© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, May 26, 2008

Gelang Bermagnet...apa dah jadi?

Gelang Bermagnet menjadi popular sehingga 'terpaksa' pula Jabatan Mufti menggeluarkan fatwa mengenainya. Empat syarat yang digariskan oleh jabatan Mufti Perak untuk memakai gelang bermagnet itu. Syarat-syarat tersebut:
-
1) pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,
-
2)pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.
-
3)gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.
-
4)jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.
Sungguhpun begitu, saya mempunyai pendapat sendiri mengenai pemakaian gelang tersebut terutamanya bagi lelaki.
-
Pada masa lalu, apabila kita lihat sahaja orang lelaki berpakaian gelang logam, atau apa saja gelang, walaupun tidak berunsur emas, kita sudah pun menganggap si pemakai tersebut seolah-olah 'samseng', berakhlak kurang baik, dan macam-macam tanggapan negatif terhadapnya. Sekalipun tidak terkeluar melalui perkataan, sekurang-kurangnya cetusan hati mengatakan begitu, jika kita terdidik dengan akhlak Islamiyyah dan moral yang baik.
-
Saya tidak menyangkal fatwa mufti dari sudut hukumnya, namun saya rasa kurang selesa dengan fatwa tersebut. Perlu saya beritahu, ini adalah cetusan peribadi saya, bukan untuk pertikai fatwa. Bagi saya, saya bimbang fatwa hari ini mungkin hanya sesuai untuk masa ini, tetapi kemungkinan akan menyukarkan keadaan di masa depan. Seperti juga fatwa rokok, setahu saya, dahulunya merokok dikatakan makruh. Apabila fatwa hari ini mengatakan merokok adalah haram, maka ramai yang tidak berpuas hati dan terus merokok dengan alasan ulama dulu kata merokok adalah makruh sahaja (?).
-
Bagaimana pula dengan gelang bermagnet? Hari ini jabatan mufti 'membenarkan' mereka penggemar gelang (lelaki) memakai gelang dengan cara memenuhi setiap syarat yang digariskan. Namun berapa ramaikah yang akan memakai 'mengikut' semua syarat tersebut? Bahkah golongan lelaki yang sebelum ini suka memakai gelang ( yang kita pandang sebagai samseng) akan dapat meluaskan pengaruh budaya bergelang ini dengan alasan ianya adalah untuk kesihatan.
-
Akan lebih teruk lagi, apabila keadaan sudah menjadi kebiasaan, kita tidak akan lagi terkejut jika para imam, ustaz, bilal dan seumpamanya juga bergelang - alasannya untuk kesihatan. Tiada lagi isu 'menimbulkan fitnah' seperti yang tersebut dalam syarat ke-empat.
-
Moral kepada budaya bergelang tangan ini akan segar. Para penggemarnya agak puas senang hati kerana mereka 'tidak lagi dipandang serong', kerana majoriti orang sudah ramai bergelang (suatu hari nanti). Akan wujud juga golongan lelaki bergelang biasa secara terbuka, kerana dia pasti orang akan menganggapnya memakai gelang magnet untuk kesihatan. Maka akan wujudlah satu fenomena baru, kaum Muslimin bergelang.
-
Dengan 'kejayaan' golongan kuffar yang saya anggap pencetus kepada budaya ini menempel unsur rawatan kesihatan pada gelang tersebut, tidak mustahil sedikit masa lagi akan wujud pula rantai magnet atau rantai untuk kesihatan. Ketika itu akan keluar pula fatwa yang hampir sama, dan seterusnya akan tumbuh lah budaya lelaki berantai.... untuk kesihatan. Kemudian akan timbul pula subang dan anting-anting untuk kesihatan. Sekali lagi umat Islam ditipu dan terperdaya dengan budaya halus yang dimomokkan oleh kuffar.
-
Carilah kaedah penjagaan kesihatan yang lain. masih banyak lagi kaedah dan mekanisme yang lebih baik dan tidak merosakkan identiti umat Islam. Perubatan dan penjagaan kesihatan cara Islam pun masih belum habis diterokai. Kita seboleh-bolehnya cubalah hindarkan diri daripada meniru dan mengguna-pakai budaya Yahudi dan Nasara dan Kuffar dalam setiap sudut kehidpan kita.
-
Wallahua'lam
-
P/S: tulisan ini bukan untuk mempertikai hukum dan fatwa mufti, tetapi dibincang dari sudut moral sahaja. Jika ada kesilapan, bantulah saya.
-
-

4 comments:

Hasbullah Pit said...

kenapa diorang tak modify jadi jam tangan?

Aneroid said...

Tu la pasal...agaknya tu memang agenda nak menggelangkan umat Islam... entah la

Anonymous said...

ternampak lak ada pasal gelang magnet kat sini..

saya tolong jawab soalan sebol, sebabnya senang sahaja, medan magnet akan ada efek kepada jam tidak kira jam mekanikal , atau yang berasaskan bateri.. tiada kaitan dengan gulingkan umat..

Anonymous said...

boleh je nak buat jam tgn magnet. kasi research banyak2.hendak seribu daya xnak sribu dalih. yg duk buat research guna magnet utk kesihatan tu bulih buat, xkan research nk buat jam tgn magnet xleh buat.

Ũ