© The Mhakk Studio

You are being watched!

Saturday, April 5, 2008

Klasifikasi Jamaah

Oleh: Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi

Jamaah adalah umum . Di sana ada Jamaah yang tidak menepati sifat Harakah Islamiyyah atau Jamaah yang bergerak dan berjuang menyebarkan agama Allah, mendidik ummah dan memimpin mereka serta berjuang dalam skop Islam yang Syumul ke arah mendaulatkan syariat Allah swt dan mengembalikan Khilafah Islamiyyah di muka bumi ini .

Sebaliknya Jamaah ini hanyalah mengambil satu juzuk yang kecil daripada amal islami seperti Jamaah Kebajikan yang hanya mengurus soal kebajikan anak - anak yatim , khairat kematian dan seumpamanya .

Ada pula Jamaah yang hanya mengambil aspek mengajak masyarakat berbuat baik tanpa melihat kepentingan perlaksanaan undang-undang syariat serta tidak juga melihat kepentingan bertindak menentang kemungkaran . Mungkin dengan alasan kalau semua orang sudah menjadi baik , maka secara automatiknya mungkar akan hilang .

Ada pula Jamaah yang hanya berlegar di ruang hawa dingin dengan pembentangan kertas kerja- kertas kerja Ilmiah di bilik seminar dan simposium . Membincangkan permasaalahan Islam penuh teoritik tanpa terjun ke medan berhadapan dengan permasaalahan ummah yang sebenar dan bergelumang pula dengan segala konflik yang dihadapi oleh ummah .

Ada Jamaah yang terhenti di atas majlis - majlis ibadah seperti wirid zikir , selawat dan berqasidah serta solat nawafil yang banyak tanpa mengambil kira penyakit barah yang dialami oleh masyarakat dan ancaman moral serta aqidah yang melingkari daerah mereka .

Ada Jamaah yang mungkin telah melakukan pelbagai aktiviti amal islami , tetapi mereka akur dan tunduk kepada pemerintah yang enggan melaksanakan syariat Allah swt. dan melakukan maksiat serta menaja mungkar yang meleka dan melalaikan ummah dengan alasan , ruang untuk mereka melakukan amal islami masih terbuka , sementara pihak yang lain masing – masing ada tanggungjawab masing -masing untuk menjaga akhlak dan aqidah .

Begitulah pelbagai warna Jamaah yang wujud .

Berkemungkinan sukar untuk memperolehi Jamaah yang sempurna begitu , tetapi sekurang – kurangnya ada jamaah yang dilihat hampir dengan kriteria Jamaah yang dikehendaki oleh Allah swt. dengan 5 sifat yang Allah gariskan dalam surah Al Maidah Ayat 54 berbanding Jamaah yang kedudukan mereka sangat jauh dari garis sempadan ilahi .

Firman Allah swt. yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman ! sesiapa yang berpaling dikalangan kamu dari agamanya maka nescaya Allah swt akan mendatangkan satu golongan :

1. Allah kasih kepada mereka , mereka kasih kepada Allah swt.
2. Bersikap lunak sesama orang yang beriman
3. Bersikap tegas terhadap orang-orang yang ingkar
4. Mereka berjihad di jalan Allah swt dan
5. Mereka tidak takut celaan orang-orang yang mencela .

Demikian itu kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah swt. adalah Tuhan yang Maha luas PembendaharaanNya lagi Maha Mengetahui .
Surah Al Maidah : 54

Apakah kita tidak boleh membezakan Jamaah yang berjihad di jalan Allah swt. untuk mendaulatkan syariat Allah dengan Jamaah yang tidak berjuang untuk mendaulatkannya .

Apakah kita tidak boleh membezakan Jamaah yang berani berkata benar demi menegakkan agama Allah dengan Jamaah yang tunduk dan takut kepada penguasa yang zalim dan angkuh .

No comments:

Ũ