© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, March 16, 2010

Sembang: Cerita 14 - "Pendidikan...."

"Kalau boleh ayah nak Humaira masuk UM" ujar ayah setelah mendapat tahu keputusan SPM Humaira.

Muhammad memandang wajah ayahnya sambil tersenyum. Dialah yang akan mengisi borang kemasukan UPU online. Al-maklumlah internet di rumahnya tiada. Bukan kerana kamp[ungnya mundur, tetapi gejala curi kabel menyebabkan kampungnya terputus hubungan dengan dunia luar jika tiada teknologi wireless seperti hanset.

"bagi dia ambik bahagian agama pula. Hangpa semua tukaq lorong, biaq Humaira ambik aliran agama pula" sambung ayah.

"hm... ambik pengajian Islam ka, usuluddin?" tanya Muhammad.

"Isilah yang mana dulu pun... cuba bagi dia mengaji kat Kelantan pula" tambah ayah.

"UIAM tak mau isi ka?"

"isi pi laa... tapi kalau dapat UM Nilam Puri lagi baik. Bulih laa tengok janggut tok guru... kat tempat lain tak dak suasana macam kat sana... " ayah tersengih.

"tp Nilam Puri tu pengajiannya dua tahun rasanya..." Muhammad cuba membandingkan dengan program martikulasi KPM.

"Dua tahun pun tak paa. Bagi dia matang sikit. Nak bagi dia cari ilmu. Bukan nak suruh dia cari kerja, bukan nak suruh dia cari duit..." ayah berkhutbah ringkas. Muhammad 'tersedar'. Dia tersenyum sahaja.

"... kalau nak cari duit, tak payah pi U.... suruh dia buat bendang pun dapat duit... tengok Pak Dolah tuu... kerjanya ambil upah meracun rumput saja, dah bulih beli kereta... tu kalau nak cari duit... ayah nak bagi dia cari ilmu,... dan bina syakhsiyah..." si ayah menyambung lagi.

"tengok laa akhlak dan syakhsiyyah budak-budak la ni... akademik memang pandai, tapi apa guna kalau syakhsiyyah teruk. Biar Humaira bina syaksiyyah kat Nilam Puri dulu, lepas tu kuat la sikit bila pi KL nanti..."

Muhammad mendengar kata-kata ayahnya dengan rasa insaf. Ya... ayahnya bukanlah mahu lihat anaknya mengutip A yang banyak semata-mata, tetapi pembinaan rohani lebih ayahnya pentingkan. Bagi Muhammad, benarlah kata-kata ayahnya. Bukan sahaja ayahnya menyusun 'perancangan' untuk Humaira, tetapi dia rasakan ayahnya turut secara halus memberi nasihat kepadanya. Walaupun Muhammad sendiri bertukar aliran, dari aliran agama ke aliran kejuruteraan, tetapi point yang penting adalah perlunya mendalami ilmu agama dan membina syakhsiyyah diri walau di mana dia berada.

Muhammad faham bahawa seorang ayah pasti akan mendapat firasat tentang anak-anaknya. Ayah pasti dapat merasai apa-apa perubahan pada seseorang anak. Muhammad bersyukur, kerana ALLAH masih mendidiknya melalui nasihat-nasihat ayahnya.

3 comments:

gajora said...

bgs nyo cito ni, bnyk pengajarang
tp
aish, cm penah ku dgr citer ni di suatu hari, tapi di mana ya?

monera said...

salam.
seperti ku kenal siapa watak2 dalam cherita ini kesah.
jalan ceritanya pun.. macam kenai.

Humaira, humaira...

Aneroid said...

:D

Ũ