© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, December 9, 2009

Disebabkan Najib bukan khalifah Islam, maka...


Akibat formula pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak kuffar freemason dan musuh-musuh Islam terhadap negara-negara Umat Islam, kita dapat lihat salah satu hasilnya:





Masalah dalaman? Benarkah konflik selatan Thailand hanya masalah dalaman dan kita Malaysia tidak boleh campur tangan? Konflik di Selatan Thailand itu adalah isu umat Islam. Sama sahaja dengan isu Palestin. Kuffar Barat dan golongan sekular sering menggambarkan isu Palestin adalah isu politik dan kecelaruan politik. Mereka juga menggambarkan isu Iraq, Afghanistan, Iran, Sudan, Selatan Thailand dan sebagainya adalah isu politik.

Walhal sebenarnya semua itu adalah isu umat Islam. Umat Islam dikaburi daripada bangkit mempertahankan nyawa dan maruah saudara mara mereka di negara-negara terbabit hanya dengan kaedah sempadan-sempadan negara. Umat Islam negara itu tidak boleh campur tangan terhadap apa jua yang berlaku kepada saudara mara mereka di negara ini, kerana 'sempadan' negara.

Apa yang berlaku di Selatan Thailand, adalah kesinambungan terhadap usaha menghapuskan umat Islam di Selatan Thailand, bukan isu politik semata-mata. Malaysia tidak harus memandangnya sebagai masalah dalaman.







Jika benar dakwaan penulis blog Sejarah Nagara Kedah di atas, maka konflik Selatan Thailand adalah kesinambungan proses menghapuskan saki-baki umat Islam di Thailand amnya.

Tentera-tentera thai telah ditempatkan diseluruh negeri kedah untuk memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap wakil Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada masa ini waris Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang ditangkap dan dibunuh oleh tentera thai, hinggalah ke hari ini mereka bangun menyuarakan wasiat yang dituntut oleh agama islam. Keturunan tentera thai ini masih ada di Kedah dan dikenali sebagai orang siam (beragama Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah sudah di Melayukan oleh penjajah Inggeris. Lagi pun tentera-tentera ini datang dari negeri Siam yang tidak ditukar namanya setelah dijajah oleh raja Thai dengan sebab itu mereka masih lagi dipanggil orang-orang siam. Malahan di Kedah dan Malaysia amnya, rakyat negara ini masih memanggil Thailand sebagai Siam. Situasi yang sama berlaku di Patani dimana orang-orang Melayu Patani begitu marah dengan tentera siam (pada hal mereka ini thai) kerana mereka pun sudah pun di melayukan sepertimana kita yang berada di Malaysia.

Jika laporan di atas benar , bahawa umat Islam Selatan Thai dalam bahaya, apakah Malaysia masih mahu menganggap krisis di sana adalah isu dalaman Thailand semata-mata tanpa suatu plan tindakan yang lebih baik untuk menyelamatkan saudara seakidah kita itu? Kita hanya mampu melihat sahajakah saudara mara kita di sana diancam dan dibunuh secara senyap dan terang-terang? Apa yang PM 1Malaysia boleh lakukan sekarang? Apa yang kita boleh lakukan? Bagaimana kita berdegar-degar mahu membela umat Islam Palestin, sedangkan saudara mara kita yang ditindas di negara jiran tidak mampu kita buat apa-apa?

Malaysia yang mengaku 'negara Islam' tidak akan mampu berbuat apa-apa sekalipun konflik umat Islam itu begitu hampir dengannya. Tidak mampunya Malaysia membantu umat Islam Selatan Thailand, adalah sama kesnya dengan Saudi Arabia, Mesir, Jordan untuk membantu Palestin dan Iraq yang begitu hampir dengan mereka. Semuanya tidak akan mampu, melainkan hanya mampu bersidang dan sembang kosong. Jika konflik yang sama terjadi pada umat Islam di Malaysia (na'uzubiLLAH), ketahuilah, tiada mana-mana negara umat Islam lain akan datang membantu kita.

Inilah bahana yang menimpa umat islam hari ini, kerana runtuhnya Sistem Khilafah Islamiyyah.
Maka menjadi tanggungjawab kita mengembalikan semula kekuasaan Khilafah Islamiyah yang menjadi penaung umat Islam seluruh dunia. Hari ini, gerakan-gerakan Islam sudah mula bangkit di seluruh dunia untuk bersama-sama mengembalikan Sistem Khilafah Islamiyyah. Maka wajiblah ke atas kita bersama-sama dengan gerakan-gerakan Islam ini sekalipun menghadapi kesukaran akibat halangan-halangan pemimpin umat Islam sendiri yang menjadi boneka kuffar. Mereka tidak akan biarkan gerakan-gerakan Islam ini berjaya mengembalikan Khilafah. Mereka akan menyekat dan menghapuskannya apa cara sekalipun. Mereka amat bimbang Sistem Khilafah kembali bertapak di muka bumi.

Ya Mu'iz, a'izza ummatana...

WaLLAHU a'lam.

No comments:

Ũ