Dahsyat juga 4-5 hari ni media menyerang Tok Guru Nik Aziz. Bertubi-tubi. Macamlah ramai sangat yang suruh MB Kelantan itu meletak jawatan.
Apakah Umno ni benar-benar takutkan doa TGNA? Bagi aku, Umno sedikit pun tak takut dengan doa ulamak tersohor tu. Apa nak ditakutkan? DS Najib sendiri tidak gentar dengan doa tok guru, sedangkan doa itu memang mengarah kepadanya. Kalau Ds najib sendiri tak takut, mahukah umno-umno lain takut? Apakah hati-hati yang diselimuti karat hitam akibat rasuah akan takut kepada doa tersebut, walhal mereka tidak pernah takutkan ALLAH?
Mereka menghentam isu doa tok guru bukan kerana takut dan cuak. Mereka nampak, itulah peluang yang terhidang untuk membuat pukulan demi pukulan kepada tok guru, yang sebelum ini dipukul dengan isu PMBK dan menantu. Benar atau salah, biarkan. Mereka peduli apa, media milik mereka. Setiap rumah ada TV. Mereka boleh tawan minda orang-orang kampung dengan media mereka. Apa nak ditakutkan? Kalau kerja mereka kantoi, mereka diam, macam tak ada apa-apa berlaku. Jika mereka rasa mereka boleh makan dengan propaganda itu, mereka akan terus putar dalam media. Peduli apa, itulah tarbiyah agama tidak boleh diguna dalam politik.
Umno rasakan TGNA perlu ditumbangkan apa cara sekali pun. Nak harap Annuar Musa, dia sudah tak upaya. Dah lah denda FAM pun dia tak setel lagi, bagaimana mahu hadapi Tok Guru. Jadi think tank Umno/BN nampak, mereka perlu habis-habisan menyerang kepimpinan Tok guru. Terbenam Tok Guru, maka mudahlah rancangan mereka memjajah Kelantan semula. Barulah idea-idea penjajah British dapat kembali bertapak di Kerajaan Islam Kelantan. Barulah Ratu Elizabeth di England akan puji pemimpin Malaysia, kerana berjaya runtuhkan pentadbiran Islam di Kelantan.
Siapa yang keluar berdemo menuntut tok guru letak jawatan? Orang-orang Umno lah. Orang Umno Kelantan lah. Siapa lagi... Mereka adalah jenis tidak suka royalti kepada negeri mereka sendiri. Biar duit negeri masuk poket ketua-ketua bahagian, JKKKKK saja. Tok Guru mendoakan agar DS Najib ubah fikiran, kembalikan royalti minyak kepada Kelantan. Orang Umno Kelantan berdemo, tak nak. Tok guru berdoa, jika DS Najib tidak kembalikan royalti, maknanya DS Najib berniat jahat. Jika berniat jahat, Tok Guru mohon ALLAH musnahkan orang jahat. Orang Umno Kelantan tak mahu orang jahat dimusnahkan. Sebab mereka juga Umno. Mungkin Umno dan jahat adalah kata seerti. Sinonim.
Beringatlah wahai saudara-saudara sekalian, seseungguhnya doa orang berpuasa, ketua negara/negeri yang adil dan doa orang yang dizalimi tidak ada hijab dan tidak pula tertolak. Akan dimakbul. Bayangkan jika Tok Guru berdoa ketika beliau sedang berpuasa, bukankah Tok guru memiliki ketiga-tiga kriteria tersebut untuk ALLAH makbulkan doanya? Tok Guru berpuasa, tok Guru adalah ketua negeri yang adil, dan Tok guru sedang dizalimi (difitnah)... Hanya orang-orang Umno sahaja tidak takut...
WaLLHu a'lam....
1 comment:
Siapa xmau daging panggang terhidang......mengantuk disorong bantal...
Post a Comment