Umat Islam kuat kerana bersatu atas dasar ukhuwwah Islamiyyah. Sejak zaman RasuluLLAH, hinggalah zaman kejatuhan khalifah Islam Turki Othmaniyyah, kekuatan Umat Islam disegani kawan dan digeruni lawan. Segalanya kerana keteguhan aqidah dan kekuatan ukhuwwah persaudaraan Islam.
Pada akhir zaman pemerintahan Khilafah Islam Turki Othmaniyyah, kekuatan umat Islam mulai goyah, dek kerana musuh-musuh Islam sudah mendapat formula untuk meruntuhkan kekuatan Islam.
1) merosakkah akidah umat Islam ( menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan as-sunnah)
2) memecah-belahkan kekuatan ukhuwwah persauddaraan Islam (dengan cara memecahkan daulah Islamiyyah kepada negara-negara kecil, negeri-negeri kecil, meniupkan semangat kenegerian dan kebangsaan, mendoktrin ideologi politik yang pelbagai dll)
Bangsa Arab hampir musnah kerana sikap perkauman yang keterlaluan. Mereka berperang sesama sendiri kerana mempertahankan 'maruah' seama qabilah. Kedatangan RasuluLLAH menyelamatkan mereka dengan menyatukan mereka di bawah panji-panji Islam. Mereka dipersaudarakan dengan ikatan aqidah yang satu. Mereka menjadi kuat dan Islam tersebar ke seluruh dunia.
Era kejatuhan khalifah, api perkauman ditiup oleh musuh, - bahawasanya kekuasaan Islam adalah untuk orang Arab, bukan orang Turki - menyebabkan munculnya gerila-gerila Arab yang menghuru-harakan pemerintahan Sultan Abdul Hamid, sebelum dijatuhkan oleh musuh. Mereka diajar tentang ketuanan Arab, hanya Arab paling layak mentadbir dunia Islam, bukan orang Turki.
Akibat perang dunia pertama, banyak tanah-tanah kerajaan Islam Turki Othmaniyyah di pecah-perintah kepada negara-negara kecil. Semangat kenegaraan, kenegerian dan kebangsaan ditiup. Umat Islam didoktrin dengan sikap menjaga negeri sendiri, tidak boleh mencampuri urusan negara lain sekalipun sesama Islam. Dengan itu kekuatan umat Islam mula berpecah.
Khalifah pada ketika itu menyedari gerakan musuh memecah-belahkan umat Islam. Lantas dengan pantas, khalifah mengemukanlan pelan bagi menyatukan semula ukhuwwah umat Islam yang dicarik-carikkan musuh. Salah satunya adalah pelan pembinaan landasan-landasan keretapi yang menhubungkan negara-negara umat Islam dibentang dan dilaksanakan, dengan tujuan umat Islam akan dapat kembali bersatu.
Namun api perkauman lebih kuat menyala dalam kalangan bangsa Arab. Atas slogan 'Arab untuk Arab', gerila-gerila Arab yang rasis inilah yang menggagalkan pembinaan projek mega landasan keretapi seluruh dunia yang dilancarkan oleh Khalifah. Landasan-landasan yang baru siap dibina turut dicungkil dan dirosakkan. Mereka mahukan Arab untuk Arab. Dari situlah akhirnya musuh mudah menggulingkan Sultan Abdul Hamid, khalifah terakhir empayar Islam, yang tegas mempertahankan tanah umat Islam daripada disabotaj Zionis.
Semangat perkauman tidak pada Arab sahaja. Semangat perkauman Melayu juga adalah agenda musuh Islam. Umat Islam di Malaysia, majoritinya adalah Melayu. Kekuatan umat Islam di Malaysia mesti dipecahkan. Melayu mesti ditiup semangat perkauman supaya kekuatan Islam tidak bertambah dengan pernyertaan kaum-kaum lain ke dalam agama Islam. Dakwah Islam hanya untuk orang Melayu. Ayat al-Quran hanya untuk Melayu. Kaum lain tidak dibenarkan membaca ayat al-Quran. Demikianlah ajaran perkauman, walhal Islam adalah untuk semua.
Semangat perkauman Melayu akhirnya akan menjatuhkan negara kepada kuasa asing jika tidak dihentikan. Lihatlah contoh empayar besar Turki. Semangat kebangsaan Arab melahirkan gerila-gerila rasis, menggagalkan cita-cita khalifah menyatupadukan umat islam atas dasar aqidah dan ukhuwwah Islamiyyah. Gerila-gerila ini bukan tentera sebenar. Mereka menyerang hendap dan pukul curi sahaja. Maka semangat perkauman melayu juga demikian. hari ini telah muncul 'gerila-gerila politik' seperti Perkasa. Gerila Melayu Perkasa ini menyerang dengan semangat perkauman Melayu. Mungkinkah akan muncul lagi gerila-gerila politik berasaskan perkauman ini suatu masa kelak yang akan terus mencetus rasa tidak selesa masyarakat pelbagai kaum, sedangkan kita semua mengimpikan kesatuan umat Islam di bawah satu ikatan aqidah dan ukhuwwah islamiyah, di bawah satu panji-panji Islam, sebuah negara baldatun thoyyibatun, wa Rabbun Ghafur ~
No comments:
Post a Comment