© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, December 10, 2010

Sembang: Jangan berputus asa sekali-kali...

Ni entry sembang-sembang saja... tak penting.

Pagi tadi aku pergi ke makmal. Menunggu akhi Zulfirdaus datang makmal. Agak lama menunggu, tak datang-datang juga. Beberapa kali calling, tak diangkat. Aku mahu dia uruskan chemical yang kami tindakbalaskan semalam. Aku lihat chemical itu sudah sedia untuk ditapis. Aku call sekali lagi, masih tak berjawab.

Jam hampir pukul 10.30 pagi. Ini sudah buang masa banyak nih. Getus hati kecil ku. Aku fikir aku mesti mulakan aktiviti menghasilakn epoxy composite dengan CNT. CNT.... CNT... aku mencari-cari CNT dalam locker tempat aku simpan segala radas dan chemical. Aih... tak jumpa pulak. Di mana aku letakkan pillbox yang berisi CNT tu?

Aku geledah lagi. Kali ini aku cari dengan lebih usaha sedikit dari mula-mula tadi. Aku alih-alihkan radas-radas lain. Aishhhehh... tak ada juga? Aku mula risau. CNT tu dah laa susah mau dapat. Kalau tak ada juga aku terpaksa mengadap Dr Rahim di skul mekanik lagi sekali. Aku cuba recall balik, bila last time aku guna CNT.

Memori aku terus saja imagine 2 hari lepas aku gunakan CNT. Masih segar dalam ingatan, yang aku terus saja letakkan botol berisi CNT itu di dalam locker. Aku geledah sekali lagi untuk mendapat kepastian. Habis semua radas aku alih. Ah... masih tak jumpa.

'ni mesti ada orang ambil ni!' getus hati kecilku yang agak kecewa. Kemudian bertukar menjadi sedikit marah. 'kalau aku dapat orang yang ambil....' belum sempat hati aku meneruskan ayat itu, aku tersedar, ini hembusah syaitan. Aku cepat-cepat beristighfar. Persetan punya syaitan. Sapa laa yang nak ambik CNT aku. Aku marah balik pada hati kecilku dan juga syaitan yang menghasut aku.

Tapi kalau takda orang ambil, macamana boleh hilang? Aku cuba recall balik. Sah aku letak dalam locker. Aku yakin 100%. Memang tak ada tempat lain dah yang aku letak! Aku cari sekitar mana yang aku bawa CNT itu. Aku selongkar lagi locker buat kali terakhir. Masih tak jumpa. Berpeluh aku dibuatnya.

Aku bertenang dan cuba mengingati betul betul. Ah, mungkin dalam labcoat! Maybe dalam labcoat aku. Kadang-kadang aku terbiar sesuatu dalam labcoat aku. Segera aku ke keretaku mengambil labcoat aku dan mencari dalam poketnya. Ah... kecewa sekali... tak ada juga! Aku kembali ke makmal.

Jam sudah hampir pukul 12 pg. CNT adalah satu chemical yang agak mahal untuk aku beli sendiri. Aku hampir-hampir berputus asa. Mahu saja aku balik ke rumah sewa untuk menenangkan jiwa - dengan tidoq... Ops... Aku tak boleh berputus asa. Berputus asa adalah sikap iblis. Aku tak mahu jadi macam iblis. Mungkin belum cukup usaha aku untuk mencari CNT itu, atau ALLAH sengaja menguji aku. Recall sudah, mencari-cari pun sudah. Aku terfikir ada satu benda lagi yang belum aku buat. Berdoa, mohon pertolongan ALLAH.

'Ya ALLAH, aku mohon Kau pertemukan aku dengan CNT-ku.. Aku sangat yakin aku letak dalam locker ini, aku juga dah cari semampu aku, tapi tak jumpa, tolonglah ya ALLAH. Kalau ada orang tersalah ambil, lembutkanlah hatinya supaya memulanngkannya kepadaku semula...'

Aku termenung memikirkan apa yang patut aku buat. Nak teruskan tapis chemical semalam, Zulfirdaus tak datang-datang. Nak prepare komposit, CNT pulak tak ada. Aku pun bercadang mahu balik rumah sewa. Boleh rehat-rehat sebelum Solat Jumaat.

Aku men-shut down-kan latopku, bersiap-siap mahu pulang. Baru saja aku nak ambil sarung laptopku yang terletak atas rak di belakangku, aku terpandang satu labcoat. Rasa macam ada yang tak kena dengan labcoat ini. Bukan labcoat aku. Hampir kurang lebih 10 saat aku terpaku melihat labcoat itu. Oh yaa... labcoat inilah yg aku pakai semasa menggunakan CNT dua hari lepas. Bukan labcoat aku yang ada dalam kereta. Lantas aku segera mencari botol CNT tersebut.

AlhamduliLLAH! Aku dapat menjumpai semula botol CNT-ku. Tak dapat aku bayangkan betapa leganya aku. AlhamduliLLAH. tsumma-AlhamduliLLAH...

Aku terasa insaf seketika. ALLAH mendengar rayuanku. ALLAH perkenan permintaanku. Sedangkan aku sering lalai daripada mengingati-Nya. Aku sering melanggar peraturan-peraturan-Nya. Ya ALLAH, maafkan aku... bantulah aku untuk menjadi hamba-Mu yang bersyukur dan taat kepada-Mu.

AlhamduliLLAH, aku dapat juga prepare sedikit komposit pagi tadi.

Moral yang aku dapat untuk diriku dan sesiapa yang mahu ambil iktibar:

1) Jangan sekali-kali berputus asa, teruskan berusaha. Peristiwa tadi itu mungkin tarbiyah dari ALLAH, simbolik supaya terus berusaha dan berdoa. InsyaALLAH, ALLAH akan bantu kita.

2) jangan pandai-pandai pakai labcoat orang lain, tanpa kebenaran walaupon sekejap, walaupon kita rasa tak ada tuan. :D

WaLLAHU al'lam...

1 comment:

RIDER MERIDA said...

assalamualaikum..
minta tolong sahabat link kan blog ini
http://lagenda-cinta.blogspot.com/
terima kasih

Ũ