© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, September 1, 2010

Hutang saya lebih RM30,000

Beberapa hari lagi, usia saya akan bertambah. Dalam usia begini, saya sudah menanggung hutang sebanyak kurang lebih RM30,000. Itu baru satu jenis hutang, belum masuk hutang-hutang lain yang mungkin terpaksa saya berhutang. Anda bagaimana?


Ketika bergelar mahasiswa dahulu, saya berkesempatan bertemu pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Antara mereka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dan timbalan menteri pelajaran, Datuk Puad Zakarshi.

Mereka ini adalah pemimpin yang kerap menyebut perihal mahasiswa dan anak muda sama ada di dalam parlimen, mahupun di pentas politik. Selain berbincang mengenai isu dan agenda mahasiswa serta anak muda, saya akan menanyakan soalan perihal Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Soalan saya, “Kenapa anda tidak memperjuangkan untuk menghapuskan bayaran balik PTPTN apabila memerintah?”

Itu soalan cepu emas. Jika menyebut perihal pinjaman ini, sebut sahaja mahasiswa mana, pastinya akan tertekan dengan perkara yang 'mengikat' mereka. Bayaran balik, kadar faedah yang tidak jelas, serta isu riba yang diharamkan Islam.

Undi Pakatan

Saya terfikir, seandainya Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang ini, meletakkan antara salah satu daripada manifestonya kepada mahasiswa atau anak muda ialah, menghapuskan bayaran balik pinjaman PTPTN, saya kira paling kurang 90 peratus mahasiswa mengundi Pakatan.

Mungkin idea itu terlalu tinggi untuk dicapai. Memandangkan negara mengalami kemerosotan ekonomi dan beban hutang, mana mungkin untuk membayar semula pinjaman ini.

Apabila saya meneliti, PTPTN memerlukan hampir 13 bilion untuk menampung satu-satu sesi kemasukan pelajar ke IPTA mahupun IPTS. Sekurang-kurangnya, menurut statistik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), hampir 40 ribu mahasiswa berdaftar untuk kemasukan ijazah pertama setiap tahun di seluruh negara.

Realitinya, dengan pertumbuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bagaikan cendawan selepas hujan, yang kebanyakannya berorientasikan perniagaan, PTPTN mendapati peluang ini adalah paling besar untuk melabur.

Dan hakikatnya, pinjaman PTPTN boleh membenarkan sesiapa sahaja pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi, dengan pendapatan keluarga minimum 4 ribu ke bawah.

Pendidikan percuma

Seingat saya, gagasan pendidikan percuma mula diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tatkala berkempen dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) yang menyaksikan keberjayaan mereka menguasai lima buah negeri. Ini bermakna, slogan pendidikan percuma sangat relevan kepada rakyat.

Soalnya, bagaimana praktikalnya agenda ini? Jika ia dapat direalisasikan, maka idea memansuhkan bayaran semula PTPTN adalah turut termasuk dalam perjuangan ini.

Bermula hari ini, Pakatan Rakyat perlu memikirkan bagaimana mekanisme untuk memperjuangkan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Cuba bayangkan hampir 80 peratus anak muda di IPT kesemuanya berumur 21 tahun dan keatas dan layak mengundi.

Ini bermakna, sesiapa sahaja, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, seandainya memperjuangkannya, maka undi anak muda atau mahasiswa sudah berada di dalam genggaman.

Soalnya, Pakatan Rakyat haruslah mendahului dan segera bertindak berbincang bersama anak muda dan mahasiswa dan segera mencari jalan keluar dan penyelesaian.

Penulis adalah setiausaha agung, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan boleh dihubungi di aisal_daruliman@yahoo.com

2 comments:

Anonymous said...

ye. mari lah sama2 bertungkus lumus membayar hutang :/

Unknown said...

I, Jessica Shannon Shirley dari Amerika Syarikat, Utara Carolina saya berjanji
untuk berkongsi kesaksian ini kepada dunia sekali isteri saya kembali semula kepada saya, dan kini dengan segala hormat saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR. Odenore untuk membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada hubungan saya dan keluarga saya. Saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa terdapat satu bedak ejaan tulen dan sahih. Saya tidak percaya mana-mana perkara-perkara ini sehingga saya longgar suami saya, saya memerlukan bantuan sehingga saya mendapati si penyihir kesan yang baik, dan dia membuang ejaan mengasihi Aku, dan memberi jaminan saya dia Saya mendapat isteri saya kembali dalam tempoh dua hari selepas musim dibuang. Tiga hari kemudian, telefon bimbit saya berdering, dan teramat, ia telah suami saya yang tidak pernah memanggil saya untuk 6 bulan yang lalu sekarang, dan membuat mereka maaf untuk percutian jantung, dan memberitahu saya bahawa beliau bersedia tulang saya kembali ke seluruh hidupnya dengan saya. Dr Odenore, dibesarkan tahu berapa banyak saya suka dan mahu. Dan membuka matanya untuk gambar berapa banyak kita berkongsi bersama-sama. Sebagai I`m menulis kesaksian ini hari ini `m wanita yang paling bahagia di dunia dan saya dan suami saya menjalani kehidupan yang bahagia dan suka hari ini adalah lebih kuat daripada ia adalah lebih di muka rehat kami sehingga. Jadi sebab itulah saya berjanji untuk berkongsi kesaksian saya di alam semesta. Semua terima kasih pergi kepada Dr. Odenore untuk kerja-kerja tambahan yang dia telah lakukan untuk saya. Di bawah adalah alamatkan e-mel mana-mana keadaan anda sedang menjalani rehat jantung, dan saya memberi jaminan kepada anda bahawa dia telah lakukan untuk saya saya, dia pasti membantu anda juga. Hubungi beliau hari ini untuk e-mel odenoretemple@gmail.com

(1) Kanser ejaan
(2) Kehamilan ejaan
(3) ejaan HIV / AIDS *
(4) Mendapatkan penipuan wang anda kembali *
(5) Jika anda mahu kanak-kanak.
(6) Jika anda pernah mempunyai mimpi buruk
(7) Eja untuk kekasih anda keluar dari penjara.
(8) Ambil pinjaman yang besar tanpa membayar apa-apa fi mengeja *
(9) untuk wanita / orang yang berlari selepas anda.
(10) Jika anda ingin mendapatkan kembali dengan bekas anda.
Hubungi beliau hari ini atas bantuan anda dan anda akan gembira selama-lamanya. E-mel JAWAPAN: odenoretemple@gmail.com

Ũ