© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, December 31, 2009

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly

Lau Bee Lan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. - Berita Harian Online



Wednesday, December 30, 2009

Selamat Menyambut Akhir 2009


Selamat Menyambut Hari Terakhir bagi tahun 2009

31 Disember 2009




p/s: semua taksub nak sambut awal 2010... mai tukaq angin sikit... huhu

Monday, December 28, 2009

Cadangan logo baru BN...



Logo baru BN...

Apa kata logo BN menjadi begini...


Lawan BN berlogo baru nanti adalah ini...


Kita lupakan logo dacing, logo bulan, logo roket dan sebagainya. BN vs PR pada PRU13.

Cerita rekaan 11 dan 12 ...

Macam biasa, bila dah malas nak tulis benda lain ...

Cerita 11

"Dahsyat..." Pak Ali Zidan menggeleng kepala selepas membaca tajuk akhbar.
"Drebar dia terlelap, mati 10 orang..." Pak Usu menambah.
"Tu dia... bahaya bawak bas malam-malam" ujar Pak Ali Zidan.
"Bukan sebab bawak malam-malam, orang lain bawak malam-malam tak apa pun" Haji Ismail yang turut berada di gerai Nasi Lemak Wan Soh mencelah.

"Lain kali tak payah benarkan bas dua tingkat beroperasi di lebuhraya" Pak Usu bersuara lagi.
"betui tu... kat negara lain, bas macam tu berjalan di tengah bandar saja" Haji Ismail menyokong Pak Usu.
"mana tak mati ramai, semua yg mati tu sama level dengan tayar bas saja..." tambah Haji Ismail lagi.

Berita kemalangan bas Sani Express tempohari turut menjadi buah mulut orang kampung.

"Kalau macam tu, aku tak mau naik bas dua tingkat lah. Baik naik bas biasa saja, selamat lah sikit..." Pak Ali Zidan membuat kesimpulan mudah.

"Pak Ali, ajal maut di tangan ALLAH. Naik bas mana pun sama. Yang kita bincang ni bukan nak elak dari mati, tapi kena sama-sama beringat" Pak Usu menegur Pak Ali.

"Betul tu Pak Ali. Kemalangan maut dalam KB Mall tempohari, siapa sangka akan berlaku? Tak de kena mengena dengan bas dua tingkat pun..." Haji Ismail menambah.

Pak Ali Zidan mengangguk sambil meneruskan pembacaan.



Cerita 12


"Adik, PTPTN adik dah masuk ka?" tanya seorang abang kepada adiknya.

"Belum lagi... katanya bulan depan" si adik menjawab bersahaja.

"Oh... kalau duit masuk nanti, berbelanja elok-elok. Seboleh-boleh, buka akaun lain untuk simpanan" nasihat si abang.

"simpan dalam akaun yang adik jarang ambik. Bila dah habis belajar nanti, sekurang-kurang RM10 ribu dalam simpanan. Taklah kalut sangat..." tambah si abang lagi.

"Emm... betul tu. Abang, simpanan abang dah banyak mana?" si adik ingin tahu.

"Huhu... sebenarnya, abang terlewat. tinggal lagi dua-tiga semester nak habis baru abang mula simpan...tak banyaklah. Sebab tu abang nasihatkan, mulakan menabung bermula sekarang..." nasihat si abang.

"Abang tak menjawab soalan..." si adik tidak berpuas hati dengan jawapan abangnya.

"Adik... kalaulah abang mula menabung lebih awal, dah tentu sekarang ni abang banyak duit... hehe..." si abang tidak terus menjawab.

"Abang, jika diikutkan 'KALAU', gajah pun boleh terbang..." ujar si adik sambil tersengih.

Si abang terdiam. Sebentar kemudian dia tersenyum setelah mendengar kata-kata adiknya. Walaupun agak lucu, tapi maksudnya sangat mendalam.


p/s: Ada pengajaran ke tak cerita-cerita separuh merapu di atas, anda sendiri menilai... huhuhu...

Monday, December 21, 2009

Ada lagi cubaan memburukkan syuhada Memali...

Apa tujuan berita ini diriwayatkan?


KUALA LUMPUR 21 Dis. — Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota Pas yang menyelamatkannya daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong Pas tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:

“Ini Pak Tunku, OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai.”

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di Lobi Parlimen di sini. - Bernama

Tak lain tak bukan untuk menggambarkan bahawa penduduk Memali ganas, memberontak dan layak dibunuh...bukan mati syahid..., betul kah begitu?

Friday, December 18, 2009

Hijratur-Rasul mengubah iklim dunia!

Oleh: IbnuQuddus


1 Muharram 1431.

Tarikh ini mungkin ramai yang ingat, sama seperti tarikh 1 Ramadhan dan 1 Syawal setiap tahun. Tarikh-tarikh Hijri yang lain sukar untuk semua orang ingat. Sepatutnya umat Islam tidak mudah melupai tarikh Hijri. Tapi dek kerana sistem negara kita tidak bersungguh-sungguh mengadaptasikan tarikh Hijri, akhirnya hanya beberapa tarikh penting sahaja diingati. Jika negara kita melaksanakan sistem tarikh mengikut perkiraan Hijri, banyak kelebihan yang kita akan peroleh.

Berbalik kepada sambutan awal Muharram. Selalu kita sebut sambutan maal Hijrah. Ada apa dengan maal Hijrah? Setiap tahun cara sambutannya sama. Perarakan sana-sini. Ada tokoh maal Hijrah pulak. Tiada pembaharuan, atau lebih jelas lagi, tiada apa-apa ruh Hijrah yang dapat masyarakat terutama umat Islam dapat ambil berdasarkan cara sambutan yang kita lihat hari ini.

Berarak... gimik sahajakah?
Jika gimik, tentu hanya membazir wang dan masa! [Gambar Hiasan]

Ada pula pihak yang tidak suka sambutan maal Hijrah. Bid'ah katanya. Nabi tak sambut. Isu bid'ah tak bid'ah adalah soal yang tak perlu difokus. Tidak penting, berbanding menjaga kesatuan ummah. Perkara yang kita perlu fokus adalah bagaimana memanipulasi konsep Hijrah ini untuk menyedarkan umat yang masih lena nyenyak sekalipun musuh sudah mengebom sana sini dengan bom-bom fizikal dan minda, secara bom berangkai dan juga bom-jangka. Serangan pemikiran bertubi-tubi mengasak dan menerjah ruang kepala otak seterusnya mengikis dan melapah iman-iman umat Islam.

Sambutan maal Hijrah sudah tidak relevan jika perkara yang sama diteruskan setiap tahun. Sia-sia, menghabiskan wang sahaja. Ceramah sana sini, apa pun tiada, kerana ruh Hijrah tidak ditekan. Setiap ceramah hanya berkisar tentang perlunya berhijrah dari jahat ke baik, baik kepada lebih baik. Walhal, untuk memberi kesedaran perlu kepada pemahaman yang lebih mengenai peristiwa hijrah itu sendiri. Umat Islam, terutama generasi muda tidak diberi penghayatan Hijrah sebenar.

Penghayatan hijrah perlu diubah daripada sambutan maal hijrah kepada penghayatan Hijratur-rasul (Hijrah Rasul). 'Maal hijrah' dihurai macam-macam sehingga ada yang lari dari konteks Hijrah Rasul, dn kadang-dang huraiannya tiada kena mengena langsung dengan ruh senebar hijrah RasuluLLAH. Generasi muda perlu difahamkan dengan sirah Hijratur-rasul yang tulen. Kegagalan memahami peristiwa Hijratur-Rasul adalah punca sambutan tahun baru Hijri menjadi hambar dan sia-sia.

Dalam persitiwa Hijratur-Rasul, kita perlu memahami bagaimana RasuluLLAH membina karekter-karekter sahabat baginda sehingga menjadi suatu kominiti yang disegani kawan dan digeruni lawan. Lihat bagaimana watak seorang anak muda diasuh menjadi berani mempertahankan nyawa RasuluLLAH. Lihat jua bagaimana pembinaan watak seorang lelaki yang sanggup menemani RasuluLLAH dalam keadaan bahaya dan cemas. Bagaimana pula RasuluLLAH membina karekter seorang wanita yang gigih dan sanggup menghabiskan harta benda untuk perjuangan agama ALLAH. Dan pelbagai lagi contoh karekter para sahabat yang luar biasa kecekalan imannya, serta kesungguhan mereka mempertahankan agama ALLAH dan Rasul-Nya.

Komuniti Muhajirin yang luar biasa iltizam jihad mereka berjaya dibentuk oleh RasulaLLAH, disambut pula oleh golongan Ansar, yang sangat luar biasa pengorbanan mereka membantu dan bersama-sama saudara mereka dari golongan Muhajirin. Gandingan Muhajirin dan Ansar adalah gandingan yang sangat menakjubkan hasil daripada peristiwa Hijratur-Rasul, yang sepatutnya kita berusaha mengadaptasinya dalam kehidupan kita. Penghayatan Hijratur-Rasul perlu ke arah membentuk watak-watak Muhajirin dan Ansar. Bukan sekadar ceramah dan khutbah mengisi program-program tahunan, atau semata-mata mengejar KPI sahaja. Perlu ada satu bentuk modul peringkat nasional yang bersungguh-sungguh menghasilkan karekter Muhajirin dan Ansar pada zaman ini.

Hijratur-Rasul juga adalah adalah konsep yang sangat mengagumkan ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu. Peristiwa Hijrah telah menunjukkan bagaimana tembok pemisah perkauman dan kenegerian dimusnahkan. Suku Aus dan Khazraj yang sentiasa bertelagah dan rasis berjaya disatukan menjadi satu entiti Ansar, yang membantu pula kaum Muhajirin yang datang dari Mekah dengan rela hati. Dalam masyarakat majmuk di negara kita hari ini, pihak pemerintah perlu membentuk modul ke arah kesatuan rakyat berbilang kaum, menggunakan kaedah sebagaimana RasuluLLAH menyatukan Muhajirin dan Ansar, serta strategi RasuluLLAH meraikan pula golongan Yahudi di Madinah. Kerajaan Islam Madinah di bawah pimpinan RasuluLLAH menjadi semakin stabil dan kuat.

Ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh pemikir seharusnya memulakan usaha brainstorm seterusnya berbincang untuk membawa masyarakat berbilang kaum dalam negara bersatu, bukannya memainkan isu-isu perkauman dan agama yang boleh memudaratkan perpaduan masyarakat dalam negara. Bukannya membiarkan pemerintah melakukan pembaziran menjalankan aktiviti maal hijrah sedia ada tanpa output yang memberansangkan.

Hijratur-Rasul adalah salah satu titik penting perubahan iklim dunia, daripada kegelapan Jahiyyah, kepada iklim nur hidayah. Justeru Hijratur-Rasul seboleh-bolehnya perlu umat Islam fahami, disamping masyarakat bukan Islam juga mengetahui peristiwa sebenar Hijratur-Rasul. Hijratur-Rasul bukan sahaja mengubah dunia umat Islam, bahkan turut memberi kesejahteraan kepada masyarakat bukan Islam. Islam adalah untuk semua manusia, tak kira apa jua bangsa, atau apa agamanya, atau dari mana dia, atau apa statusnya. Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi akhir zaman yang diutus untuk umat manusia, bukan hanya kepada umat Islam, bahkan termasuk jua orang bukan Islam, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh hidupan dan alam cakerawala. Oleh itu, pemahaman tentang Hijratur-Rasul juga perlu diolah supaya masyarakat bukan Islam jua memahami intipati sebenarnya.

Banyak lagi huraian mengenai hijratur-Rasul yang perlu dicungkil semula setelah sekian lama dipendam oleh cara sambutan yang tidak bersifat membina. para ilmuan, alim-ulama, profesional, pemimpin dan semua lapisan masyarakat perlu bergerak dan digerakkan. Sudahlah. usah lagi sambutan Hijrah disambut hanya dengan pukulan kompang, berzanji, bernasyid, berazam tahun baru dan berarak semata-mata bagaikan meraikan kanak-kanak berkhatan. Tiada langsung kaedah pendidikan membina masyarakat, sedangkan Hijratur-Rasul itu adalah peristiwa yang besar.

Apakah penghayatan berkompang ini memberi
kefahaman tentang sirah Hijratur-Rasul? [Gambar Hiasan]

Hijratur-Rasul adalah titik perubahan iklim dunia, daripada kegelapan jahiliyyah, kepada cahaya keimanan dan kemajuan.

WaLLAHU a'lam...


p/s: maaf jika isi-isinya berteraboq...

Thursday, December 17, 2009

Doa Najib akhirnya dimakbul...

Malaysia menang 1-0 ke atas Vietnam, perlawanan Akhir bola sepak Sukan Sea Laos...

Doa Najib makbul...

Terer sangatkah Malaysia?
Kalau ikut keterreran, lebih kurang saja.

Sebenarnya, jurulatih Vietnam angkuh sangat. ALLAH benci kepada sesiapa yang angkuh dan bongkak. Itu sebab Veitnam kalah. Kalah yang memalukan pulak tu...gol sendiri. Doa Najib belum tentu makbul... Oleh itu, pengajarannya, jangan angkuh dalam apa jua perkara. Akibat orang yang angkuh adalah amat memalukan sekali. Catatan-catatan sejarah juga telah membuktikannya..

Kemarau emas 20 tahun berakhir. dulu 1989 sekali emas. sekarang 2009. adakah lepas 20 pulak baru akan dapat emas lagi? jauh sangat Misi 2029 tu...

Hehe...

Monday, December 14, 2009

Sembang: Ziarah orang tua-tua

Hampir setiap hujung minggu, jika balik saja ke kampung, aktiviti ku adalah menziarahi orang tua-tua, orang sakit, kenduri kendara, dan sekali-sekala beramah mesra dengan adik beradik.

Kelmarin, aktiviti biasa - menziarahi tok nek (moyang) sebelah ayah.

Ziarah, bukan saja-saja membuang masa sepert yang sesetengah orang anggap. Apatah lagi orang-orang tua yang ada hubungan kekeluargaan. Apatah lagi moyang kita. Tanpa mewujudkan moyangku ini, tiadalah nenekku, tiadalah ayahku, dan tidak akan wujud diri aku. Moyangku yang berusia anggaran lebih 100 tahun ini sudah tidak mampu berdiri dan berjalan seperti setahun dua lalu. Akan tetapi dia masih boleh diajak berbual, bergurau senda. Malah kadang-kadang boleh juga dia menceritakan kisah-kisah masa muda. 'Kelolong' pun boleh tahan...

Tok Nek sedang mengatakan sesuatu

Pada hari yang sama, kami sempat juga menziarahi Tok Cik Umar, adik nenek sebelah ibu. Nenekku ini umurnya kurang lebih 90 tahun. Doktor homopati pun kagum dengan kecergasan nenek yang aku panggil Tok Teh (Namanya Puteh). Pada usia begitu dia masih cergas, tiada sindrom-sindrom penyakit. Manakala adiknya -Tok Cik Umar juga sihat tubuh badan, cuma mengalami Azhemier, atau penyakit lupa yang serius.

Lupa semuanya. Hatta kakak dan anaknya sendiri pun tidak mampu diingati.

"Umaq... hang ingat dak kat mak?" tanya Tok Teh kepada adiknya.
"cuba tanya depa..." Tok Cik Umaq 'bijak' sekali mengelak daripada menjawab.

"Pak Cik, abang Pak Cik nama apa?" ibuku bertanya.
"Wahab... Dolah... Sulaiman.."
"kakak Pak Cik, ingat?"
"ada ka? nama apa?"
"Puteh"
"Puteh...? Tak dak nama Puteh..."

Nenek tersenyum melihat adiknya. Dia hanya ingat sikit-sikit nama kampung asalnya, nama abang-abangnya. Bila berbual saja, dia akan bertanya siapa kita, dari mana. Akan diulangnya perkara yang sama. Jika tiada apa yang hendak dibualkan, terbitlah beberapa perkataan zikir... "Ya Hayyum... Ya Qayyum... Ya Badi'ussama-wa-ti wal-ArDh, Ya zalJalali wal-ikram..."
"Ya Hannan... Ya Mannan... "

AstaghfiruLLAHah a'zheem... itulah zikir yang bermain dimulutnya sebelum mengalami penyakit ini. ALLAH kekalkan zikir itu padanya ketika semua ingatannya hilang. Ketika itu aku termenung seketika. Apakah zikir kita yang selalu kita ucapkan? Atau lidah kita dibasahi dengan lagu-lagu yang melalaikan? Paling teruk, alangkah malangnya jika lidah kita sering berkata-kata nista dan dosa. Jika kita ditakdir mengalami nasib yang sama- hilang ingatan, betapa malangnya kita lidah kita sering terus berkata nista, Na'udzubiLLAH...

Bab solat pula, memang dia sudah tidak dapat membezakan waktu solat. Dia akan bersolat bila-bila masa sahaja. Jika sudah solat, kemudian dia terlupa, dia akan solat lagi. Jika lupa lagi, dia akan berdiri untuk solat lagi. Zohor pun pernah dua-tiga kali satu hari.

Seorang kakak memerhati adiknya dengan penuh kasih sayang...

Walaupun demikian keadaanya, Tok Cik Umar masih mampu melayan tetamunya dengan ramah mesra, walaupun tetamu-tetamu itu 'tidak dikenalinya'...

Tok Nek, tok teh, Tok Cik Umar... mereka pernah mengalami zaman muda mereka. Mereka tidak pernah terfikir mereka akan berada dalam keadaan sekarang. Dalam keadaan ramai sahabat handai mereka semasa muda dahulu, kini telah tiada. Mereka hanya tumpang gembira bersama anak cucu. Mereka sudah berada di zaman yang bukan lagi zaman mereka.

Ziarah orang-orang tua begini, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Kita boleh mengambil pengajaran yang banyak darinya sebagai panduan hidup kita. Kita tidak kekal muda dan gagah perkasa. Jika tidak mati awal, kita akan dikunjungi hari tua kita. Saat itu kita hanya mampu mengimbau kenangan masa muda yang tidak dapat diperoleh kembali, sampai bila-bila.

Baik amalan masa muda kita, itulah amalan kita. Masa tua adalah bonus, sedangkan kualiti amalan adalah semasa muda. Jika sia-sia amalan semasa muda, rugilah, kerana amalan masa tua tidak sama kualitinya.

Ingatlah kita akan nasihat ini:
"muda sebelum tua"

WaLLAHU a'lam...

Ũ