© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, February 8, 2010

Sembang: Cerita lagi (kisah Rosmah)

Cerita 13
Fatimah berjalan melalui ruang legar terminal bas bersama temannya, Haspah. Kedua-duanya mahu menaiki bas ke Kuala Lumpur. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Bas sudah bersiap sedia untuk bergerak. Pembantu driver melaung-laung memanggil penumpang yang belum menaiki bas. Fatimah dan Haspah bergegas menuju ke arah bas.
-
Baru sahaja hendak melintasi longkang besar kerana mahu cepat, Fatimah dan Haspah ternampak seorang gadis terjatuh ke dalam longkang besar tersebut. Anehnya tiada siapa yang tahu dan nampak bagaimana gadis itu terjatuh. Gadis itu tidak pula menjerit-jerit, sekadar mengherotkan wajahnya menahan sakit.
-
"Eh, itu kan Rosmah*?" Haspah perasan akan gadis malang itu.
-
"Rosmah?" Fatimah dan Haspah bergegas mendapatkan Rosmah.
-
"Padan muka dia..." Haspah mengherdik, geram.
-
Siapa tidak kenal Rosmah. Pelajar kolej yang selalu membuli junior-juniornya, dengan cara tersendiri. Fatimah dan Haspah pernah menjadi mangsa bulinya.
-
"Biarkan dia, Fatimah. Bas kita dah nak gerak tu..."
-
Fatimah melihat keadaan Rosmah. Timbul perasaan kasihan kepadanya. Rosmah bagaikan malu untuk melihat Fatimah dan Haspah.
-
"Kau pergilah dulu... aku mahu selamatkan dia"
-
"kenapa? bukan ke dia ni selalu buli ...." Haspah tidak berpuas hati.
-
"Haspah... memang benar, selama ini kita benci kepada sikapnya, tetapi hari ini, ALLAH telah campakkan perasaan belas kasihanku kepadanya... tentu ada hikmahnya."
-
=============================================
-
Sejak peristiwa itu, Rosmah menjadi rakan karib Fatimah dan Haspah.
-
=============================================
-
*bukan Rosmah Mansur.
p/s: cerita ini dimodify dr kisah betul. pengajaran? sendiri mau pikir...

6 comments:

Mujahid Cakna said...

http://mujahid4869.blogspot.com/2010/02/7-faktor-utama-penyebab-kemusnahan.html

no komen, nk promote blog ja
:D

FFF said...

sesungguhnya jika kisah teladan ini tersurat isu sebenarnye...anda akan 'diperangi' oleh 'sahabat' dan 'bukan sahabat'...

hhh said...

apa maksud fff?

FFF said...

itu kene cr...amati betul2. bole tanye penulis sendiri.

Aneroid said...

FFF, boleh jelaskan apakah yg tersurat itu menyebabkan 'anda' diperangi?

sebenarnya cerita ini diubah dari pengalaman yang ibu saudara ceritakan. ceritanya menyentuh pankreas sket2. mungkin diperpusingkan dalam entry ini menyebabkan salah faham (?).

FFF said...

mungkin terclap faham...kalau cerite ni just berkaitan dgn kisah yg boleh mnyntuh pankreas sipenulis sj, maka itu tidaklh berkaitan dgn perkara tersirat yg sy faham...

Ũ