© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, April 8, 2009

Siapa lebih gembira? Bersedia untuk PRK akan datang pula....

Tahniah!

Parti Islam, PKR dan BN masing-masing berjaya memenangi satu kerusi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ketewasan BN di dua 'bukit' mungkin memberi isyarat pertama berakhirnya dinasti BN setelah lengkapnya teori R.A.H.M.A.N. AlhamduliLLAH, setelah gigih berusaha, kuat bekerja, disusuli doa dan tawakkal kepada ALLAH, Parti Islam berjaya memenangi kerusi Perlimen Bukit Gantang, dan sekutunya PKR berjaya mempertahankan juga kerusi Bukit Selambau. Takziah kepada BN kerana hanya berjaya memenangi Batang Ai.

Bagi Parti Islam dan PKR, serta juga DAP dalam gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat ini, kemenangan dua bukit ini menggambarkan sentimen penolakan terhadap BN masih mempunyai momentum yang kuat di semenanjung Malaysia. Malah kemenangan Ir Nizar memberi isyarat kepada BN bahawa kempen 'Nizar Derhaka' tidak berjaya mempengaruhi majoriti rakyat Perak sendiri.

Tahniah sekali lagi dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha sepanjang pilihanraya kecil ini termasuk para petugas dari seluruh ceruk negeri dan kawasan, para aktivis politik, para bloggers, anggota-anggota unit amal, para perayu undi dan seterusnya para pengundi yang mengundi calon Pakatan Rakyat! Sesungguhnya usaha kalian hanyalah dapat dinilai oleh-Nya. Alangkah terharunya apabila mendengar berita, petugas yang nun datang dari jauh dengan menjual ternakan serta bergadai tanah semata-mata untuk datang ke Bukit Gantang bagi memenangkan calon Parti Islam. Alangkah terharunya apabila melihat pak cik-pakcik tua, anak-anak muda, remaja-remaja, makcik-makcik dan srikandi-srikandi bekerja keras setiap malam dan siang semata-mata untuk melihat Parti Islam dan Pakatan Rakyat menang.

Sesungguhnya tidak sama kegembiraan antara penyokong dan para petugas. Penyokong pasti gembira dengan kemenangan ini, tetapi para petugas lebih-lebih lagi gembira dan merasai manisnya kememangan ini. Lihatlah para penonton dan penyokong seseuatu pasukan bola sepak. Mereka akan bersorak kegembiraan apabila pasukan yang mereka sokong menang. Akan tetapi setakat mana tahap kegembiraan mereka? Sudah tentu mereka hanya menang sorak. Bagaimana pula keadaan para pemain pula? Mereka pasti lebih gembira, dan juga dapat menjulang piala serta imbuhan-imbuhan tertentu hasil kemenangan mereka. Siapa yang lebih merasai kemanisan 'menang' itu? Tentulah para pemainnya.

Begitulah jua kisahnya antara kegembiraan penyokong dan para petugas. Penyokong bergembira dengan kemenangan ini. Tetapi para petugas yang gigih berusaha, akan mendapat merasai manisnya kemenangan dan piala yang ALLAH janjikan (berupa pahala, darjat di sisi-Nya, insyaALLAH syurga-Nya). Segala pengorbanan, jual ternakan, gadai tanah, infaq harta, memerah keringat dan sebagainya, semua itu akan dihitung oleh ALLAH untuk ditukar kepada ganjaran yang sangat berharga sekiranya semuanya ikhlas kerana-Nya.

Bagi mereka/kita yang hanya sekadar penyokong untuk PRK kali ini, kita harap kegembiraan kita dengan kemenangan Parti Islam ini akan dapat juga ganjaran dari-Nya walaupun tidak sama dengan para pejuang yang bekerja keras. Dan tanamlah azam dan semangat dalam diri kita, bahawa kita akan turun jua ke medan menjadi pejuang dan petugas pada mana-mana PRU dan PRK yang akan datang bagi meraih piala dari ALLAH.

Khabarnya, di Johor nanti kemungkinan akan satu lagi pilihanraya kecil, dan di Perak pula dalam masa tiga bulan dari sekarang, kemungkinan akan ada juga pilihanraya sekali lagi. WaLLAHU a'lam.

ALLAHU AKBAR!!!

Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang:

Calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - 21,860 undi,
Calon BN, Ismail Saffian -19,071 undi,
Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris- 62 undi.

Nizar menang dengan majoriti 2,789

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

1. R Loganathan (Bebas) - 31 undi
2. Tan Hock Huat (Bebas) -78 undi
3. Radzi Md Lazim (Bebas) - 25 undi
4. S Manikumar (PKR) - 12,632 undi
5. Mohd Fadzil Wahab (Bebas) - 83 undi
6. Abdul Rahim Abu (Bebas) - 60 undi
7. L Sarala (Bebas) - 49 undi
8. Datuk S Ganesan (BN) - 10,229 undi
9. A Jayagopal (Bebas) - 35 undi
10. S Moganakumar (Bebas) - 46 undi
11. Khamis Awang (Bebas) - 29 undi
12. Husaini Yaakob (Bebas) - 257 undi
13. M Vaneson (Bebas) - 32 undi
14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (Bebas) - 528 undi
15. T Chandrarajan (Bebas) - 73 undi.

Undi rosak 415.
Majoriti 2,403 undi.

Kesimpulan mudah PRK 2 Bukit 1 Batang:

1) PR menang 2-1 atasi BN, bukti rakyat Semenanjung masih marahkan BN
2) Isu Nizar Derhaka tidak berjaya mempengaruhi majoriti rakyat Bukit Gantang
3) Rakyat masih yakin bahawa Nizar dianiaya
4) Rakyat tolak kepimpinan Najib
5) Kempen BN masih ditakuk lama dan kebudak-budakan
6) Tun Dr M sudah tidak relevan - sia-sia saja dia turun kempen
7) Rakyat Bukit Gantang suruh MB Kudeta BN muhasabah status diri.
8) ...
9) ...
10) ....
(tiru style blog sape pulak ni ... haha)

Ayat-ayat biasa orang kalah :
1) Ganesan tetap berbakti walaupun kalah - [ada serupa macam calon BN yg kalah di Permatang Pauh ]
2) Gagal bukan bermakna rakyat tolak kepimpinan Najib: Hishammuddin
3) BN hormati pilihan pengundi: Hishamuddin

Link-link berkaitan:
1) Rakyat belum maafkan BN
2) Pakatan 2 Bukit, BN Batang Ai
3) Pas pertahan Bukit Gantang
4) Kalah di dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

Kepada penyokong BN, usah bersedih dengan kekalahan calon anda. Tukarlah kapal dan mari sambut kegembiraan ini bersama-sama. Yang menang, jagalah adab. Jangan sakiti hati mereka yang kalah. Islam itu indah.

p/s: sshhhh.... 'mahasiswa tak boleh berpolitik daaa...'

6 comments:

Anonymous said...

ALLAHuAKBAR!!

Radzi Mat Dom said...

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Anonymous said...

perak nk ngundi kt mana plak? kat johor cni dgrnya ada wakil rkyat bn kat icu. harapan 50-50 sj. kita doakan dia sembuh. klu dah takdir, nk wat canne, so bsedia lah.

Kalam Ajami said...

Dah,dah... abaikan politik yg melalaikan. Jom keluar berdakwah.

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayu
murtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama
menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.
Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak
dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah
Syariah yang membenarkan.)


Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.


Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.


Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.


Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..


Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?


Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".


Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?


Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!


Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...


Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...


Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...


(dikopi pes dari blog Azhar Jaafar- umat Nabi yang tengah khuruj dekat Amsterdam, Holland.)

keretamerah said...

geng2 tabligh ni laa yg yahudi suka... tak lwn dorang. tumpu ibadat, ziarah2 saja. tasykil2 saja. baca taalim saja. usap2 janggut saja. pakai kayu sugi saja.

tu sunnah kecil-kecilan saja. bagus la buat. yg tak bagusnya, sunnah besar korang tinggal. sunnah besar yg nabi buat adalah tubuh kerajaan Islam, madinah. Tadbir negara ikut quran dan sunnah. tu sunna besar brader2 tabligh oiii. hebat sgt ke iman korang dgn just kira bilangan hari korg keluar merantau melancong ke negeri org?

org2 mcm ni la yg yahudi dan kapif suka. korg tgk la agama buddha. dorang buat baik je. derma sana sisni, buat kebajikan sana sini. yahudi x kacau buddha sbb apa? sbb buddha xde matlamat nak tubuh negara. buddha bukan agama politik. just cara islah diri saja cara dorang. Yahudi suka la bab ni. Korang tabligh camne?

korg tgk laa, amalan korg tu dgn ilmu ke x? mengaji dulu, bukan ikut membabibuta tuli. org keluar, kita pon keluar. org tasykil kita, kita pon angguk. mmg la angguk, sbb kita tak reti. tak ngaji dulu.

adoii.... jgn la terpedaya dgn karkun-karkun korang. belajar dulu bg sahih ilmu. beramal dgn ilmu, bukan beramal semberono. tak dapat ape pon. perasan je dpt pahala itu ini. perasan je air mata mengalir sana sini. kan nabi pon kate, iblis lebih takutkan org berilmu yg sedang tidur dr org yg xde ilmu yg sedang beribadat.

define la diri korang camne. bukan nak perlekeh usaha korang, tp itulah hakikat. sebb apa umat Islam lemah hr ni? sbb tak cukup elemen utk jd umat terbaik. Umat terbaik ada ciri-ciri beriman kpd Allah, amar makruf, nahi munkar. korang ade gak la sikit..sikit je amar makruf. tapi nahi mungkar ntah ke mana. tak cukup beb.

Amar makruf pon ntah ke mana je. makruf paling besar adalah mengatakan tidak kpd pemerintah yg zalim. ada berani ke korang? kalau stakat usap janggut, belom kuat iman lagi beb. kalau keluar 4 bulan, xyah mimpi iman dah kuat bro!

pokoknya, ilmu. beramal berlapik ilmu, baru la ada kesan. solat korang camne? ade pg belajar cara solat ke x? kitab solat musolli tu korg dah khatam ke? solat pon x ambik kisah, ape laaa. bukan tablgh saja le kalo bab2 solat ni. semua org kene perbaiki solat. setakat katam bab solat sekolah rendah, xyah mimpi la solat nak diterima. byk lg kena blaja bab solat.

aku x reti nak bermadah mcm tuan kalam ajami tu. cukup laa akucuit2 mcm ni. maaf la kalau korang tabligh x puas ati.

dEe Di a.k.a. KeNg hAu said...
This comment has been removed by the author.
Ũ