© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, December 4, 2009

Sembang: Cerita rekaan seterusnya...

Fasa takda kerja... duk karang cerita saja... sapa yang tak faham, tak apalah. belum tiba masanya untuk faham. Lagipun aku bukanlah seorang sasterawan atau novelis...

Cerita 8

"Ustaz, saya ni cuti semester 3 bulan. Saya cadang nak talaqqi sikit-sikit kat pondok sepanjang cuti, apa pendapat ustaz?" Amran bertanya kepada seorang lelaki separuh umur yang sedang menghirup air teh.

Bukan kali pertama Amran dan Idrus menziarahi Ustaz Tahir. Ketika ustaz itu jatuh sakit dua tiga bulan lepas, mereka berdua sering menziarahinya. Mereka agak rapat dengan ustaz tersebut yang sering bergaul dengan anak-anak muda. Mereka tertarik dengan gaya beliau.

"Hmm.. baguslah kalau Amran dan Idrus ada niat begitu" Ustaz Tahir menjawab selepas satu hirupan teh yang mula suam itu.

"Kenapa kamu berdua mahu ke pondok?" tanya Ustaz Tahir.

"Sebenarnya, kami nak cuba contohi ustaz. Bukankah ustaz lulusan pondok?" Haziq mencelah. Nyata mereka kagum dengan ustaz tersebut sekalipun tahu, ustaz itu hanya lulusan pondok sahaja, tidak pernah menjejak kaki ke universiti seperti ustaz-ustaz lain.

Ustaz Tahir tersenyum.

"Amran... Idrus... niat untuk belajar di pondok itu bagus. bahkan belajar di mana-mana pun sama sahaja. Bergantung kepada iltizam kita dalam menuntut ilmu," terang Ustaz Tahir.

"Maksud ustaz?"

"Kalau main-main, belajarlah kat mana pun, sama saja... tak dapat apa-apa. Lulus peperiksaan boleh, tapi ruh ilmu tak dapat..."

Amran dan Idrus mengangguk sambil mendengar.

"Tapi ustaz, orang kata belajar kat pondok, suasananya lain sikit...di universiti lain sikit, macamana tu?" Amran ingin tahu lebih. Dia tahu bagaimana selok-belok pengajian di kampus.

"Oh... bezanya? Bezanya, kami di pondok lebih dalam pergaulan dengan orang tua-tua, tok-tok guru... mungkin itulah agaknya," ujar Ustaz Tahir sambil ketawa kecil. Amran dan Idrus termenung lama memikirkan kata-kata ustaz Tahir. Mereka dapat rasa ada maksud tersirat disebalik ketawa ustaz itu. Mereka turut tersenyum.



Cerita 9

"Entah apa-apa lah kerajaan ni... asyik keluar kenyataan suruh rakyat kurangkan pengambilan gula... suruh rakyat belajar hidup tanpa subsidi gula... ni tandanya nak naik harga gula lah ni," Pak Long Omar membebel sambil membaca akhbar harian yang ada di meja bulat warung Pak Samad.

Bebelan itu didengar oleh seorang lelaki bersongkok dan berbaju kot, bertali leher yang kebetulan turut singgah di warung itu.

"bang... maaflah saya cakap, rakyat Malaysia sekarang ni, ramai yang sama usia dengan abang, banyak yang mati kena kencing manis tau," lelaki bersongkok itu menempelak Pak Long Omar sambil menjamu selera sarapan pagi nasi lemak.

Pak Long Omar menghentikan bacaan. Dia memandang ke arah suara yang kedengaran memerlinya. Pak Long Omar tersenyum.

"Kata-kata encik tu betul... kesihatan itu penting. Tapi kalau sampai nak cut subsidi gula, memang kerajaan nak naikkan harga gula lah tu" Pak Long Omar kembali menyambung bacaan akhbar.

"Saya tau abang ni penyokong pembangkang. Sebab tu apa saja kebaikan yang kerajaan nak buat, semua dipandang serong..." lelaki itu menghabiskan nasi lemak yang sedang dimakannya.

"Heh heh... kerajaan memang macam tu... Kalau dah nak sembelih rakyat, dicanangnya supaya rakyat jangan takut untuk disembelih. Macam-macam kempen supaya rakyat percaya yang rakyat lebih sihat jika rela disembelih... "

"You jangan lebih-lebih brader!", Lelaki itu bangun dan segera beredar selepas membayar harga nasi lemak. Pak Omar tersengih melihat gelagat lelaki tersebut.


Cerita 10

"Muniandy, you kenal ka sama MB Kelantan?" Abu Seman bertanya kepada rakan lamanya. Sudah lama Muniandy tidak muncul selepas habis belajar di sekolah menengah dahulu. Muniandy datang ke Kota Bharu hari ini kerana mahu sama-sama berhimpun bagi menyokong kepimpinan MB negeri itu.

"Apa la you tanya itu soalan sama saya. Musti la kenal... ini 1Malaysia pun kenal" jawab Muniandy.

"Saja laa saya tanya. Apa pasal you datang jauh dari Pahang sana?"

"Ini orang tua, banyak baik. Saya mau sokong sama laa. Saya mau lawan sama orang yang suruh itu Tok guru letak jawatan..."

"You pernah rapat dengan dia ke, sampai you kata Tok Guru tu baik?"

"Haha... you nak cari mana lagi MB yang baik macam dia. Tengok muka dia pun manyak sejuk saya punya hati. Orang baik macam tu boleh buat tokong wooo...." ujar Muniandy sambil ketawa.

Buat tokong? Abu Seman tersengih sambil menggeleng kepala... 'Syirik betoi.. Mujur dia ni kafir, kalau tak aku dah lempang dia ni. hahaha.... ' ujar Abu Seman dalam hati.


Ũ