© The Mhakk Studio

Tuesday, November 24, 2009

PAS bakal kalah PRU-13

Itulah kata-kata permulaan Prof Abu Hassan HabuLLAH dalam pembentangannya dalam program Inkues Pilihanraya Ahad lalu di Markas Air Kuning, Perak. PAS bakal kalah teruk PRU-13, kerana Pemuda lemah. DPP Perak khasnya lemah. Tiada strategi tuntas, tiada think tank yang ganas, lemah pelbagai sudut promosi, kurang tokoh-tokoh untuk diketengahkan...

Prof Abu Hassan sedang mengkritik (baca: muhasabah)
DPP Perak secara terang-terang

... lihatlah ada juga benarnya. DPP Perak masih "membincangkan" perlu atau tidak Tadrib Askari dalam Pemuda. Bolehkah tadrib askari lahirkan strategi yg bagus, tokoh yang berkaliber, think tank yang licik dalam menghadapi kemelut politik masa ini?


Najib sedang 'membangkang' tadrib askari

... yang bagusnya, tiada peserta yang melenting ketika mendengar kritikan demi kritikan dalam pembentangan Prof itu. DPP Perak mengambil langkah yang baik bagi menyedarkan para pemuda, bahawa perjalanan mereka masih jauh. Perjalanan kita masih jauh...

Habis cerita dua hari lalu... cerita dua tiga hari ni simpan dulu.

No comments:

Ũ