© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, July 15, 2009

Manek hampir terurai....

Parti Islam menang di Manek Urai, menewaskan parti nasionalis Melayu dengan 65 majoriti.

Pasti geger, kenapa majoriti tipis, sedangkan PRK sebelum-sebelum ini PR menang bergaya kecuali di Batang Ai. Kenapa?

Salahkan Umno?
1) Rasuah?
2) Politik wang?
3) Politik ugut?
4) Undi pos?

Salah diri sendiri?
1) Isu UG masih berbekas?
2) Terlalu yakin?
3) Ada isu yang terlepas pandang?

Macam-macam andaian dibuat, kenapa Parti Islam menang tipis. Ada yang tertanya-tanya mana pergi 2000 majoriti yang digegerkan sebelum tamat pembuangan undi. Terlalu yakin atau hanya strategi?

Ada yang sinis berkata inilah kesan 'memboikot' Timbalan Presiden. Katanya mujurlah Ust Nasha itu muncul juga disaat akhir, dapat juga majoriti 65.

Ada yang memepersoalkan jentera terlalu menumpukan isu-isu besar seperti royalti minyak, hingga terlepas pandang isu-isu lain yang dianggap kecil seperti isu kenaikan harga barang, harga beras yang tidak turun-turun, jenayah bertambah dan sebagainya (padahal isu ini yang mencetus tsunami politik PRU12).

Ada pula yang secara selamba mengatakan itu taktik bijak penduduk Manek Urai, memberikan undi kepada calon Parti Nasionalis Melayu kerana mahukan jambatan baru, pembangunan. Tidak undi Parti Islam tidak mengapa kerana Tok Guru tetap mentadbir Kelantan. Kita ambil jambatan dulu, PRU13 kita ajar balik Parti Nasinalis itu.

Nak salahkan Parti nasionalis itu, memang semua kesalahan yang dilakukan adalah tradisinya. Politik wang, rasuah politik, ugut, tabur duit, tabur beras...itu tradisi parti perkauman Melayu itu. Tanpa unsur-unsur itu, bukan nasionalislah namanya. Mereka akan buat apa-saja asalkan menang, kerana kemenangan ini akan menjadi dadah stimulan kepada mereka. Mereka perlkan suntikan semangat setelah beberapa kali rebah, 6 berbalas 1. Menang 1 itu pun di Bornoe sana.

Apapun, kita tunggu apa kata post mortem Parti Islam mengenai kemenangan tipis tu. Mungkin kita disuruh bermuhasabah. Jangan terlalu yakin kita akan menang setelah beberapa PRK kita menang. Sebab kemenangan itu adalah anugerah ALLAH, kita hanya berusaha. Usah mendabik dada. Walau secanggihmana tenologi, walaupu seganas mana bloggers, walaupu sebesar mana pun jentera, walau sepersis mana pun culaan yang dibuat, kita tiada hak untuk mendabik dada dan bekerja sambil lewa. ALLAH memerhati setiap tindak-tanduk kita, terutama hati kita.

Tahniah kepada para petugas dan pengundi DUN Manek Urai yang berusaha bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam bergerak-kerja memenangkan Islam.

WaLLAHu a'lam...

No comments:

Ũ