Malas dah rasanya kita nak komen benda alah ni. Bukan sekali dua pemimpin Umno/BN ulang benda yang sama.
"PAS guna agama untuk kepentingan politik"
Dah berapa kali tok guru tanya depa, kalau tak guna agama, nak guna apa? Depa tak jawab. Sebaliknya depa kata lagi,
"Nik Aziz guna agama untuk politik"
Jawab la dulu, kalau tak guna agama untuk politik, kita nak guna apa? Guna duit ka? Rasuah politik ka? Nak guna apa ni... Lord Reid punya ajaran kaa?
Salah ka guna agama untuk politik? Nabi dulu berpolitik guna apa kalau bukan agama? Kalau berpolitik tanpa guna agama, lingkup laa. Macam Umno/BN, berpolitik tanpa agama lah tu sampai rasuah kiri kanan, salah guna kuasa, rampas kuasa, dan macam-macam lagi. Baling-baling kerusi, politik cantas mencantas, cah keting... semua tu sebab politik tanpa agama laa. Takkan tak reti lagi?
Begitu juga ulasan politik dalam blog-blog, tak kira lah pihak Umno/BN ke, PR ke... kalau tanpa panduan agama, habis semua orang yang tak sehaluan dikutuk dan dimaki. Kritik , membantah , berbeza pendapat tak sama dengan maki hamun, mencarut-carut. Orang yang tidak bepandukan agama, memisahkan politik dari agama, adalah sesat lagi menyesatkan.
"Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Abdul Aziz) lebih tahu daripada saya."
Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu, melawan pulak. Malikul...malikul... (pinjam bahasa Tukar Tiub)
p/s: Belum terlambat untuk ucapan Salam Eidul Adha... baru perasan, takda entry untuk Eidul Adha. Semoga ibadah qurban kita diterima ALLAH...
1 comment:
pandai demo bermadah pujangga sjk 2 menjak kawan ngn kawe nih..
haha
Post a Comment