Tak apalah muqabalah pun muqabalah lah...jangan berbalah sudah....
Lepas tu timbul pula tawaran jawatan MB di Perak - kepada PAS. Adoii... bukan ke sekarang pun PAS dah jadi MB ke kat Perak tu?
-
Sesunguhnya, sangat pelik dan menggelikan hati kepada orang gila talak. Mahu bekerjasama? Mahu bersatu demi Melayu dan Islam? Ahhh... apa semua ini. Kenapa baru sekarang setelah tiada kuasa? Kenapa semasa kamu berkuasa dulu, tidak sebut pasal mahu bersatu? Orang-orang PAS, pemimpin-peminpin PAS dan pakatan rakyat, sering menjadi objek kezaliman.
-
Semburan gas, semburan air gatal, lokap, dan sebagainya menjadi permainan kamu semasa berkuasa menindas. Maka akibat zalim dan durjana, maka rakyat menceraikannya. Suami baru rakyat, tak mungkin akan bersatu dengan bekas suaminya yang pernah menzalimi si isteri. Tak mungkin. Tak mainlah cina buta.
-
Al kisahnya, dengan tidak tahu menebal muka, dia menawarkan jawatan MB kepada PAS jika membentuk kerajaan bersama Umno/BN.
Untuk pengetahuan, sekarang ini, Umno/BN juga adalah anggota kerajaan di Perak dan semua negeri Pakatan Rakyat. Cuma posisinya adalah pembangkang. Maksudnya? Kita kerajaan demokrasi bukan? Apabila sebut saja demokrasi, maka perlu ada pihak pemerintah, dan pihak pembangkang. Jika tiada pembangkang, maka tidak dinamakan kerajaan demokrasi. Itu diktator. Jadi, tak perlulah pihak yang diceraikan itu terhegeh-hegeh mahu kembali berkuasa jika nak menyatukan orang Melayu dan umat Islam. Cukuplah sebagai posisi pembangkang sahaja. Kamu sudah letih kerana dah lama memerintah sebelum ini. Berehat sebentar dan bermuhasabah membaiki diri. Mungkin kekalahan kamu inilah Tazkirah yang baik kepada kamu, sekiranya kamu benar-benar mahu insaf.
1 comment:
the aliens are here and they love christ!!! plus: 'Conversation with Jesus!! search 'aliens', 'jesus'
Post a Comment