© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, July 7, 2008

PROTES diprotes?

Malang sekali apabila rakyat datang dari jauh untuk memprotes kenaikan harga minyak - yang dirasakan lebih gamat, lebih besar daripada gelombang BERSIH tempohari, akhirnya kecewa dengan cara protes yang ditunjukkan.
-
Tidak sepatutnya berlaku, protes bertukar menjadi pesta, protes menjadi expo! Kecewa dengan keadaan itu, ramai peserta memprotes perhimpunan tersebut sehingga kehadiran hanya antara 2% hingga 5% daripada sasaran - 1 juta.
-
Banyak sebab yang menyebabkan keGAGALan protes ini yang patut dibuat post mortem. Akibatnya juga adalah mustahak untuk diteliti. Imej Pakatan Rakyat pasti tercalar dengan apa yang berlaku. Imej ini adalah imej 5 kerajaan pakatan rakyat. Rakyat akan menilai prestasi dan kualiti Pakatan Rakyat antara sebelum dan selepas menang besar dalam PRU12 lalu.
-
Imej BERSIH akan mewakili imej Pakatan rakyat selaku pembangkang sebelum PRU12, manakala imej PROTES pula menjadi imej Pakatan Rakyat yang sudah menjadi kerajaan kepada 5 buah negeri. Maka kelihatanlah seperti kualiti memobilisasi suara rakyat merosot setelah menjadi kerajaan. Kemungkinan ini akan melunurkan kepercayaan rakyat untuk mengamanahkan seluruh negara kepada Pakatan Rakyat.
-
Tambahan pula, dalam protes harga minyak tersebut dilaung-laungkan nama-nama pemimpin besar yang akan hadir, namun sebaliknya hanya wakil yang dihantar berucap. Bukan salah pemimpin itu, tetapi adalah kelemahan penganjur yang sangat ketara. Tak perlu diulas. Menjual nama-nama pemimpin begitu semata-mata untuk meraih kehadiran yang besar adalah sangat tidak beretika dan akan memudarkan semangat rakyat dalam anjuran demonstrasi dan protes seterusnya.

No comments:

Ũ