© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, January 12, 2010

ALLAH untuk semua




Pertamanya, kata-kata sultan bukanlah 100% boleh diterima, dan bukannya muktamad. Bukan entri ini bertujuan melawan sultan atau sistem raja, tetapi untuk menyatakan titah sultan adalah menjadi tidak relevan apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH dan sabda-sabda Rasul-Nya.

Firman ALLAH:

.... ولئن سألتهم من خلق السماوات والأرض ليقولن الله

Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", nescaya mereka menjawab: "ALLAH."

Ayat 38 surah az-Zumar menyatakan, bahawa jika orang-orang kafir itu ditanya kepada mereka tentang siapakah yang mencipta langit dan bumi, nercaya orang-orang kafir atau bukan Islam itu akan menjawab "ALLAH".

Sambungan ayat di atas seperti berikut:

قل أفرأيتم ما تدعون من دون الله ....
إن أرادني الله بضر هل هن كاشفات ضره
أو أرادني برحمة هل هن ممسكات رحمته
[Az-zumar: 38] قل حسبي الله عليه يتوكل المتوكلون

Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain ALLAH, jika ALLAH hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika ALLAH hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?. Katakanlah: "Cukuplah ALLAH bagiku." Kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.

Apabila orang bukan Islam menggunakan perkataan "ALLAH" untuk merujuk kepada Pencipta langit dan bumi, kita diseru untuk bertanya dan berdiolog dengan mereka supaya mereka memahami hakikat ALLAH yang Maha Esa, Tuhan sekalian alam yang wajib disembah dan dipuja oleh sekalian manusia. ALLAH adalah Tuhan seluruh manusia dan sekalian alam, yang memberi Rahmat kasih sayang, dan juga yang menahan bala bencana kepada orang yang dikehendaki-Nya.

Lalu apakah kita boleh berkata, "ALLAH" hanya untuk orang Islam, walhal firman ALLAH di atas tidak pula melarangnya untuk orang bukan Islam, bahkan meminta kita berdialog dengan mereka supaya mereka berfikir. Jika mereka enggan yakni terus dalam kekafiran mereka, maka ayat seterusnya ALLAH berfirman;

[az-Zumar:39] قل يا قوم اعملوا على مكانتكم إني عامل فسوف تعلمون
Katakanlah: "Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan keadaanmu,
sesungguhnya aku akan bekerja (pula), maka kelak kamu akan mengetahui

[az-zumar :40] من يأتيه عذاب يخزيه ويحل عليه عذاب مقيم
siapa yang akan mendapat siksa yang menghinakannya dan
lagi ditimpa oleh azab yang kekal.

Jadi, relevankah sultan berkata ALLAH hanya untuk orang Islam? Bukankah ALLAH itu Tuhan kepada semua manusia, samada orang Islam ataupun bukan Islam?

Jika dikhuatiri umat Islam Melayu menjadi keliru, maka bolehlah ditangguh penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Bukan sekadar tangguh, malah perkara utama yang mesti dilakukan dalam tempoh penangguhan adalah memberikan pendidikan aqidah dan seumpamanya semaksimum mungkin kepada masyarakat Islam supaya mereka tidak lagi mudah dikelirukan dengan isu-isu begini. Masyarakat lemah iman dan longgar aqidah tidak sepatutnya menjadi isu kerana sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka dan dipimpin oleh orang Islam.

Penangguhan akan bererti, isu ini akan pecah kembali apabila tiba waktunya. Apakah sampai ketika itu mahu tangguh lagi, dan orang akan bertanya berapa banyak kali mahu tangguh? Masih OK kalau orang akan terus tertanya berapa kali mahu tangguh. Yang tidak OK nya kita bimbang ia akan meletup. Kalau hari ini orang bakar gereja, mahukah pada masa depan akan berlaku kes bakar masjid - bakar gereja, seterusnya peristiwa Ambon akan terjadi dalam negara, wal-'iyadzubiLLAH...

Jika berlaku seperti Ambon sekalipun, apa untungnya orang Islam dikala semangat jihad luntur dan tidak ditekan dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan negara hari ini terus melahirkan generasi rapuh aqidah dan kefahaman Islam. Jika umat Islam berada pada izzah dan kemuliaannya seperti suatu ketika dahulu, apakah akan ada tuntutan pelik-pelik dari orang bukan Islam yang dilihat mahu menggugat Islam itu sendiri? Jadi salahnya, bukanlah salah sepenuhnya pihak bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah ALLAH itu, dan bukan jua salah sepenuhnya diletakkan atas para 'pejuang' jahil yang membakar gereja.

WaLLAHu a'lam....

9 comments:

drMpower said...

sekiranya argument penulis sebegini digunapakai, maka kalau gambar Rasulullah dilukis pun, tiada gunalah kita bedemo

kerana mereka melukis seseorang yg mereka anggap 'Rasulullah'. penulis dan saya pun rasanya tidak dapat membayang, bagaimana rupanya Rasulullah. apatah lagi mereka di Denmark.

tapi penulis akan berasa tidak bersetuju dengan tulisan saya di perenggan diatas. ini adalah kerana sudut pandangan penulis pada isu lukisan dan perkataan Allah tidak sama; walaupun pada saya 2-2 isu tu berkait rapat.

berkait rapat kerana 2-2 adalah perkara terjemahan. Perkataan Allah merujuk pada Tuhan bagi mereka. dan gambar Rasulullah, adalah suatu karekter agama lain, juga bagi mereka.

sensitiviti, dalam kedua dua hal diatas, adalah menjadi perkara yg perlu dipertimbangkan. Islam bukan suatu agama yang bersifat defensif, malah dizaman Rasulullah pun, dinamiknya Islam sehinggakan ianya menjadi suatu tamadun.

kita acapkali kembali kepada pengakhiran, tidak kita fokus pada masalah awalan. siapa yang terakhir pegang tahi, dialah yang paling busuk.

tidak dilihat siapa yg mula mencalit tahi. kenapa pemula tu mencalit tahi.

disinilah kegunaannya pemerintah yang tegas. di zaman Mahathir dulu, tiada pernah timbul perkara sebegini, kecuali peristiwa kampung Medan dan juga pengharaman tahun 1985 yang juga dibuat oleh Mahathir. google kalau tidak tahu.

jehan said...

drMpower

melukis karekter Rasulullah, adalah menghina. menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka, bukanlah menghina. Mereka tidak gunakan nama Allah kepada tuhan mereka bukanlah menghina, tetapi ia tidak digunakan pada hakikat yang betul.

dlm agama kristian, di tempat2 lain, mereka menggunakan perkataan Allah. cuba saudara cari, apa panggilan orang arab kristian terhadap tuhan mereka? di indon, di sabah, sarawak, mereka memang menggunakan Allah. tidak timbul bahawa isu ini sama dengan isu melukis karekter nabi.

Isu melukis gambar Rasulullah adalah isu menghina peribadi Rasul yang mulia. walhal penggunaan nama Allah oleh agama lain bukanlah menghina Islam. apa yg saya faham dari pernyataan penulis, orang bukan Islam mempunyai tauhid rububiah.

senduk said...

zaman dr M, maklumat x pantas mcm sekarang. dr M power atas kelemahan sistem maklumat. klu sistem maklumat mcm sekarang laju lom tentu 22 tahun memerintah.

isu sekarang ni bukannya apa, cuma kerakusan umno/bn nak tersu berkuasa. ubn nak tutup isu2 kenaikan harga barang. harga gula. mau tutup isu enjin jet.

kalo umno/bn dah tau kata isu ni sensitif, patut diorang tutup isu. jgn kasi media tau, jgn perbesar isu. byk isu2 lain diorang boleh tutup utk jaga kepentingan periuk nasi, apsal isu sensitif ni dibiar leak? jawapannya, ubn sengaja nak timbulkan ketegangan.biar org lupa harga gula naik, jet hilang enjin, dan mcm2 lg.

isu boleh ke xleh guna nama Allah, bukan isu besar. ia hanya isu sensiviti org melayu islam saja. Sensitiviti Melayu Islam sahaja.

Kakkoii said...

point umat islam jadi mudah keliru diseabkan kerajaan umno/bn tak didik dan kukuhkan akidah aku setuju sesangat. malah sekolah agama pun nak dimatikan di zaman dr madey. apa punya teruk, mujur dia letak jawatan. kalau dia erus jd pm, hancuss la umat. nama Allah, orang kristian guna, apa masalah? mmg Allah tu Tuhan semua manusia. bukan tuhan orang islam je. kalau dorang nak kata Allah ada 2,3,4 itu diorang punya pasal, akidah dorang dah rosak. bab nak halang guna kalimah Allah, apa hak kita, sebab diorang pun claim Allah tu than dorang. kalau ko marah diorang guna nama Allah sbb Allah tu utk agama islam, diorang pun boleh marah ko guna nama Allah, sbb diorang claim Allah tu tuhan diorang. paham tak? ape lak nak kaitkan dgn calit2 tahi. sebab spesis korang tak reti hadapi isu, tu la sampai bakar2 gereja. ko claim sayang Allah, sayang Rasul, abis apsal isu ni dibiar sampaiada orang bakar gereja? bukan ke gereja tu rumah ibadat yg nabi x kasi kaco sekalipun dlm perang? gereja tu kan tempat pengibadatan sesat, kenapa nabi x kasi kacau? kalau dorang guna nama Allah, walaupun hakikatnya fahaman dorang terhadap Allah itu sesat, trinity, ade nabi suruh korang kacau? pertahankan Allah konon!

aku tahu isu ni sensitif. kalau ikutkan hati, mmg aku pun x mau org kapir guna nama Allah. boleh mengelirukan. dunia sekarang, susah nak bg penjelasan, sbb ramai yg jahil yg x boleh diajar. tp atas satu taktikal untuk keharmonian, salahkah kita tidak ganggu dorang guna, sama seperti nabi tak ganggu rumah ibadat org kapir sekalipun perang? takut disalahguna? letaklah syarat, itu pon takut ka?

Aneroid said...

syukran drMpower, jehan, senduk dan kakkoii atas komen2.

entri ini cuba menjelaskan bahawa sebenarnya penggunaan nama ALLAH oleh bukan Islam tidak salah.

dalam al-Quran sendiri ada menyebut;

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ

Maksudnya;
"berkata yahudi, Uzair adalah anak ALLAH, dan berkata Nasara, Isa adalah anak ALLAH"

(Surah At-taubah : 30)

dalam ayat di atas, ALLAH menerangkan bahawa Yahudi dan nasara menggunakan kalimah ALLAH menunjukkan itu tuhan mereka. Tidak pula dalam firman ALLAH tersebut menyatakan Nasara kata Isa anak Tuhan, Yahudi kata Uzair anak Tuhan, tetapi mereka berkata anak ALLAH. Bermaksud, ALLAH sendiri mengiktiraf bahawa dua golongan itu menggunakan nama ALLAH, sekalipun mereka menyimpang akan maksud kalimah ALLAH itu sendiri.

Seperti kakkoii kata, hak penggunaan kalimah ALLAH itu sebenarnya boleh, tetapi dalam negara kita hari ini, kita cuma bimbang pihak kristian yang beriya2 mahu menggunakan kalimah ALLAH itu dengan tujuan halus. Takkan sudah sekian lama relaks tidak menggunakan kalimah ALLAH, tiba2 dua tiga hari ni meracau nak guna pula. Itu tanda tanya mengenai motif sebenar. Itu yang kita kena berwaspada. Tetapi untuk mengatakan ALLAH hanya untuk orang Islam, saya tidak sehaluan. Mungkin anda semua perlu yakinkan saya bahawa pandangan saya adalah salah, jika saya salah.

saya cuba persoalkan sistem pendidikan agama dalam negara kita. tahap mana sekarang? gejala sosial anak muda semakin teruk musnah. Tak perlu pihak berkuasa buat statistik, umum sudah maklumi. apakah golongan sebegini kuat akidahnya? Atau akidah mereka ini tidak tergugat langsung kerana mereka tak kisah pun mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH ini?

dalam perbincangan isu seperti ini, kita perlu mengawal emosi, dan jadikan suasana perbahasan menjadi ilmiah, bukan emosi. Tahniah kpd drMpower, jehan dan senduk. Kakkoii pun ok, point anda ok, tp harap control sket :).

drMpower said...

banyak komen2 untuk posting ni merujuk kepada mahu membalun kerajaan BN/ UMNO. bukan untuk melihat samada issue Allah ini dari skop yang lebih luas.

jehan berkata lukisan rasulullah dianggap 'penghinaan' dan perebutan penggunaan kalimah 'Allah' adalah bukan penghinaan. saya telah jelaskan dalam comment bahawa, tidak sesiapa dikalangan mereka dan dikalangan kita pernah melihat wajah Rasulullah sebenarnya. kecuali dngan gambaran2 asas yang diriwayatkan oleh sahabat2.

maka tiada boleh kita kata mereka hina, kerana pada mereka, itu adalah karekter Rasulullah. pada kita, itu sekadar suatu kartun. jadi tiada wajar kita marah. itu adalah jenis argumen yang perlu kita hadapi kalau kita anggap penggunaan Allah oleh gereja Katholik, adalah TIDAK SALAH.

ya lah, kan Allah adalah satu perkataan sahaja, kan? ada lagi 99 nama Allah dalam Asma Ulhusna. buat apa kita bising2 kan? tapi bila anak2 kecil mula bertanya dimana Anak Tuhan dan konsep Trinity, mungkin ketika itu hanyalah kita menggaru kepala. dan menyalahkan pihak2 lain. UMNO la yg kena.

senduk dan kaakkoi pula terang terangan memang tidak sukakan BN/ Mahathir/ etc etc. tiada alasan kukuh langsung nak bincang pasal issue Allah ni.

mereka berdua ni, berkata panjang lebar berkenaan dengan akhlak sebagai seorang umat islam dan perlu bersabar etc etc. tapi jari jemari mereka cepat saja mengutuk dan mencarut. patutnya perlu berhenti sahaja type dan istigfar. tapi tidak. mungkin ada perkara halal bagi mereka dan tidak halal bagi orang lain. mungkin.

kaakkoi seterusnya menuduh secara terang terangan berkenaan acara pengemboman di DALANGI oleh ORANG ISLAM. seolah olah beliau nampak (perlu saksi 4 orang x?) orang ISLAM yang bom gereja/ etc etc. tahu kan hukuman menipu? takkan tak tahu ye tak? siasat masih berjalan. jadi tunggu la sebelum mencalit tahi pada pihak2 berkenaan. orang itu islam atau tidak, kamu, kakkoi terus terang menuduh orang itu Islam. nauzubillah.

jika orang itu ditakdirkan Islam sekalipun, dia tidak mewakili orang2 islam.jadi biar dia dihukum oleh undang2 yang sedia ada.

begitu juga dengan kejadian itu ini dalam pemerintahan negara. pemimpin yang buat silap, tidak mewakili UMNO. itu adalah kesilapan beliau dalam kapasiti seorang penjawat awam. dalam function UMNO, baru dia dilihat sebagai ahli UMNO. ini penting untuk memberikan dia hukuman.

penulis seterusnya persoalkan sistem pendidikan agama. dan keruntuhan moral. eh tidak boleh begitu. kita masharakat berbilang kaum, mesti ada peruntukan untuk kaum2 lain. sama seperti Rasulullah buat dulu. keperluan kaum/ bangsa/ agama lain tidak boleh dipertikaikan.

kalau dah ada konsert Ne-Yo tu,kalau dah syubahah sangat dengan benda2 camtu, biarlah orang2 bukan Islam saja yang pergi tengok. kerajaan tidak gari tangan kamu untuk pergi tengok. tiada siapa pun suruh kamu pergi. malah kamu kena bayar 3-4 ratus harga tiket. ini bukan masalah kerajaan lagi. tapi sebenarnya Akhill Hayy sendiri kata, p konsert ni boleh. cuma kena jaga halal haram dan jangan tinggai semayang ja. buat ditempat luas, dan ramai orang. apa yang masalah nya? bersentuhan? cari la tempat yang tidak begitu ramai orang.

jadi nilai pendidikan agama ini bergantung sepenuhnya pada individu. ini yang utama, secara mikronya individu yang akan menentukan samada perkara yg dibuatnya baik atau tidak. apabila ramai individu yang berbuat mengikut syariat islam, maka masharakat akan menurut syariat islam. tidak susah benda ni. semua sendiri ikut.

moral remaja jatuh - salah kerajaan. anak kena rogol - salah kerajaan. anak kena culik dan mati dibunuh - salah kerajaan dan SAMAN POLIS? peh. senang jadi mak bapak la ni...kan?

drMpower said...

calitan tahi itu satu analogi kepada bagaimana dunia sekarang memberikan 'penghakiman'. dunia tidak melihat siapa pencetus, tetapi dunia lihat pihak mana terakhir yang membuat kekacauan.

analogi yang mungkin lebih umum adalah masalah di palestin dan israel. dunia tidak lihat masalah ini dari sudut TANAH PALESTIN di ambil dan diberikan pada israel, tapi dunia melihat kepada pejuang berani mati/ mortar palestin masuk israel.

of course siapa yang mahu tanah sendiri diambil dan diberi pada orang lain? cuba ambil daerah nevada bagi kat orang lain. mampuih dia tak bagi.

masalah penggunaan Allah ini juga secara langsung, produk kepada bentuk pengamalan jenis Islam yang kita amalkan di negara ini.

saya katakan, pengamalan islam di Malaysia, terbahagi 2. terbahagi bukan bermaksud berpecah, tapi 2 bahagian ini superimpose antara satu sama lain. satunya ialah berlandaskan Al Quran/ hadith/ dan mazhab kita. keduanya ialah berbentuk adat dan bertujuan utk penegahan.

mengikut Al Quran, hadith, mazhab, cukup perfect. tapi yang berbentuk adat dan bertujuan utk penegahan dan larangan ini yang agak bermasalah.

sebagai contoh, perkara Allah telah digunakanpakai oleh umat Islam Malaysia sejak zaman berzaman. saya akui tidak ekslusif, even dari sudut perlembagaan negara, perkara ini masih ada grey area. tidak terang. namun Islam berbentuk adat ini menjadikan issu kalimah Allah ini sebagai 'ekslusif' hanya kepada umat Islam. Mahathir dah buat larangan pada tahun 1985 berkenaan hal ini. dan dekat 30 tahun (1985 - 2009), perkara ini disenyapkan. itu satu hallmark pada pemimpin yang tegas dan dikehendaki oleh agama, bangsa, dan negara.

contoh islam dipraktik dalam bentuk adat dan bertujuan larangan/ pencegahan ialah, perkahwinan dengan ahli kitab.

tahukah kita semua bahawa orang kristian juga adalah ahli kitab?
dan mengikut Islam yang sebenar benarnya, orang islam (lelaki) boleh berkahwin dengan ahli kitab. boleh bagi lelaki, tetapi tidak bagi perempuan. tidak haram dan tidak makrum etc etc. halal.

tetapi kita di Malaysia, perkara ini ditutup/ di'tegah' kerana islam yang dipraktikkan, dalam skop perkahwinan ini adalah bertujuan untuk mengelakn bencana dimasa hadapan/ bersifat cegah sebelum sakit.

antara risiko mungkin kita akan keluar dari Islam etc etc, tapi, MENGIKUT HUKUM ISLAM, adalah HALAL untuk mengahwini ahli Kitab (kristian).

saya bagi contoh perkahwinan ini adalah untuk menjelaskan betapa Islam yg dipraktikkan di Malaysia, menitikberatkan adat dan bersifat pencegahan. selari lah juga dengan isu penggunaan kalimah Allah tadi.

harap maklum.

senduk said...

sori aaa tuan blog. drMpower bikin aku panas. sejak bila pulak aku mencarut?

siapa kata kristian malaysia ni ahli kitab? sape kata? mana bukti diorang ahli kitab? ahli kitab mana pulak yg berakidah trinity? nasrani zaman nabi baru la ahli kitab. diorang percaya Allah itu Esa. cuma tak nak ngaku Muhammad itu Rasulullah.

Yang sampai kristian trinity ni ko cakap ahli kitab pehal? kapir beb. mungkin yg masih ahli kitab adalah kristian unity. kat malaysia mana ada spesis kristian ni. kat arab ada laa. bini hosni mubarak mungkin contohnya. unity berbeza dgn trinity. ko pun tau.

isu2 moral, sosial rosak tu mmg salah kerajaan umno/bn. tuan blog kata sistem pendidikan tak betul, ya betol la tuu. sistem pendidikan dlm nega kita sape yg control? kerajaan laa. kerajaan tu kerajaan apa? umno/bn!

bukan masalah senang jd mak bapak, salah je umno/bn yg kena. mak bapak pasti la bersalah sebb x bg pendidikan yg betul kpd anak2. mmg salah . pasti akan dipertanggungjawab depan Allah nanti. tapi apa pula yg menjadikan mak bapak sampai tak reti mcm tu? atuk nenek pula kah nak dipersalahkan? then moyang2 pula salah sbb x didik atuk nenek yg tak reti ajar mak bapak, yg pula tak pandai didik anak? sampai bila ko nak salahkan mak pabak yg memang dah bersalah? jadi bagaimana mahu ubah cara mak bapak ni didik anak2? tak lain x bukan, adalah sistem.

mak bakap bukannya bulih idup lama. mak bapak pula kuasanya terhad kpd famili saja. kalau famili lain buat hal anak2 teruk, pasti berjangkit juga dgn anak sendiri yg dididik bagus. pengaruh rakan sebaya tu pasti ada. pengaruh media yg teruk pun ada. persekitaran tak membantu. siapa pula yg boleh ubah media? ubah suasana jd baik? jawapannya sistem. ubah sistem pendidikan yg sekular ni kpd islamik.

disebabkan umno/bn ramai pemimpinnya bpendidikan sekular, sbb tu lah tak sampai dalam benak kepala diorang utk ubah sistem rapuh ni kpd sistem islam. dah 52 tahun merdeka, takde pun jalan nak ubah sistem org putih ni. yg nampak islamik pun hanya tampalan saja, nak bg org kata buat jugak. dasar masih sekular.

berbalik isu nama Allah. jika bukan sistem yg mendidik utk org Islam tidak keliru dgn oenggunaan nama Allah, siapa pula? jika mahadir yg berkuasa sekat isu tu dulu spt yg drMpower kata, tentu sekali takkan berhasil. mahadir tak berpikiran jauh. dia tak pikir pun yg perkara ni akan meletup semula, kalau bukan di zaman dia, pasti di zaman org lain. mahadir tak faham bhw bukan semua org kononnya tegas mcm dia. sepatutnya dulu dia dah pikir. tapi akal dia pendek, mau org iktiraf dia saja yg bagus dan tegas, sampai drMpower pun taksub dgn dia.

drMpower said...

jangan tanya aku definisi ahli kitab ni. tanya la anwar ibrahim. dia yang kata geng2 ni ahli kitab. tanya definisi betul2.

dan tanya kepada sesiapa yang ko rasa ko percaya dan yaqin. jangan label orang itu ini murtad. tanya, then persembah disini.

ooo bisin betui pasai ni ye? tanya la betul2. tanyalah adakah mereka ini ahli kitab, walaupun 95% daripada ajaran mereka menyimpang.

Ũ