© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, November 11, 2009

Najib nak bagi internet laju...





Terima kasih kepada PM kita, Dato Seri Najib. Dato seri memang bagus, laju. Apa jenis think tank yang support Dato seri pun tak tau. Bab IT negara kita ni, dan 20 tahun terkebelakang berbanding negara-negara maju seperti Jepun, China...dan jiran sendiri, Singapore.

Internet sangat lembab...superlembab. Upgrade lah broadband ke pakej mana-mana pun, paling laju sekalipun, masih lembab, terhegeh-hegeh jika nak dibandingkan dengan kemajuan bidang ICT masa ini. Tengok saja web, portal dan sebagainya hari ini, penuh dengan animasi dan video-video yang high quality, memang rakyat tidak selesa dengan kelajuan yang ada. "Kita kena bersyukur dengan apa yang ada...". Mungkin itu ayat biasa pihak yang tak mahu mengambil tahu hal ICT.

Pengumuman PM itu harap dapat mengubah landskap ICT negara, bukan hanya omong kosong dan halwa telinga saja. Blogger-blogger patut berterima kasih kepada PM (huhuhu), kerana dengan terwujudnya internet kelajuan tinggi ini, kalian dapat postkan blog dalam bentuk video secara maksimum. Maklumat lebih mudah masuk dari rumah ke rumah apabila percentage rakyat yang ada kemudahan ICT dalam rumah tinggi.

Cuma, apabila internet laju macamtu, berapa banyak pula rakyat nak kena bayaq? Kalau mahal tahap gaban, memang susah nak meningkat la tahap kemajuan ICT dalam kalangan rakyat. Asyik kena perah duit poket rakyat saja.

p/s: Harap sesuatu yang bagus dari kerajaan, untuk rakyatnya... harap Kedah, apa pun tak buat... (huhu...).

No comments:

Ũ