© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, April 17, 2009

Ragut meningkat 100% ... Bolehkah "Satu Malaysia" memperbaiki "Islam Hadhari"?

Kes ragut di KL naik 100 peratus! - Utusan Online


KUALA LUMPUR 16 April – Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus.


‘‘Empat bulan pertama tahun lalu jenayah itu merekodkan 1,249 kes, tahun ini pula mencatat 2,254 kes.


Samun berseorangan tanpa senjata api pula turut meningkat sebanyak 24 peratus iaitu dari 234 kes kepada 290 kes,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.


Menurut Chin Wah, ketiga-tiga jenayah terbabit menyumbang 31 peratus dalam keseluruhan indeks jenayah di Kuala Lumpur setakat April tahun ini.


Memandang berat perkembangan itu, menurutnya, satu operasi besar-besaran telah dilancarkan oleh polis Kuala Lumpur sebagai langkah proaktif untuk mencegahnya daripada terus meningkat.


Chin Wah berkata, operasi yang berkonsepkan ‘kepolisan agresif’ itu menggabungkan semua jabatan dan cawangan IPK Kuala Lumpur, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), JSJ Narkotik, Cawangan Khas, Cawangan Trafik serta Pasukan Gerakan Am. Baca Lagi...


Inilah tanda undang-undang ciptaan manusia GAGAL! Kenapa masih degil untuk kembali melaksanakan hukum ALLAH? Apply saja Hukum Hudud untuk satu penggal, then analisis. Tengok keberkesanannya. Belum buat dah macam-macam alasan. Tak bertamadunlah.. Tak maju lah... tak produktif lah...! Itu namanya memerli hukum ALLAH. Itulah antara kepincangan konsep Islam Hadhari yang menyenaraikan 10 prinsip melakukan kebaikan tetapi tiada konsep pencegahan kemungkaran. Kini era Satu Malaysia pula didendangkan. Belum dikemukankan berapa prinsipnya.

Ragut - hukumnya potong saja tangan si peragut. Ada prosedurnya., bukan main tangkap-potong saja. Kalau orang bukan Islam tak faham, gunalah media, fahamkan mereka. Guna jentera kerajaan, fahamkan mereka mengenai hudud. Sekali dua peragut kena potong tangan, percayalah, peratusan ragut akan turun mendadak. Hanya tinggal lembu dan kerbau saja yang meragut di padang. Potong tangan depan khalayak ramai, atau buat saja live telecast. Bagi pengajaran kepada bakal-bakal peragut.

Apa nak ditakutkan? Orang yang takut kepada hudud ini, pastilah peragut itu sendiri. Para pencuri, perompak, pembunuh, penzina, orang murtad, perampas tanah orang, penuduh orang berzina, peliwat, sumbang-sumbing mahram, perogol dan macam-macam lagi spesies durjana ini pasti akan takut dengan perlaksanaan Hudud dan Qisas.

ALLAH akan campakkan perasaan gerun kepada bakal-bakal peragut dan para penjenayah. ALLAH akan turunkan pencegahan secara terus daripada ragut terus bertambah. Itu bezanya hukum ALLAH berbanding hukuman ciptaan manusia. ALLAH yang mendesign manusia dan komuniti manusia, maka tahulah ALLAH bagaimana cara merawat kerosakan-kerosakan yang berlaku dalam masyarakat. Tahulah ALLAH menyediakan module pencegahan tersebut. Dan module untuk membasmi penyakit ragut, bunuh, rogol dan sebagainya ini, adalah Hudud dan Qisas! Mencegah lebih baik dari mengubati.

Namun manusia yang berminda sekular tidak nampak perkara ini dek kebebalan, kejahilan dan kedegilan mereka. Bebalnya mereka kerana tidak mahu mengiktiraf hukum ALLAH dengan menganggapnya tidak sesuai dengan zaman. Jahilnya mereka kerana tidak faham konsep hudud dan qisas sebenarnya. Degilnya mereka kerana masih beriman dengan undang-undang ciptaan manusia sekalipun sudah terbukti gagal dan terus gagal. Angkuhnya mereka kerana dengan kuasa yang mereka ada, mereka menjadi penentang kepada perintah ALLAH supaya melaksanakan Hudud dan Qisas.

Dan turut malang adalah penyokong-penyokong mereka yang turut bersekongkol dengan para pemimpin yang ingkar perintah ALLAH. Para penyokong terus memberi sokongan dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pemimpin-pemimpin sekular ini untuk terus berdegil mengabaikan perintah Rabbul Jalil. Sungguh malang kerana mereka tidak meyakini bahawa sokongan mereka itu kelak akan menyebabkan mereka menyesal di depan ALLAH.

Menyokong kezaliman dan perlanggaran perintah ALLAH adalah dosa yang berangkai. Dosa menyokong pemerintah yang mengelak hukum ALLAH satu, kemudian bertambah pula dosa dengan bertambahnya bilangan peragut, bertambah lagi dosa para penyokong tersebut dengan bertambahnya penderitaan mangsa ragut, ketidakharmonian masyarakat, huru-hara, ketakutan dan sebagainya. Dosa berangkai! Semua akan dikait, dikait dan dikait. Bukankah setiap perkara yang kita lakukan, akan dihisab dan didakwa satu persatu, hatta sehingga sebesar zarah sekalipun perkara yang kita lakukan! Tajuk akhbar tersebut secara tersiratnya adalah "Dosa pengundi BN meningkat 100% dengan pertambahan bilangan peragut" -contoh!

Sudah banyak teguran dan pandangan telah diutarakan kepada pemerintah, tetapi pemerintah bagaikan pekak saja. Sampai bila? Sampai 'first lady' kena ragut sampai terbunuh kah? Selagi tak kena atas batang hidung sendiri, selagi tu lah manusia itu berdegil.

Eloklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral (B) Jamil Khir fikir masalah ini. Islam Hadhari tu tak payah kaji. Buang masa. Jangan jadi seperti Jeneral (B) sebelum ini yang tidak bersikap tegas seperti seorang Jeneral. Sebelum ini, dalam forum-forum perdana Ehwal Islam, dan ceramah-ceramah agama, Jeneral (B) ini menyampaikan ilmu yang dia ada mengenai Islam. Maka sekarang tibalah masanya ALLAH bagi peluang untuk dia laksanakan apa yang diperkatakannya. Mudah-mudahan ada perubahan.


Posting berkaitan:
1) Inilah undang-undang manusia

No comments:

Ũ