Wikileaks bikin isu kenaikan harga 4 dalam 1 tenggelam. Isu gantung Anwar dan MP-MP Pakatan Rakyat dapat divert isu rakyat - kenaikan harga barang akibat kenaikan 4 dalam 1. Kenaikan 4 dalam 1 - kenaikan harga petrol, deisel, gas, dan gula sepatutnya menjadi tajuk perbincangan rakyat, kini berjaya dialih dan ditengelamkan oleh isu Wikileaks - pendedahan Wikileaks terhadap isu liwat Dato Seri Anwar.
Berita-berita yang bersangkutan dengan kenaikan harga barang tidak disentuh lagi. Biarlah rakyat lupa. Lain kali boleh naik lagi. Mudah sekali minda rakyat Malaysia disorong-tarik oleh umno/Bn melalui propaganda media arus perdana. Bagi rakyat yang hanya mendapat maklumat berchannelkan RTM/TV3 sahaja, memang mereka akan beriman sepenuhnya dengan kata-kata Umno/BN.
Kita rakyat, biarkan mereka bicara pasal wikileaks. Itu urusan mereka nak dakwa Anwar. Kita usah hanyut dengan mainan itu. Jangan kita terikut dengan rentak politik yang menguntungkan mereka, tetapi merugikan kita rakyat Malaysia. Anwar liwat atau tidak, Wikileak betul atau tidak, biar keadilan sistem perundangan yang memutuskan. Usah kita buat andaian itu dan ini.
Kita fokus kepada isu kebajikan rakyat yang sewenang-wenangnya dicabul oleh pemerintah. Isu kenaikan harga barang tidak diberi penjelasan yang konkrit. Semua alasan tidak masuk akal. Ada ke patut mengatakan kenaikan harga petrol, gula, dll adalah untuk mengurangkan aktiviti penyeludupan? Harga gula dinaikkan untuk mengajar rakyat menjaga kesihatan?
Sudahlah alasan tak logik, kini isu tersebut cuba ditenggelamkan. Bahaya jika rakyat terus membangkitkan persoalan ini. Bahaya... biarkan ia sejuk. Timbulkan isu-isu lain untuk divert. Biar rakyat dan pakatan pembangkang sekalipun turut bergelumang dengan isu baru, melupakkan isu kenaikan harga barang.
Rakyat Malaysia amat baik. Terutama orang-orang Melayu, sikap suka memaafkan kesalahan pemerintah yang sering tidak memihak kepada kebajikan rakyat. Gaji menteri tidak sanggup dipotong hatta RM10 untuk kebajikan rakyat. Biarlah rakyat terus menderita. Kerana penderitaan ini akan menguntungkan Umno/BN. Semasa kempen pilihanraya mereka akan turun berjumpa rakyat yang menderita seolah-olah al-masih penyelamat. Merekalah saviour... merekalah sayur... Rakyat akan undi mereka.
WaLLHU a'lam.
p/s: Habis merepek petang-petang...