© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, April 10, 2008

Hentikan siasat, hukum aktivis siswa

Dipetik dari: Malaysiakini
Sebuah badan bukan kerajaan hari ini menggesa pihak universiti dan polis menggugurkan tindakan terhadap dua pemimpin siswa yang terlibat dalam Parti Mahasiswa Negara (PMN) ketika pilihanraya umum lalu.

Pusat Kewartawanan Independen (CIJ), yang memantau isu-isu media dan hak kebebasan bersuara, berkata pertuduhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan siasatan polis terhadap pelajar Universiti Malaya (UM) "menafikan hak-hak mereka berpersatuan dan menyuarakan pandangan politik."

"Mahasiswa universiti tidak wajar didiskriminasi daripada pembabitan politik menggunakan undang-undang (Akta Universiti dan Kolej Universiti) itu, yang sering dikecam kerana digunakan untuk menghukum mereka yang berbeza pandangan," kata pengarah eksekutifnya Gayathry Venkiteswaran (foto kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

"Mereka berhak menyertai proses pilihanraya kerana syarat umum minimum (penglibatan seseorang warga) ialah 21 tahun."

Sejak minggu lalu Malaysiakini mendedahkan, Meor Isfandi Meor Azizan, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik UIA, dipanggil untuk menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu.

Meor Isfandi menghadapi dua pertuduhan, pertama memberikan kenyataan umum mengenai penubuhan dan agenda PMN di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada 7 Januari lalu dan kedua, dituduh menubuhkan PMN.

Sekumpulan mahasiswa ke pejabat SPR awal tahun ini untuk mendaftarkan penubuhan PMN bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12.

Parti yang belum didaftarkan itu mendakwa mendapat sokongan 2,000 pelajar institusi pengajian tinggi.

Prosiding tatatertib terhadap Meor Isfandi - yang dijadual Isnin - ditangguhkan kesuatu tarikh yang belum ditetapkan dan sebab-sebab penangguhan tidak dimaklumkan.

Selain siswa UIA itu, seorang pelajar semester akhir UM yang memimpin PMN disiasat polis minggu lalu berhubung satu kenyataannya di kawasan parlimen Rembau - kerusi itu kini dimenangi naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Azlan Zainal, presiden penaja PMN, berkata seorang pegawai polis berpangkat asisten supritenden datang bertemunya Isnin minggu lalu.

Pegawai polis daripada ibu pejabat polis Negeri Sembilan ingin mendapatkan maklumat peribadinya dan juga penjelasan lanjut berhubung kenyataan akhbarnya di Dataran Senawang pada 2 Mac lalu.

Menurut Azlan, pertemuan pegawai itu dengan beliau memakan masa dua jam di pejabat ijazah dasar, Akademi Pengajian Islam - tempat beliau menuntut dalam jurusan bioteknologi dan agama.

No comments:

Ũ