© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, September 12, 2011

Ubah Sejarah: Jangan sampai generasi depan ketawakan anda...

Falsafah kemerdekaan dalam Islam adalah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia, kepada memperhambakan diri kepada ALLAH.

Hari ini rata-rata orang berbicara tentang perihal kemerdekaan negara. Selalunya sambutan kemerdekaan dipandang sepi oleh rakyat jelata. Hanya pihak pemerinta sahaja yang beriya-ia menyuruh rakyat memasang bendera. tapi tahun ini agak panas. Rakyat teraktif untuk menyelami perihal sejarah kemerdekaan negara, terutama golongan muda. Bukan kerana terpujuk dengan propaganda menteri, tetapi hasil cetusan isu daripada ceramah timbalan presiden Parti Islam.

Satu pihak membicarakan hal ehwal keganasan komunis dalam sejarah kemerdekaan negara. Satu pihak lagi terus berusaha membongkar kepincangan sejarah yang sudah lebih 50 tahun didoktrin kepada umat Malaya. Satu pihak terus dengan aktiviti menyaman dan mengutuk timbalan presiden parti islam, manakala satu pihak lagi pula terus mengadakan seminar, forum dan kajian terhadap sejarah serta membongkarkan penipuan-penipuan sejarah yang dilakukan.

Ketika kecamuk perbezaan pandangan mengenai sejarah kemerdekaan, muncul satu kenyataan dari cerdik apndai bahawa 'Malaysia Tidak Pernah Dijajah'. Satu pihak terkedu seketika, kemudian bangkit mencari alasan membenarkan kata-kata cerdik pandai itu. Satu pihak lagi ada yang tersengih, ada yang ketawa kelucuan, ada yang terus memperlekeh kenyataan yang tidak berasas tersebut.

Sejarah sudah menjadi sejarah, dan pertikaian mengenai sejarah ini, juga akan menjadi sejarah. Kenyataan bahawa malaysia Tidak pernah Dijajah, juga akan menjadi sejarah. Kepada semua yang terlibat, langsung atau tidak langsung, ingatlah, jangan sampai kebijaksanaan anda hari ini ditertawa oleh generasi akan datang.

No comments:

Ũ