© The Mhakk Studio

You are being watched!

Saturday, April 5, 2008

Menyertai parti/organisasi untuk berjuang menegakkan kerajaan Islam

Dalam usaha menegakkan agama dan mendaulatkan Syari’at Allah serta hukum-hakamNya di atas muka-bumi ini, umat Islam diperintahkan supaya berdakwah dan berjihad menggunakan segala tenaga dan kemampuan yang ada pada mereka.

Tanggungjawab berdakwah dan berjihad ini tidak diperintahkan supaya dilaksanakan secara individu atau perseorangan sahaja, tetapi juga dengan jamaah. Ini dapat difahami dari firman Allah;

وَلْتــَكُن مِنكُمْ أمـَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَى الْخَيْرِ وَيـَأْمُرُوْنَ بــِالْمَعْرُوْفِ وَ يَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ (آل عمران) : 104
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) menyeru kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)”.

Menurut Tafsir Al-Jalalain, kalimah al-Khair (الخير) yang tersebut dalam ayat ini maksudnya ialah “Islam” (الإسلام). Di dalam hadis pula, Rasulullah menerangkan maksud al-Khair yang tersebut dalam ayat ini ialah ; “Menurut al-Quran dan sunnahku”.(Tafsir Al-Alusi).

Dari ayat ini dapat kita fahami bahawa Allah memerintahkan kita supaya mengajak manusia kepada Islam, menyeru kepada makruf dan mencegah mereka daripada perkara maksiat dan munkar. Dan dalam melaksanakan tugas dakwah ini diperintahkan supaya dilakukan secara berjamaah atau berkelompok.


Termasuk berdakwah kepada Islam ialah mengajak manusia untuk menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam kerana tanpa kerajaan atau pemerintahan Islam, mustahil ajaran Islam itu dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti yang dituntut oleh Allah. Ini telahpun dijelaskan dengan panjang lebar dalam huraian-huraian yang telah lalu.


Menegakkan sebuah kerajaan atau pemerintahan yang melaksanakan sepenuhnya hukum-hakam dan undang-undang Islam merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu sekelian umat Islam. Sepertimana kewajipan-kewajipan yang lain, mereka mesti memikirkan bagaimana untuk melaksanakannya. Kewajipan ini bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan secara individu atau perseorangan. Ia hanya mampu dilakukan secara berjamaah sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam usaha menubuhkan Kerajaan Islam Madinah dan mempertahankannya daripada dihancurkan oleh musuh.


Perjuangan secara berjamaah sahaja yang mampu untuk memikul tugas dan tanggungjawab besar menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam. Dengan cara ini sahaja cita-cita menegakkan kerajaan Islam akan berjaya. Atas sebab inilah, para ulama’ harakah hari ini telah menegaskan dengan bersungguh-sungguh bahawa menubuhkan kumpulan, parti atau jamaah Islam pada zaman ini dikira suatu kewajipan semasa berdasarkan kaedah Syara’ yang disepakati oleh para ulama’ iaitu:

مَاْ لَاْ يَتـِمُّ الْوَاْجِبُ إِلَّاْ بــِهِ فَهُوَ وَاْجــِبٌ
“Apa-apa urusan yang tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya maka ia juga turut menjadi wajib”.

Menegakkan kerajaan Islam adalah wajib. Oleh kerana kewajipan ini tidak akan boleh dicapai tanpa ada jamaah atau parti yang memperjuangkannya, maka menubuhkan parti atau jamaah itu adalah wajib. Kewajipan ini sama seperti kewajipan-kewajipan yang lain yang tidak ada nas yang nyata daripada al-Quran atau as-sunnah tetapi dianggap wajib oleh Syara’ kerana ia membantu melaksana kewajipan-kewajipan yang disebut secara nyata oleh al-Quran dan as-sunnah. Ia sama seperti kewajipan berjalan ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat jumaat, kewajipan membukukan al-Quran untuk menunaikan kewajipan menjaga al-Quran, kewajipan belajar dan berlatih menggunakan senjata untuk melaksanakan kewajipan berjihad dan sebagainya.


Apatahlagi dalam suasana hari ini, dengan kemunculan pelbagai parti sekular yang memperjuangkan ideologi politik sekular (sama ada yang bersifat Nasionalis, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan sebagainya) dan berusaha menegakkan kerajaan sekular, maka amat malanglah bagi masa depan Islam jika umat Islam yang diberi kemuliaan oleh Allah untuk menjadi penganut Islam tiba-tiba tidak berkesedaran untuk menubuhkan parti Islam, yang memperjuangkan fahaman politik Islam dan berusaha menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam.

Tindakan para ulama’ di serata dunia pada zaman mutakhir ini seperti Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (di Tanah Arab), Sayyid Abul-Ala Al-Maududi (di Benua India), Syeikh Badi’uzzaman Said Nursi (di Turki) dan para alim-ulama’ di Malaysia ini untuk menubuhkan jamaah atau parti yang memperjuangkan Islam untuk menghadapi pelbagai parti yang memperjuangkan fahaman-fahaman manusia (seperti Sekularis, Nasionalis/Kebangsaan, Sosialis, Kapitalis dan sebagainya) hendaklah dilihat serupa dengan tindakan yang diambil oleh para ulama’ dan fuqaha’ terdahulu (antaranya Imam Asy’ari, Imam Maturidi, Imam Ahmad bin Hanbal dan sebagainya) yang mengasaskan kelompok Ahli Sunnah Wal-Jamaah untuk menghadapi golongan Muktazilah, Murjiah, Syiah dan Khawarij yang merupakan firqah-firqah (yakni kelompok) kesesatan pada zaman itu.

Kalau tindakan ini dianggap wajib pada zaman dahulu, maka tidak ada sebab kewajipan itu tidak boleh berulang kerana pada zaman ini umat Islam juga berhadapan dengan kelompok-kelompok yang sesat yang menyimpang dari ajaran Islam iaitu kelompok-kelompok yang menganut fahaman sekular yang memisahkan agama daripada negara.

1 comment:

John Strikwerda said...

Ia ada untuk memberikan kebebasan kepada Kemanusiaan. Organisasi ini aman. Illumminati berada di semua bahagian dunia. Organisasi ini mengalu-alukan setiap orang untuk menyertai. Tidak ada pengorbanan manusia dalam bentuk apapun di Illuminati.

Kami mengambil orang, semua jenis, lelaki, wanita dan orang muda. Untuk menyertai Illuminati, hanya mengambil masa 30 minit, menjadi kaya hanya boleh mengambil 2 jam. Kami mempunyai banyak kelebihan dalam Illuminati.
Kami memberi ahli kami $ 3,000 setiap minggu.
Kami memberi ahli kami $ 2,000,000 / = setiap bulan.
Ahli kami bebas untuk pergi ke mana-mana negara pilihan mereka pada bila-bila masa.
Sekiranya seseorang memberi kami ahli, kami memberi orang itu dengan segera $ 1000 US Dollar setiap orang yang dia bawa untuk menyertai kami.
Ramai orang telah menyertai kami, Pastors, Pemuzik, Usahawan, Guru, Selebriti, Peladang, Pelakon Filem. NGO dan lain-lain yang tidak dapat kami jelaskan di halaman ini.

Sertai kami hari ini dan menjadi kaya, hantar e-mel ke: illuminatisupreme01@gmail.com
Anda boleh menyertai hari ini dan mengubah hidup anda. atau hubungi kami di whatsapp +2349038521315

Ũ