© The Mhakk Studio

You are being watched!

Sunday, January 16, 2011

Mari belajar berinteraksi dengan fitrah manusia

Antara faktor kejayaan dakwah adalah kebijaksanaan seseorang daei itu berinteraksi dengan fitrah mad'u.


Abu Sufyan r.a. memeluk Islam. Beliau adalah ketua kaum Quraisy ketika itu. Selain daripadanya, beberapa pimpinan Quraisy yang lainnya juga memeluk Islam. Di antara mereka adalah Sofwan bin Umayyah, Ikrimah bin Abu Jahl dan Suhail bin Amru. Kesemua mereka adalah peribadi hebat yang tidak pandai berpura-pura. Mereka memerangi Islam kerana yakin kepalsuan nubuwah dan masuk Islam hanya setelah yakin kebenarannya. Masing-masing mempunyai kisah keislamannya yang tesendiri dan bersama-sama RasuluLLAH s.a.w. melakarkan kemenangan Islam selepas itu.

Abu Sufyan r.a. disebut oleh Abbas r.a. sebagai seorang lelaki yang sukakan kemegahan diri. Lalu RasuluLLAH s.a.w. memberikannya satu pengiktirafan untuk dia bermegah dengan pengiktirafan tersebut. “Sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan dia aman. Sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dia aman. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dia aman.” Apakah bezanya berlindung di rumah Abu Sufyan dan berlindung di rumah sendiri jika kedua-duanya adalah tempat yang memberikan keamanan? Tetapi kebijaksanaan RasuluLLAH s.a.w. di dalam menyusun kata-kata yang memenuhi fitrah Abu Sufyan telah menjinakkan ketua kaum Quraisy ini.

Ada pun Ikrimah anak lelaki Abu Jahal, kebijaksanaan dan keberanian isterinya telah menganugerahkan Islam kepadanya. Beliau sudah pun lari ke Yaman dan berniat untuk mengakhiri hayatnya di sana. Isterinya, Ummu Hakim memohon kemaafan RasuluLLAH s.a.w. ke atas suaminya dan mencarinya untuk mengkhabarkan kepadanya keamanan yang diberikan oleh RasuluLLAH s.a.w. Keamanan yang diberikan kepada Ikrimah sebelum keislamannya membuka pintu kepada Ikrimah untuk bertemu RasuluLLAH s.a.w. di Mekah mengisytiharkan keislamannya. Beliau boleh meneruskan kedegilannya, tetapi pengisytiharan keamanan khas buatnya itu benar-benar menyentuhnya. Apabila pulang bertemu RasuluLLAH s.a.w., sekali lagi RasuluLLAH s.a.w. memberikan sentuhan kepadanya. “Akan datang kepadamu Ikrimah sebagai seorang mukmin muhajir. Janganlah kamu semua mencela ayahnya. Sesungguhnya mencela orang yang mati akan menyakitkan orang yang masih hidup dan celaan itu tidak akan sampai kepada yang mati.” Para sahabat r.a. yang mendengar arahan tersebut menyambut Ikrimah dan isterinya dengan mesra ketika mereka sampai. Apakah pilihan lain bagi seseorang yang telah diberikan keamanan dan sambutan mesra oleh musuhnya ketika dia berada di posisi lemah? Ikrimah r.a. memilih untuk memeluk Islam dan berjuang bersama RasuluLLAH s.a.w. Beliau mengotakan janjinya apabila menjadi salah seorang panglima perang di dalam peperangan memerangi golongan murtad di zaman Abu Bakar r.a.

Sofwan bin Umayyah meminta dua bulan tempoh keamanan daripada RasuluLLAH s.a.w. RasuluLLAH s.a.w. memberikan empat bulan tempoh keamanan. Sebelum peperangan Hunain, RasuluLLAH s.a.w. bertemu dengan Sofwan dan meminjam daripadanya 5,000 dirham dan beberapa baju besi untuk digunakan di dalam peperangan. Sofwan bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Adakah kamu memaksaku wahai Muhammad?” RasuluLLAH s.a.w. berlembut kepadanya dan berkata: “Tidak. Ia adalah pinjaman yang akan dibayar kembali.” RasuluLLAH s.a.w. membayar kembali selepas perang Hunain beserta ghanimah (harta rampasan) daripada perang Hunain. Tindakan itu membuka pintu hidayah kepadanya. Beliau berkata: “Demi ALLAH, tidak ada seorang pun di atas muka bumi yang lebih aku benci dari Muhammad. Baginda s.a.w. terus menerus memberikan ghanimah Hunain sehingga tidak ada seorang pun di atas muka bumi yang lebih aku sukai dari Muhammad.”

Suhail bin Amru seorang yang cerdik. Beliau adalah wakil Quraisy di dalam perjanjian Hudaibiah. Ketika perjanjian itu ditulis ‘BismillahirRahmanirRahim’, beliau berkata: “ALLAH kami tahu. Tetapi ar-Rahman dan ar-Rahim kami tidak tahu” dan mengarahkan agar dipadam kalimah ar-Rahman dan ar-Rahim. Ketika ditulis ‘Muhammad RasuluLLAH’, beliau mengarahkan dipadamkan kalimah ‘RasuluLLAH’ sambil berkata: “Kalau kami mengakuimu sebagai RasuluLLAH, nescaya tidak berlaku peperangan di antara kami dan kamu.” Pujian RasuluLLAH s.a.w. terhadap kecerdikan Suhail membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. RasuluLLAH s.a.w. berkata kepada anaknya, AbduLLAH: “Sesiapa yang berjumpa dengan Suhail bin Amru pasti tidak akan mengalihkan pandangan darinya. Demi ALLAH, Suhail mempunyai kecerdikan dan kemuliaan. Orang seperti Suhail tidak sepatutnya menjahili Islam.”

Sorotan ringkas kisah-kisah di atas menunjukkan RasuluLLAH bijaksana dalam berinteraksi dengan pada mad'u nya. Maka para daei, para naqib usrah, para pemimpin dan ahli gerakan Islam perlu bijak mengkaji fitrah para daei untuk melancarkan gerak kerja mengajak manusia kepada Islam.

WaLLAHU a'lam.

Thursday, January 6, 2011

Kerajaan berniaga dengan rakyat!

Sudah ramai penulis yang merintih mengenai kenaikan harga barang. Tidak kurang yang marah. Dalam posting ini, aku juga mahu ambil pot. Biar tercatat dalam sejarah hidup aku, yang aku juga tidak redha dengan kenaikan harga barangan. Negara kita tidak miskin. Pak-pak menteri hidup mewah. Tiada sebab untuk diperah keringat rakyat.




Harga petrol naik, harga gula naik, harga sayur naik, harga santan naik, harga minyak masak bakal naik... tunggu banyak lagi harga Barang Naik...

Kalau dulu apabila harga barang naik, pak-pak menteri akan bersuara, memujuk dan menasehati rakyat supaya menerima kenaikan harga barangan tersebut. Rakyat kena BERSYUKUR, harga barangan kita lebih murah dari negara bla-bla-bla... Rakyat kena BERDIKARI, tak boleh harap subsidi dari kerajaan semata-mata. Rakyat kena JAGA KESEHATAN, jangan makan banyak gula (sayur pun kena kurangkan makan juga?).

Itu dulu, sekarang harga minyak dinaikkan tengah malam. Pak pak menteri membisu. belum sempat orang nak mengamuk, harga santan naik, pak-pak menteri buat tak tahu. Harga minyak masak bakal naik... mungkin juga pak-pak menetri akan terus buat kerja sendiri, tak mahu ulas. RUpanya itu method baru. Naikkan saja harga, jangan peduli pada siapa, jangan ulas... rakyat akan terkejut sebentar saja. Rakyat akan mengamuk sekejap saja. Orang Melayu akan cepat cool. Orang Melayu kan boleh bersabar. Orang cina takpe, sudah kaya, tak effect sangat kenaikan harga.

Nampaknya kerajaan kita sudah terang-terang berniaga dengan rakyat. Barang keperluan bukan lagi dijaga oleh kerajaan sebagai kebajikan, tetapi sudah bertukar menjadi barang dagangan, dan memaksa rakyat menjadi pembeli. Mahu tidak mahu, rakyat terpaksa membeli untuk meneruskan kehidupan. Kerajaan tidak lagi menjaga kebajikan. Kerajaan kini semakin bijak memeras keringat rakyat demi keuntungan pihak kerajaan. Mahu diberitahu kepada dunia, kerajaan kita adalah kerajaan yang kaya, pandai berniaga, hebat mengurus. Walhal rakyat menderita.

Kita negara pengeluar minyak petrol, tapi rakyat terpaksa tanggung kos yg tinggi untuk beli minyak petrol. Kita negara pengeluar minyak masak, rakyat terpaksa mencatu minyak masak. Bekalan gula berlambak-lambak, kerana dasar tidak berteraskan kebajikan, harga gula menjadi naik.

Alasan basi yang masih dikitar semula adalah subsidi. Rakyat tidak perlu bergantung sangat kepada subsidi. Petronas untung banyak. felda untung banyak. Banyak lagi company-company kerajaan peroleh keuntungan. Maka laba untuk kerajaan juga bertambah banyak. Tetapi tidak setitik pun mahu dicurah kepada rakyat. Pemberian subsidi adalah kaedah membahagikan keuntungan negara kepada rakyat. Majoriti rakyat akan dapat.

Kalau sekadar naikkan elaun/bonus kakitangan kerajaan, yang bukan kerja dengan kerjaaan takkan dapat. rakyat Malaysia bukan hanya kakitangan kerajaan. Bonus PNB kepada pencarum, yg tiodak mencarum tak dapat. Subsidi adalah salah satu cara yang membantu rakyat secara tidak langsung. Subsidi kepada syarikat kroni lebih diutama, apa boleh buat.

Ingatlah hai kerajaan. Apabila kerajaan itu berniaga dengan rakyat, tunggulah kehancuran ekonomi negara!

Tahun baru 2011 dimulai dengan kenaikan harga barang. Dana untuk pilihnaraya mesti diperah dari rakyat. PRU13 sudah dekat. Kamu naikan harga, kami akan turunkan kamu! Selamat mengisi minyak 2011.

Monday, January 3, 2011

Memanglah bermotifkan politik...

Penolakan Khusrin bermotif politik

BAGAN DATOH 2 Jan. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menolak pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebagai bermotifkan politik.

Selain itu beliau juga menganggap, kebimbangan kononnya akan wujud krisis perlembagaan berikutan pelantikan berkenaan hanyalah andaian semata-mata.

''Tiada krisis perlembagaan dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin sebaliknya segala yang terjadi akibat 'krisis minda' di kalangan pemimpin pakatan pembangkang,'' katanya.

Mesti laa bermotif politik. Takkan bermotifkan ekonomi pula? Takkan bermotifkan saja-saja? Perlantikan Khusrin itu sendiri adalah bermotifkan politik. Untuk apa Kusrin dilantik jika bukan kerana motif politik? SUK adalah setiausaha kerajaan negeri, bukan penjual sayur. SUK adalah jawatan dalam pentadbiran sesebuah negeri, bukan jawatan pemandu teksi. Jadi memang lah bermotif politik. Ambil pengajaran dari isu rampasan kuasa di Perak, SUKnya terlibat.
Ũ