© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, November 25, 2009

Ruginya bayar gaji hakim mahkamah tinggi...

Sistem perundangan Malaysia, mungkin dunia amnya, adalah tidak mampu memberi keadilan sepenuhnya kepada rakyat. Sistem perundangan yang dicedok daripada perundangan Barat adalah menzalimi rakyat secara halus.

Gambar Hiasan

Mengapa perlu ada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Syariah, mahkamah itu dan ini, sedangkan mahkamah itu boleh membatal atau menangguh keputusan mahkamah ini, keputusan mahkamah rendah boleh dibatal oleh mahkamah tinggi, keputusan mahkamah tinggi boleh pula 'diganggu' oleh mahkamah rayuan dan sebagainya?

Sudah namanya Mahkamah Tinggi, keputusannya masih boleh dipertikai atau disabotaj? Apakah keputusan mahkamah tinggi itu tidak muktamad? Semua orang sudah maklumi, tetapi sengaja kita ungkit kembali, bahawa inilah ketidak-adilan yang berlaku selagi sistem perundangan berteraskan Islam yang syumul tidak diamalkan.

Sistem perundangan bersifat menindas begini hanyalah menguntungkan golongan kaya, berpangkat besar, berdarah raja dan berduit emas. Sedangkan golongan miskin, papa kedana, kais pagi makan malam, kelas bawahan dan seumpamanya tidak terbela di bawah sistem rekaan manusia ini. Mengapa demikian dikatakan menindas?

Bayangkan seorang pesalah yang kaya raya, berstatus anak bangsawan pula, diputuskan bersalah oleh mahkamah tinggi. Dengan kekayaan yang dimiliki, dia boleh membawa kesnya ke mahkamah rayuan untuk dirayu dan dibicara semula. Syarikat guaman, peguam, semua boleh dibayar cash, apa perlu risau. Untung-untung, peguamnya bagus, kesnya selesai, dia dibebaskan.

Sedang pesalah yang miskin, selesai saja keputusan dibaca, dia bersalah, maka dia adalah bersalah dan terpaksa menerima hukuman. Hendak ke mahkamah rayuan, tiada fulus. Mrengkoklah dia dalam penjara jika itu hukumannya. Berdarah punggungnya disebat jika sebat adalah hukuman kesalahannya. Dia memang bersalah. Patut dihukum. Tetapi pesalah yang kaya jga bersalah, tetapi kebarangkalian untuk terlepas hukuman ada.

Jadi, di mana keadilan? Kenapa tidak hanya satu sahaja institusi kehakiman yang memberikan keputusan muktamad? Apa guna membayar gaji hakim-hakim mahkamah tinggi, sedangkan keputusan penghakiman mereka boleh ditangguh, dibatal oleh hakim mahkamah lain (rayuan)? Tidakkah ini pembaziran wang rakyat? Belum lagi masuk bab salah guna kuasa kehakiman, campurtangan politik dan sebagainya.

Hakikatnya, itulah sistem perundangan yang kerajaan Malaysia beriman kepadanya. Jika anda rasa, itulah keadilan, sokonglah. Jika ia adalah kezaliman, maka tanggungjawab kita bersama untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimana? Sendiri mau pikir laa...


p/s: Kota Seputeh nak jadi macam Perak ke?

No comments:

Ũ