapan, seterusnya berjaya memenangi peperangan itu.


Ayuh, bicara tentang solat tidak akan selesai huraiannya kerana pengertian solat itu sangat luas kepada kehidupan manusia, samada dari segi agama, sains, politik, dan sebagainya. Oleh itu, jangan kita abaikan solat.

No comments:

Ũ