01.01.10
Sekarang Sudah masuk tahun baru Masehi. Awal tahun Masehi tidak diajar untuk kita membaca doa awal tahun. Sesiapa yang hendak membacanya, bacalah.
Setiap kali muncul tahun baru, samada Hijri atau Masehi, kerap kita dengar, orang akan berazam baru. Azam hendak berubah. Mau hijrah, berubah dari buruk kepada baik, baik kepada lebih baik... tapi tempohnya mungkin setahun sekali. Sedangkan umat Nabi Muhammad S.A.W diseru untuk berubah, berhijrah, setiap hari. Memiliki azam dan amal baru yang lebih baik setiap hari.
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam... Rugilah orang yang hari ini sama sahaja dari semalam... dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam..."
Dari kata-kata yang kita pernah dengar atau pernah terbaca di atas, muhasabah dan reformasi diri perlu dilakukan setiap hari. Saiyidina Umar menyuruh kita semua bermuhasabah atau melakukan inspection ke atas diri sendiri, membaiki kesilapan diri, memohon ampun jika tersilap langkah, sebelum tiba Hari Hisab kemudian hari.
Bagi sesebuah organisasi pula, azam, perancangan, strategi, segala bentuk pendekatan siyasah, gerak kerja dan sebagainya, perlu baru dan diperbaharui. Tahun 2009 sudah berakhir. Warna-warna gelap, kabus-kabus yang menghalang, riak-riak yang berkocak, perlu dihentikan. Matlamat perlu dijelas kembali dengan kata putus yang tuntas ketika masih dipermulaan tahun agar matlamat tidak menjadi flip-flop ditengah jalan.
2010 perlu dijadikan permulaan yang baik, selepas permulaan 1431 yang lalu. Tidaklah cerdik seorang individu atau sebuah organisasi, jika tersungkur, terjerat ke dalam lubang yang sama beberapa kali. Sedangkan kecerdikan adalah hak milik orang-orang beriman. Orang beriman tidak akan kantoi ditempat yang sama dua tiga kali.
Dunia semakin hari semakin mencabar. Letaklah diri dalam apa jua bidang, semuanya mencabar. Hatta, orang yang duduk bersahaja pun tidak terkecuali dari cabaran dunia hari ini. Keupayaan menilai dan memahami cabaran yang datang itulah yang membezakan kita. Ada yang menilai cabaran itu sebagai sesuatu kesusahan dan kesulitan, maka dia akan menemui kesukaran. Bagi yang melihat cabaran sebagai suatu peluang untuk maju, dia akan terus berusaha mencapai kecemerlangan.
01-01-10
Dari sudut lain pula, perubahan dari tahun ke tahun, kita sebenarnya sedang berada dalam percaturan pihak musuh. Percaturan bagaimana? Kita tidak arif kerana kita tidak cakna dan tidak bersistematik menghadapi musuh. Apatah lagi kita sering bercakaran sesama sendiri.
Musuh yang dimaksudkan, adalah gerakan kuffar Freemason. Daripada sejarah-sejarah yang telah tercatat, jika dikaji dengan betul, umat dunia, terutama dunia Islam, sebenarnya sudah lama menjadi bahan mainan catur mereka. Bermula dengan keruntuhan Empayar Khalifah Uthmaniyyah Turki, umat Islam bagaikan anak-anak ayam kehilangan ibu. Berterabur ke sana-sini. Kepala-kepala umat Islam dijajah, dan dipercaturkan. Malah ada pula yang sanggup menjadi pawn kepada musuh bagi memusnahkan Islam.
Lihat perancangan mereka merampas Palestin dan memberi kepada Israel. Semua dalam jangkauan percaturan mereka. Mereka berjaya pula percaturan mereka menakut-nakutkan umat dunia terhadap Islam dengan gerakan saraf yang tidak terfikit dek akal normal, yakni meruntuhkan WTC pada 11/9. Kemudian kempen-kempen ketenteraan menghanguskan bumi umat Islam dimulakan bagi membasmi potensi kebangkitan Islam.
Kewujudan negara kita Malaysia, adalah hasil percaturan kuasa Freemason. Wujudnya negara-negara dunia ketiga, adalah perancangan rapi dan raksasa daripada Freemason untuk menidakkan kebangkitan semula Empayar Islam yang sangat mereka gerun dan hasad sekali. Memang sistematik sekali. Mereka sudah merangka plan-plan jangka pendek dan jangka panjang. Mereka telah meracuni sebahagian umat Islam, para pemimpin umat Islam, agar bersama mereka menentang kebangkitan Islam.
Kita tidak tahu, apa yang sudah disediakan dalam perancangan mereka untuk kita. Kita masih leka dengan dunia kita sendiri. Kebercakaran kita sesama sendiri memudahkan kerja-kerja mereka. Kejahilan dan jauhnya kita dari Kitab Panduan yang ALLAH berikan kepada kita, melancarkan kerja mereka. Luputnya ukhuwwah Islamiyyah sesama kita melegakan hati mereka.
Lalu apa yang kita perlu lakukan? Apabila masing-masing menganggap diri sendiri betul, orang lain salah, maka tiadalah permuafakatan. Saling hentam menghentam, bidas-membidas, terungkailah ukhuwwah. Bagaimana kita mahu bersatu? Jika tiada kesatuan, bagaimana mahu merancang strategi melawan perancangan musuh yang bersistematik itu? Sukar sekali. Kita bukan tidak punya buah fikiran, bukan tiada orang-orang genius, bukan tiada pakar-pakar strategi. Akan tetapi semuanya dikerah untuk bercakaran sesama sendiri, dan memudahkan kerja-kerja musuh.
Entah pada tahun 2010 ini, musuh sudah memulakan perancangan yang keberapa puluh. Sedang kita masih leka merebut hampas-hampas kuasa, daki-daki dunia, lupa pada hakikat sebenar kita sebagai khalifah di muka bumi. Setiap awal tahun, kita diajar hanya memulakan azam baru. Azam mahu kaya. Azam mahu rajin. Azam mahu itu dan ini. Dalam ruang lingkup sekecil itu sahaja kita dibenarkan berazam dan berfikir, sedangkan musuh-musuh sedang mencaturkan sesuatu yang besar setiap kali tahun kalendar berubah.
Sebagai renungan kepada kita yang selalu mencipta azam yang bombastik, yang power-power supaya nampak manthop, renungilah, besar sangatkan azam kita berbanding azam musuh?
WaLLHU a'lam...
No comments:
Post a Comment