© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, November 10, 2008

Politik baling kerusi, Melayu semakin menuju kelas ketiga!

Baca saja berita-berita di akhbar atau tonton berita di televisyen, asyik-asyik cerita UMNO. Kemudian bermacam-macam persoalan timbul dalam fikiran dan ulasan tentang UMNO ini. UMNO sekarang kelihatan cuba mengembalikan kekuatannya, dan dengan Dato Najib sebagai bakal Presidennya dengan menang tanpa bertanding, UMNO rasa bagaikan kembali menjadi kuat (?).

Posting kali ini berkisar tentang politik UMNO. Apakah aku tidak boleh berpolitik? Jawabnya boleh. Mahasiswa sangat dialu-alukan berpolitik. Kawan-kawanku di kampong boleh berpolitik dengan bebas, kenapa aku di university Apex tidak bebas menyatakan pendapat politikku? Bagaimana mungkin mahasiswa tidak boleh berpolitik sedangkan hakikatnya kita dilingkungi oleh anasir-anasir politik yang mempolitikkan kita dan memperalat kita bagi memenuhi kehendak politik mereka samada kita sedar atau tanpa kita sedari. Jadi kita juga perlu memahami politik untuk mengelak diri kita daripada tertipu dengan politik politikus di sekeliling kita.

Baik, kembali semula kepada isu UMNO. UMNO adalah parti nasionalis Melayu. Parti kaum Melayu. Maka tidak salah kita sebut UMNO adalah parti perkauman. Sebagai orang Melayu, tidak salah kita mengkritik UMNO, kerana terdapat golongan yang berfikiran bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Oleh kerana terdapat persepsi demikian, maka apa yang berlaku dalam UMNO sedikit sebanyak menggugat imej kita sebagai orang Melayu di mata dunia, sekalipun kita tidak menyokong atau bersetuju dengan UMNO. Lihatlah sekarang di mana berlakunya adengan merebut jawatan yang dikira sudah semakin parah. Politik duit menjadi darah daging UMNO sedikit sebanyak menggambarkan Melayu memang mata duitan dan perasuah (?). Adengan membaling kerusi dalam pemilihan di peringkat bahagian juga tidak sedikit membuatkan kita malu. Melayu gila jawatan! Mungkin itu yang dunia Nampak, kerana setiap hari berita berebut jawatan, malah jawatan itu hanyalah peringkat bahagian saja pun, sudah sampai baling-baling kerusi.

"Siapa lawan aku, aku baling kotak kayu ni atas kepala dia" - gambar hiasan

Dunia melihat bahawa Melayu berpolitik seperti budak-budak agaknya. Gelagat tidak waras yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO atas dan bawah mencemarkan imej Melayu. Kalau Amerika, lihatlah bagaimana profesionalnya Hillary dan Obama melobi. Bagaimana jauh lebih baik kempen Obama dan McCain dalam merebut kerusi Presiden Amerika berbanding UMNO. Melayu sudah sampai ke tahap baling kerusi sekalipun hanya kerusi UMNO bahagian yang direbutnya.

Malu kita sebagai orang Melayu apabila UMNO yang berwarna Melayu menjadi begitu teruk. Ah… Tiada apa yang perlu dimalukan akibat perbuatan UMNO. Kalau kita bersikap perkauman Melayu, memang patut malu. Jika tak mahu malu, usah terlalu keMelayuan. Berjuanglah atas nama Islam. Kita sebagai seorang Muslim. Melayu hanya label murahan saja. Sama saja murahnya dengan label-label Cina, India, Arab, Jawa dan sebagainya. Tak berkesudahan jika hanya berjuang atas nama label. Tiada kemuliaan di sisi Raja Segala Raja melainkan bezanya adalah level ketaqwaan.

Kita pula sebagai mahasiswa, sepatutnya mampu menilai siapa UMNO dan kepimpinannya. Apa matlamat UMNO, dan bagaimana cara UMNO merealisasikan matlamatnya. Jangan kerana sokongan kita generasi muda kepada UMNO, membuatkan kita menjadi susah suatu hari nanti. Mahasiswa wajar berfikiran jauh, sesuai dengan levelnya sebagai pemimpin masa depan. Jangan terpengaruh dengan politikus-politikus UMNO yang sudah tua. Kita perlu mencorak masa depan generasi kita dan generasi seterusnya.

Kalaupun ada antara kita mahasiswa, yang sudah bertekad untuk hidup dan mati dalam UMNO, maka tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik UMNO. Tidak bermakna anda harus ikut telunjuk orang-orang tua UMNO yang sudah rosak akhlaknya. Apakah anda juga mahu sama dengan level mereka yang baling-membaling kerusi? Berjuang dalam UMNO adalah perjuangan duit. Berjuang membolot harta dunia yang tidak ke mana-mana. Slogan berjuang untuk Melayu hanya gula-gula meraih sokongan. Hakikatnya tiada apa pun pembelaan kepada Melayu dengan ikhlas. Jika bantu, hanyalah bantuan itu tersembunyi agenda dibelakangnya.

Lihatlah level Melayu hari ini. Sepatutnya setelah 50 tahun merdeka, Melayu sudah maju. Melayu sudah tidak perlu bertongkat lagi. Tetapi sana sini Melayu terpinggir di bumi sendiri. Melayu semakin menghampiri bangsa kelas ketiga dalam Negara sendiri. Pandanglah dan lihatlah penduduk Bandar. Berapa kerat sahaja Melayu yang hidup di Bandar-bandar besar? Sesungguhnya hanya golongan elit Melayu UMNO sahaja yang dibuai kesenangan. Melayu lain hanyalah menjadi batu loncatan golongan elit ini untuk terus berkuasa. Elit Melayu sanggup menjadibodohkan Melayu lain kerana apabila Melayu sudah berjaya menjadi bodoh, mudahlah elit-elit ini memperbodohkan Melayu untuk terus berkuasa.

Banyakkanlah berjalan dan merantau melihat kedudukan orang Melayu di bawah. Jangan fikir dengan kesenangan kita dan keluarga di sekeliling kita, ia sudah menggambarkan keadaan Melayu itu sudah senang lenang. Silap. Melayu sebenarnya sudah menghampiri bangsa kelas ketiga. Cina dan India pula semakin membina kelasnya tersendiri dalam Negara kita. Bukan salah Cina dan India, tetapi salah pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang hanya berpolitik untuk kepentingan diri dan kroni, bukan untuk bangsa sendiri.

Marilah kita mengubah persepsi dunia bahawa Melayu bukanlah UMNO. Kesilapan UMNO bukan kesilapan Melayu. Buruknya UMNO adalah akibat perjuangan mereka sendiri yang salah dan bersifat asobiyah perkauman. Jangan kita terjebak dalam politik kebudak-budakan UMNO. Sebagai golongan muda dan terpelajar, kita tidak akan melayan karenah perkauman yang diperalatkan UMNO untuk terus berkuasa.

Berjuanglah bersama-sama gerakan Islam. Islam akan relevan sampai bila-bila. Melayu tidak akan relevan selama-lamanya. ‘Dulu, kini selamanya’ hanyalah slogan khurafat UMNO. Tiada sesuatu yang kekal melainkan ALLAH.Hidup kita tidak lama. Melayu takkan dapat tolong kita di akhirat. UMNO lebih-lebih lagi tiada nilai di akhirat. Kembalilah kepada Islam dengan sebenar-benarnya.

5 comments:

Anonymous said...

oitt baling kerusi je salahkan umno. dulu mca pun ade baling kerusi ko x kecoh pun

Anonymous said...

ni laa.. bangsa wat kecoh memalukan diri xrase ape..

dulu politik sepak tong aka peti undi.. skng main kerusi? cari galah panjang, main toi baru best.


~oh, aku xperjuangkan bangsa.. Aku perjuangkan ISLAM. ISLAM dijulang tinggi~

Anonymous said...

mcm haram je umno ni. rasis gila. sampai org rasis dijulang sbg pahlawan. bodo punya umno.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18281

Anonymous said...

Sapa yang rasict?org melayu nak jaga hak dia je....
tapi org bukan melayu yg tak tahui nak bersyukur..dah bagi betis nak paha, dah bagi paha nak apa lagi??tgk org melayu kat Singapura...tahu bersyukur....tak mintak yg bukan......

Anonymous said...

org kapir mana ada konsep syukur. apa la ko anynomus...

memang pemimpin umno rasis. sama saja mcm cina. cina pun rasis, india pun rasis. sistem dlm negara kita mmg bcorak rasis, sbb kerajaan BN tdiri dr parti2 rasis. xyah nak sembunyikan la. mmg acuan rasis, lahirkan msyarakat yg rasis.

aku stuju kalau krajaan bsungguh2 dakwah islam kat rakyat. Islam x pandang pkauman. bila smua org paham Islam, xda yg suka rasis2 lagi.

apa yg melayu jaga hak dia? tgk kat penang dulu umno jaga hak melayu ke? singapore dulu pun umno jugak yg pisahkan. politik melayu/umno mmg merugikan bangsa sendiri. pastu blagak kata diorang pembela melayu. piiiraaah

Ũ